SCUDERIA FERRARI BERKUASA KUDA?
Teks: Sufian Sapari
Ferrari kali ini hadir dalam bentuk jam tangan, melalui koleksi Scuderia Ferrari, untuk mendekatkan jenama ini dengan penggemarnya.

Red Rev Evo, RM839, Scuderia Ferrari
RED REV EVO
Memiliki bentuk ergonomik serta dail multi-laras dan inspirasi perincian kereta lumba, model Red Rev Evo menyerlahkan case ion keluli dengan diameter 46mm. Mata pasti meluru terus ke tali silikon hitam bertekstur bunga tayar dengan jalur merah melilit seluruh tali. Manakala sub-dail pada kedudukan 7:00 mewujudkan ciri teknikal seakan enjin terbuka yang boleh dilihat di bawah bonet kereta Ferrari.

Speciale, RM649, Scuderia Ferrari
SPECIALE
Terdapat dua saiz case iaitu 44mm dan 38mm dalam keluli tahan karat ataupun pilihan keluli saduran ion dalam hitam, emas kuning atau rose gold. Juga diberi seleksi antara gelang keluli tahan karat atau rekaan strap silikon.
Tampil bergaya dengan tema warna klasik pasukan Ferrari, mencerminkan imej sporty dan maskulin. Dail menawan dihiasi tekstur honeycomb mirip gril depan kereta lumba.

Speciale Evo, RM1,399, Scuderia Ferrari
SPECIALE EVO
Kronograf ini dikuasakan kuarza tepat di samping punya sub-dail dilingkari bezel mini bertekstur bulatan memusat. Simbol satu karakter yang performance-driven, rekaan Speciale Evo memaparkan bezel dengan font F1 pada indeks minit, dengan segmen rev berkontra dan sisi berciri ridged mencadangkan estetika yang bold.

Gran Premio Automatico edisi terhad, RM3,435, Scuderia Ferrari
GRAN PREMIO AUTOMATICO
Musim ini, Scuderia Ferrari mempersembahkan jam tangan edisi terhad Gran Premio Automatico dalam rekaan penuh dramatik. Gentian karbon pada tali silikon bertekstur yang dibangkitkan bersama lambang Scudetto di bahagian bawah case yang berdiameter 47mm ini. Ia direka dalam keluli ion saduran hitam dan dilanjutkan hingga ke bezel sport hitam, turut terukir merah nama
SCUDERIA FERRARI.
Di sisinya pula terdapat crown Cavallino manakala tekstur menyerupai gentian karbon, bahan automotif klasik pada dail hitam diperincikan dengan Scudetto kuning dan sudut bacaan waktu serta jarum jam berwarna merah cukup memberi kontra mewah.
Model ini dikeluarkan dalam edisi terhad kepada 300 utas bernombor siri. Ia kalis air hingga kedalaman 50meter/ 5 atm dan terdapat 2 tahun jaminan.
Perspektif dan pengalaman berkaitan isu ‘pop culture’ lokal dan global
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS
Semak kembali lima hantaran Instagram milik model, pelakon dan ‘fitness enthusiast’ Hakimi Noordin yang banyak memberi inspirasi dalam bidang kecergasan. Dari kekuatan mental ke transformasi realistik. Dunia kecergasan di Malaysia kini sedang melalui fasa perubahan yang sangat drastik dan positif. Kehadiran selebriti seperti Hakimi Noordin telah berjaya mengubah landskap kesihatan serta gaya hidup komuniti lelaki…
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
MEW SUPPASIT & MONTBLANC MEISTERSTÜCK: MANIFESTASI JIWA DALAM SETIAP GORESAN
Mew Suppasit sertai Montblanc menterjemah makna seni penulisan. Lihat gaya sofistikated ikon Thailand ini bergaya dengan produk Montblanc.
TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS
Ketahui strategi tactical grooming untuk kekal segar di Palm Springs. Tip penjagaan wajah, rambut, dan wangian untuk lelaki masa kini.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 7 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN
Terokai 7 filem terbaik lakonan Zul Ariffin yang wajib tonton. Temui evolusi kerjaya ikon aksi Malaysia ini sekarang.










