ROYAL OAK OFFSHORE MENGHARGAI NUANSA MUZIK DUNIA
Audemars Piguet memuliakan kembara bersama lapangan muzik
pengarang arloji ZUHAIRIE SAHROM foto AUDEMARS PIGUET
Bunyi sentiasa terpahat dalam nadi seni pembuatan jam, sebelum paparan masa boleh dibaca balik laman dail lagi. Contohnya pada penciptaan paluan loceng yang menandakan masa. Demikian, Royal Oak Offshore Music Editions tampil menghargai nuansa muzik dunia.
Sejak penubuhannya, Audemars Piguet sentiasa mempertalikan karya arloji artistiknya bersama dunia muzik. Terutamanya memegang peranan sebagai perintis dalam pembangunan jam tangan berbunyi. Koleksi Royal Oak Offshore, telah menyaksikan pelbagai kolaborasi bersama para pengkarya muzik. Lantas, menggunakan inspirasi mereka dan memberi aspirasi sebagai ganjaran.
Terkini Audemars Piguet berbesar hati mempersembahkan lima rujukan Royal Oak Offshore Music Editions baharu yang hadir dalam saiz 37 dan 43 mm dalam bahan berbeza. Dua model dalam titanium, dua dalam kemasan emas putih 18 karat dihiasi permata dan terakhir sekali dalam seramik hitam. Paparan laman dail Tapisserie memaparkan corak equaliser (atau meter VU) seperti yang terdapat di studio rakaman.
Rujukan ini dilengkapi dengan pergerakan pusingan kendiri memandu jam, minit dan jarum detik; yang mana tampil dengan nadi Kaliber 5909 baharu buat model 37 mm dan Kaliber 4309 untuk varian 43 mm. Kelima-lima model baharu ini dengan reka bentuk asalnya meraikan sinergi kreatif yang telah diusahakan oleh rumah arloji mewah ini dengan dunia muzik selama beberapa tahun.
Pautan berkaitan: PERKENALAN PERDANA HÔTEL DES HORLOGERS
Tags
Artikel Yang Berkaitan
VACHERON CONSTANTIN OVERSEAS: LEGASI HAUTE HORLOGERIE
Vacheron Constantin memperkenalkan Overseas Perpetual Calendar Ultra-Thin baharu; gabungan sporty, elegan dan kemewahan.
PESONA BAHARU: TUDOR ROYAL BIRU MENGGODA PANDANGAN
TUDOR Royal Biru tampil dengan pesona baharu yang memikat menggabungkan keanggunan klasik dan sentuhan moden untuk gaya maskulin.
5 JAM TANGAN OMEGA PALING ‘POWER’ TAHUN 2025!
Temui 5 jam tangan OMEGA paling ‘power’ untuk tahun 2025, yang pasti menarik perhatian para peminat jam mewah di Malaysia.
7 SELEBRITI YANG MEMILIKI JAM TANGAN MEWAH PATEK PHILIPPE NAUTILUS
Patek Philippe Nautilus merupakan jam tangan paling rumit yang pernah dicipta oleh Patek Philippe dan hanya yang bertuah dapat memakainya.
JAM TANGAN CHOPARD TERBARU: KOLEKSI EKSKLUSIF DI WATCHES & WONDERS 2025
Chopard memperkenalkan koleksi jam tangan terbarunya di Watches & Wonders 2025, menampilkan rekaan mewah dan ketukangan tinggi.
ZIZAN RAZAK, WAJAH PERTAMA G-SHOCK MALAYSIA
Zizan Razak telah menyertai G-Shock setelah diumumkan sebagai duta pertama G-Shock Malaysia pada tahun ini.