SAMSUNG GEAR S3 LEBIH BERGAYA
Samsung baru-baru ini melancarkan jam tangan pintar SAMSUNG GEAR S3 yang menggabungkan reka bentuk menawan serta teknologi canggih mudah alih, dan boleh didapati dalam dua jenis iaitu Gear S3 dan Gear S3 klasik. SAMSUNG GEAR S3 ternyata memiliki spesifikasi hebat khusus buat mereka yang seringkali aktif melakukan kegiatan mencabar, mahupun mereka yang sentiasa bergerak.
SPESIFIKASI HEBAT
Skrin sesentuh SAMOLED lebih besar 1.3″ digunakan dengan resolusi 360×360 pixel, malah kaca Corning Glass SR+ digunakan bagi memastikan ia tahan calar dan pecah ketika digunakan. Untuk paparan permukan, skrin ini menyokong paparan Always On Display di mana ia akan menyala semula apabila mengesan pergerakan tangan.
Disertakan dengan RAM sebesar 768 Megabyte dan storan 4 Gigabyte, adalah untuk simpanan storan aplikasi dan menyimpan fail muzik MP3. Yang menariknya, bateri 380 mAh digunakan dan ini merupakan peningkatan berbanding 250 mAh pada Gear S2. Gear S3 juga menggunakan sistem operasi Tizen Based Wearable Platform 2.3.1.
REKA BENTUK MENARIK
Pada pandangan kami, GEAR S3 ini nampak lebih ranggi, tahan lasak dan agresif. yang mensasarkan kepada golongan yang gemar melakukan aktiviti luar. Dua butang pada sisi kanan digunakan sebagai butang home merangkap butang kuasa dan butang back seperti pada peranti Android biasa. Sistem bezel berputar digunakan untuk melakukan navigasi pada antaramuka. Dengan tawaran sistem ini pengguna tidak perlu sentiasa menyentuh bahagian skrin sekaligus mengurangkan kekotoran dan cap jari.
Selain itu, aplikasi Samsung Gear juga telah dikemaskini bagi memudahkan pengguna melihat maklumat yang diperlukan, antaranya menunjukkan tahap bateri serta anggaran hayat peranti, ruangan storan dan penggunaan RAM.
Kedua-dua Gear S3 Frontier dan edisi klasik sudah mulai dijual harga RM1,399 di semua kedai Samsung serta pengedar-pengedar sah di seluruh Malaysia.
Ulasan dari GLAM LELAKI:
“Gear S3 sangat mudah dan selesa digunakan. Antara mukanya mudah difahami dengan sistem navigasi mesra pengguna. Cukup sesuai buat mereka yang sering bergerak dan aktif, malah menyerlahkan personaliti seseorang. Totally recommended”, – Wan Mohd Firdaus, Penulis WEB (glamlelaki.my)
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PERSONALITI FESYEN LELAKI PILIHAN GLAM LELAKI
Personaliti fesyen dalam kalangan lelaki semakin meningkat terumatanya dengan peningkatan penggemar fesyen dalam kalangan lelaki muda kini. Dari personaliti antarabangsa ke tempatan, setiap dari mereka mempunyai gaya yang versatil, mencerminkan diri sendiri. Wajah-wajah ini turut menjadi inspirasi buat penggemar fesyen untuk tampil lebih bergaya. Mereka bijak menggabungkan elemen klasik dan kontemporari dalam penampilan, menjadikan setiap…
EMRAN RIJAL DISAMBUT SEBAGAI AYAH DENGAN HARUMAN IKONIK MONTBLANC LEGEND BLUE
Setiap lelaki dilakar oleh bab-bab kehidupan yang berbeza, daripada pencapaian kerjaya hingga kejayaan peribadi. Namun tiada yang dapat menandingi detik apabila seseorang lelaki menjadi seorang ayah buat kali pertama. Itulah realiti dan pengalaman Emran Rijal, yang kini melangkah ke fasa baru kehidupan bersama isterinya, Tyra Kamaruzzaman, dan cahaya mata pertama mereka yang baru lahir. Sempena…
MIERUL AIMAN TURNS 27 TODAY! KETAHUI 10 PERKARA MENGENAI PELAKON MUDA DAN GL FAVOURITE BOY INI.
Mierul Aiman turns 27. Sempena hari ulang tahun ke-27 Mierul hari ini, ketahui 10 fakta menarik tentang bintang muda ini.
HELENA: SIAPA SEBENARNYA WANITA DALAM LAGU IKONIK MY CHEMICAL ROMANCE?
Buat para peminat tegar MCR, lagu ‘Helena’ My Chemical Romance sememangnya antara karya paling dikenali dan ikonik mereka. Diterbitkan pada tahun 2004 menerusi album ‘Three Cheers for Sweet Revenge’, lagu ini bukan sahaja melonjakkan nama band ke arus perdana, malah menjadi anthem rasmi bagi ramai remaja era emo. Namun, di sebalik lirik yang penuh emosi…
JANGKITAN HERPES DALAM PERKAHWINAN: LELAKI JANGAN AMBIL MUDAH!
Seks dalam perkahwinan tak selalu selamat jika abaikan penjagaan kesihatan seksual. Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang wanita mendakwa dijangkiti penyakit herpes selepas melakukan seks oral terhadap suaminya. Perkongsian itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat, terutama pasangan yang sudah berkahwin dan menganggap hubungan intim antara suami isteri adalah “selamat” secara automatik. Tetapi…
BUKAN SEKADAR LASAK: SUKAN EKSTREM PILIHAN LELAKI HARI INI
Lelaki hari ini bukan lagi hanya melepak di gim atau bersenam seminggu sekali. Dalam dunia serba sibuk, ramai yang mula mencari aktiviti yang boleh buat tubuh cergas dan jiwa rasa hidup semula. Masuklah dunia sukan ekstrem, aktiviti yang bukan saja cabar fizikal, tapi juga beri kepuasan luar biasa. Bayangkan: anda tergantung di dinding batu setinggi…