AUDEMARS PIGUET ROYAL OAK SELFWINDING BERHIAS PERMATA EKSKLUSIF
Audemars Piguet membentangkan dua set arloji Royal Oak Selfwinding yang melangkau kejelasan spektrum permata berwarna-warni.
pengarang arloji ZUHAIRIE SAHROM foto AUDEMARS PIGUET
Lanjutan dari perkenalan arloji artistik mendakap keharmonian rona pelangi, Audemars Piguet Royal Oak Selfwinding diperkemas tatahan permata potongan baguette eksklusif berwarna-warni.
Terdiri daripada 10 utas setiap satu kreasi dalam dua saiz yakni 41mm dan 37mm.
Bagi meraikan ulang tahun ke-50 Royal Oak nan ikonik, pembikin arloji artistik Swiss; Audemars Piguet mencitrakan kembali arloji yang mendakap keharmonian rona pelangi. Pelancaran dua set Royal Oak Selfwinding ini tampil membentuk spektrum pelangi bila kesemua jam tangan ini digabungkan secara berasingan.
Himpunan Royal Oak Selfwinding Rainbow baharu menampilkan ukuran 37mm dan 41mm. Demikian, kedua-dua set ini tampil terhad dalam 10 unit setiap satu versi yang diperbuat dari emas putih. Kedua-dua konstruksi rangka baharu ini diperkemas dengan mengangkat seni tatahan permata paling eksklusif sambil memaparkan indikasi jam, minit dan saat.
Ditenagai penggulungan automatik, masing-masing dihiasi batu permata berpotongan baguette yang berbeza. Ini termasuk batu permata Orange Spessartite, Ruby, Pink Tourmaline, Amethyst, Tanzanite, Blue Topaz, Blue Sapphire, Emerald, Tsavorite, dan Yellow Chrysoberyl. Setiap versi diterangi oleh 800 butir batu permata yang memenuhi segenap laman dailnya.
Kesemua permata terpilih ini ditempah secara eksklusif untuk dipotong dengan teliti bagi menawarkan kejelasan warna yang tepat. Pengaturan tatahan permata ini dipikul oleh Salanitro, yang merupakan sebuah syarikat khusus dalam menerima tempahan pembuatan jam tangan dan penetapan batu permata Swiss.
Pautan berkaitan: PERKENALAN PERDANA HÔTEL DES HORLOGERS
Tags
Artikel Yang Berkaitan
VACHERON CONSTANTIN OVERSEAS: LEGASI HAUTE HORLOGERIE
Vacheron Constantin memperkenalkan Overseas Perpetual Calendar Ultra-Thin baharu; gabungan sporty, elegan dan kemewahan.
PESONA BAHARU: TUDOR ROYAL BIRU MENGGODA PANDANGAN
TUDOR Royal Biru tampil dengan pesona baharu yang memikat menggabungkan keanggunan klasik dan sentuhan moden untuk gaya maskulin.
5 JAM TANGAN OMEGA PALING ‘POWER’ TAHUN 2025!
Temui 5 jam tangan OMEGA paling ‘power’ untuk tahun 2025, yang pasti menarik perhatian para peminat jam mewah di Malaysia.
7 SELEBRITI YANG MEMILIKI JAM TANGAN MEWAH PATEK PHILIPPE NAUTILUS
Patek Philippe Nautilus merupakan jam tangan paling rumit yang pernah dicipta oleh Patek Philippe dan hanya yang bertuah dapat memakainya.
JAM TANGAN CHOPARD TERBARU: KOLEKSI EKSKLUSIF DI WATCHES & WONDERS 2025
Chopard memperkenalkan koleksi jam tangan terbarunya di Watches & Wonders 2025, menampilkan rekaan mewah dan ketukangan tinggi.
ZIZAN RAZAK, WAJAH PERTAMA G-SHOCK MALAYSIA
Zizan Razak telah menyertai G-Shock setelah diumumkan sebagai duta pertama G-Shock Malaysia pada tahun ini.