RADO TRUE SQUARE SKELETON: MEKANIKAL KOMPLEKS DALAM BINGKAI SERAMIK
Rado terus memperkukuh reputasinya sebagai Master of Materials dengan pelancaran True Square Skeleton, sebuah jam tangan yang menggabungkan rekaan ikonik berbentuk segi empat dengan seni skeletonisation yang sofistikated.
Model ini bukan sekadar alat penunjuk masa, tetapi satu karya mekanikal yang mengundang pemakai untuk menghargai keindahan pergerakan dalaman jam itu sendiri. Diperhalusi dengan 12 indeks berlian baguette yang mengelilingi dial, jam ini mengarahkan pandangan terus ke jantung mekanismenya.
Estetika Berlian Baguette Yang Halus
Empat berlian trapezoid diletakkan pada posisi jam 3, 6, 9 dan 12, manakala lapan lagi menandakan jam lain. Berlian ini bukan sekadar hiasan, tetapi elemen visual yang memperhalusi pantulan cahaya secara lembut di bawah kaca kristal nilam dengan lapisan anti-reflektif pada kedua-dua permukaan
Dial dengan kemasan berus mendatar dan salutan anthracite menampilkan pembahagian geometrik yang teratur, sementara bahagian belakang mempamerkan rona nikel yang dapat dilihat jelas melalui sapphire crystal pada penutup titanium.

Kuasa Mekanikal R808
True Square Skeleton digerakkan oleh Rado calibre R808, sebuah pergerakan automatik 25 permata dengan rizab kuasa sehingga 80 jam. Ia dilengkapi dengan Nivachron™ hairspring yang antimagnetik, memberikan rintangan lebih baik terhadap kejutan, perubahan suhu dan medan magnet.
Seramik Teknologi Tinggi: Identiti Rado
Sarung dan gelang jam ini diperbuat daripada high-tech ceramic hitam berkilat. Sebuah material yang terkenal dengan ketahanan calar, ringan dan sentuhan lembut seperti sutera. Material ini juga cepat menyesuaikan suhu badan, menjadikan jam terasa seperti sebahagian daripada pemakai
Proses penghasilannya melibatkan tekanan tinggi, pembakaran suhu ekstrem sehingga 1,450°C, serta kemasan menggunakan alat berlian, menghasilkan material dengan kekerasan 1,250 pada skala Vickers, jauh mengatasi seramik biasa.

Spesifikasi Utama
True Square Skeleton hadir dengan dimensi 38.0 x 44.2 x 9.7mm. Kalis air sehingga 5 bar. Kaca nilam rata dengan lapisan anti-reflektif, serta pengancing titanium tiga lipatan. Dial hitam berkemasan lacquer dilengkapkan dengan 12 berlian baguette Top Wesselton VVS dengan jumlah berat 0.376 karat.
Rado True Square Skeleton bukan sekadar jam tangan, tetapi pengalaman emosi. Ia mengajak pemakai untuk melihat, merasai dan menghargai denyutan mekanikal di pergelangan tangan mereka. True Square Skeleton berdiri sebagai simbol bahawa keindahan sebenar bukan hanya pada permukaan, tetapi pada rahsia halus yang berdenyut di dalamnya.
Artikel Berkaitan: 5 DUTA JAM TANGAN TERKINI DARI KOREA SELATAN
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 DUTA JAM TANGAN TERKINI DARI KOREA SELATAN
Korea Selatan turut menguasai dunia jam tangan sebagai duta jenama dan menjadi bukti impak mereka kepada dunia.
GL PICKS: 9 JAM TANGAN LELAKI PALING ‘ON-TOP’ TAHUN INI
Sembilan jam tangan lelaki paling ‘on-top’ tahun ini. Gabungan gaya dan ketepatan masa untuk lelaki moden yang tahu nilai setiap detik.
BR-X3 NIGHT VISION DARI BELL & ROSS: KECANGGIHAN DI WAKTU MALAM
Evolusi baharu dalam dunia horologi, BR-X3 Night Vision menggabungkan reka bentuk avant-garde dengan ketepatan teknikal bertaraf profesional.
BELL & ROSS X RAFALE: KOLABORASI BERPRESTIJ
Bell & Ross memperkenalkan BR-03 Rafale Solo Display Chronograph edisi terhad, meraikan ketepatan, prestasi dan dunia aeronautik
VACHERON CONSTANTIN OVERSEAS: LEGASI HAUTE HORLOGERIE
Vacheron Constantin memperkenalkan Overseas Perpetual Calendar Ultra-Thin baharu; gabungan sporty, elegan dan kemewahan.
PESONA BAHARU: TUDOR ROYAL BIRU MENGGODA PANDANGAN
TUDOR Royal Biru tampil dengan pesona baharu yang memikat menggabungkan keanggunan klasik dan sentuhan moden untuk gaya maskulin.











