ROYAL OAK OFFSHORE MENGHARGAI NUANSA MUZIK DUNIA
Audemars Piguet memuliakan kembara bersama lapangan muzik
pengarang arloji ZUHAIRIE SAHROM foto AUDEMARS PIGUET
Bunyi sentiasa terpahat dalam nadi seni pembuatan jam, sebelum paparan masa boleh dibaca balik laman dail lagi. Contohnya pada penciptaan paluan loceng yang menandakan masa. Demikian, Royal Oak Offshore Music Editions tampil menghargai nuansa muzik dunia.
Sejak penubuhannya, Audemars Piguet sentiasa mempertalikan karya arloji artistiknya bersama dunia muzik. Terutamanya memegang peranan sebagai perintis dalam pembangunan jam tangan berbunyi. Koleksi Royal Oak Offshore, telah menyaksikan pelbagai kolaborasi bersama para pengkarya muzik. Lantas, menggunakan inspirasi mereka dan memberi aspirasi sebagai ganjaran.
Terkini Audemars Piguet berbesar hati mempersembahkan lima rujukan Royal Oak Offshore Music Editions baharu yang hadir dalam saiz 37 dan 43 mm dalam bahan berbeza. Dua model dalam titanium, dua dalam kemasan emas putih 18 karat dihiasi permata dan terakhir sekali dalam seramik hitam. Paparan laman dail Tapisserie memaparkan corak equaliser (atau meter VU) seperti yang terdapat di studio rakaman.
Rujukan ini dilengkapi dengan pergerakan pusingan kendiri memandu jam, minit dan jarum detik; yang mana tampil dengan nadi Kaliber 5909 baharu buat model 37 mm dan Kaliber 4309 untuk varian 43 mm. Kelima-lima model baharu ini dengan reka bentuk asalnya meraikan sinergi kreatif yang telah diusahakan oleh rumah arloji mewah ini dengan dunia muzik selama beberapa tahun.
Pautan berkaitan: PERKENALAN PERDANA HÔTEL DES HORLOGERS
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 JAM TANGAN MENGAGUNGKAN TAHUN ARNAB
Mendukung lambang keamanan dan kemakmuran, lihat lima Jam Tangan Tahun Arnab bagi melengkapi persalinan kala menyambut Tahun Baru Cina nanti!
AUDEMARS PIGUET ROYAL OAK SELFWINDING BERHIAS PERMATA EKSKLUSIF
Lanjutan dari arloji artistik mendakap keharmonian rona pelangi, Royal Oak Selfwinding diperkemas permata potongan baguette eksklusif.
ROLEX ART WEEKEND 2022, KELANJUTAN NILAI TRADISI SENI BUAT REFERENSI MASA DEPAN
Rolex Art Weekend 2022 turut membawakan diskusi eksklusif bersama Spike Lee, Phyllida Lloyd, Lin-Manuel Miranda, Carrie Mae Weems. Serta tayangan perdana hasil pengkarya protégé Rolex.
FRANCK MULLER MEMBENTANGKAN TIGA MODEL EKSKLUSIF BUAT PASARAN ASIA TENGGARA
Franck Muller tampil membentangkan himpunan novelti baharunya yang eksklusif buat pasaran Asia Tenggara bersentuhan percikan rona bisa memikat perhatian.
NO RULES, OUR GAME
Roger Dubuis membuka gerbang butik perdananya yang disuntik nada konsep baharu, lantas menjadikannya yang pertama di Asia Tenggara.
VAMOS VAMOS ARGENTINA
Jam tangan Pintar Big Bang e FIFA World Cup Qatar 2022 mengimbangi setiap detik gemilang Piala Dunia FIFA edisi yang ke-22.