ROLEX ART WEEKEND 2022, KELANJUTAN NILAI TRADISI SENI BUAT REFERENSI MASA DEPAN
Dibentangkan oleh inisiatif seni Mentor dan Protégé Rolex bersama BAM, Rolex Art Weekend 2022 meneruskan kelanjutan nilai tradisi seni buat referensi masa depan.
pengarang arloji ZUHAIRIE SAHROM foto ROLEX
Rolex Art Weekend 2022 turut membawakan diskusi eksklusif bersama Spike Lee, Phyllida Lloyd, Lin-Manuel Miranda, Carrie Mae Weems. Serta tayangan perdana hasil pengkarya protégé Rolex.
Inisiatif Seni Mentor dan Protégé Rolex dan BAM (Akademi Muzik Brooklyn) mempersembahkan minggu Rolex Art Weekend 2022 pada 9 dan 10 September lalu. Sekali gus, membawakan pengkarya seni sukses serta himpunan karya baharu di Brooklyn juga seluruh wilayahnya, New York.
Dalam semua aktiviti penajaan, Rolex menyokong pemindahan pengetahuan dan kepakaran dari satu era ke era seterusnya. Inisiatif Seni Mentor dan Protégé ini memberi para seniman baharu masa untuk belajar, mencipta lantas maju melangkahi batas sempadan.
Selama lebih dari 90 tahun, penajaan Rolex telah berkembang dan merangkumi pelbagai bakat yang luar biasa dari pelbagai disiplin ilmu, acara dan organisasi yang berkaitan dengannya.
Demikian, minggu seni ini menampilkan seniman terkemuka dunia dunia Spike Lee, Phyllida Lloyd, Lin-Manuel Miranda dan Carrie Mae Weems bersama para anak didik mereka.
Yakni, pengkarya filem Kyle Bell, artis visual Camila Rodríguez Triana, pembikin teater Whitney White serta pembuat filem merangkap artis visual Agustina San Martín.
Masing-masing tampil mempersembahkan karya baharu yang diilhamkan oleh alterasi kreatif yang berlangsung selama dua tahun bersama mentor mereka. Turut merangkumi diskusi antara setiap mentor dan Protégé yang dikendalikan oleh Presiden BAM Gina Duncan.
Rebecca Irvin, mengepalai program bimbingan Rolex, berkata, “Kami berbesar hati untuk membawa lapan pengkarya luar biasa ini dari seluruh dunia ke New York buat meraikan hujung minggu bersama Rolex Arts Weekend. Lantas, berpeluang untuk merenungi pengalaman mereka bersama-sama menerusi bentangkan karya baharu yang menarik kepada umum.”
“Interaksi kreatif antara para mentor dan anak didik sepanjang dua tahun ini, sekalipun didepani pandemik; adalah bukti kuasa seni dalam menyatukan orang ramai dan tradisi yang tidak ternilai. Berselubung sama ruang masa yang menjadi nadi program: transmisi peribadi kesenian di peringkat tertinggi,” tambahnya lagi.
Pautan berkaitan: SATU BUTIK, PAMPANGAN SEMESTA ROLEX
Tags
Artikel Yang Berkaitan
FRANCK MULLER MELANCARKAN BUTIK FLAGSHIP TERBESAR ASIA DI PAVILION KUALA LUMPUR
Acara pembukaan semula butik flagship Franck Muller terbesar rantau Asia di Pavilion Kuala Lumpur dihadiri oleh barisan selebriti tempatan seperti Awal Ashaari dan Scha Alyahya.
PERTANDINGAN GOLF BERKUMPULAN TERHEBAT DI PIALA RYDER
Piala Ryder ialah pertandingan golf berkumpulan dwitahunan antara Eropah dan Amerika Syarikat. Edisi tahun ini berlangsung di Marco Simone Golf & Country Club dari 29 September hingga 1 Oktober.
ROLEX US OPEN: THE FINALE OF THE GRAND SLAM SEASON
US Open telah mula berlangsung 28 Ogos hingga 10 September ini sekali lagi dipertandingkan di Pusat Tenis Kebangsaan USTA Billie Jean King di New York.
RESPONS CASIO & RENAULT TERHADAP LAGU ‘BALAS DENDAM’ SHAKIRA
Lagu baharu Shakira, Bzrp Music Session #53 trending di media sosial sejak dilancarkan pada Rabu lalu.
GERARD PIQUE BIDAS LIRIK LAGU SHAKIRA, BZRP MUSIC SESSIONS #53
Hampir setahun berpisah, Shakira melancarkan lagu terbaharu sebagai tindakan balas dendam terhadap kecurangan Gerard Pique.
5 JAM TANGAN MENGAGUNGKAN TAHUN ARNAB
Mendukung lambang keamanan dan kemakmuran, lihat lima Jam Tangan Tahun Arnab bagi melengkapi persalinan kala menyambut Tahun Baru Cina nanti!