Skip to content

RADO X TEJ CHAUHAN: JAM TANGAN SCI-FI PALING BERANI.

RADO X TEJ CHAUHAN: JAM TANGAN SCI-FI PALING BERANI.

Kongsikan artikel ini

Dalam dunia horologi yang sering dihantui oleh rekaan cliche dan nostalgia yang berulang-ulang. RADO tampil berani memperkenalkan sesuatu yang benar-benar luar biasa dan segar. Kolaborasi dengan Tej Chauhan menafsir semula jam tangan ikonik mereka.  Rado DiaStar Original, telah membuka lembaran baharu dalam seni reka bentuk masa.

SATU KARYA SENI DI PERGELANGAN TANGAN. SATU LANGKAH KE MASA HADAPAN.

Lebih 60 tahun selepas debutnya, DiaStar Original masih kekal sebagai simbol reka bentuk yang berani dan mencetus perhatian, terkenal dengan bentuk bezel unik dan karakter tersendiri. Namun versi kali ini tampil dengan suntikan sinematik dan imaginasi kreatif Tej Chauhan. Menggabungkan reka bentuk retrofuturistik dengan pendekatan kontemporari yang sangat bergaya.

Antara elemen yang mencuri tumpuan dalam kolaborasi RADO x Tej Chauhan ini termasuk bezel Ceramos™ berkilauan keemasan dengan salutan PVD yang menyerlah. Dipadankan dengan tali getah berwarna kelabu lembut berbentuk bantal yang memberikan keselesaan dan gaya. Dail hitam matte yang dilengkapi dengan trek minit dalam tona biru dan perak. Tidak ketinggalan, reka bentuk tipografi khas ciptaan Chauhan sendiri untuk paparan tarikh dan hari menjadikan jam ini unik dan penuh karakter.

Kesemua elemen ini bersatu membentuk jam tangan yang bukan saja unik dari segi estetik, tetapi juga sarat dengan naratif, emosi dan ekspresi diri. Ia bukan sekadar jam tangan. Ia adalah statement piece. Simbol keberanian individu untuk tampil berbeza, dan mengekspresikan gaya tanpa kompromi. Dalam dunia fesyen yang sering bersifat generik, RADO x Tej Chauhan membuktikan bahawa rekaan berani dan berjiwa seni masih mampu mencuri tumpuan dan mencipta sejarah.

Dengan kolaborasi ini, RADO x Tej Chauhan menghidupkan semula legasi DiaStar dengan sentuhan baharu.
Reka bentuk kali ini lebih segar, lebih berani dan penuh ekspresi moden. Ia mematahkan jangkaan tentang rupa klasik sebuah jam tangan. Kolaborasi ini membuktikan bahawa masa boleh didefinisikan semula dan tetap bergaya.



Artikel Berkaitan:
RICHARD MILLE RM 43-01 FERRARI 2025: JAM TANGAN PALING MEWAH KOLABORASI SUPERCAR & TEKNOLOGI SWISS