Temu ramah eksklusif bersama Romain Marietta, Ketua Produk Zenith
Kongsikan bersama GL kisah di sebalik penciptaan Zenith DEFY Extreme yang baru dilancarkan.
Model terbaru DEFY 21 tampil diperkasakan dari model tahun 2017; dengan peningkatan nadi mekanikal El Primero yang monumental. Berkemampuan untuk menghitung ketepatan pecahan saat 1/100; DEFY 21 melewati transformasi ‘body-building’ yang menggabungkan ketepatan teknikal serta daya ketahanan yang lasak. Nama DEFY Extreme ini berasal dari barisan gaya sukan citra Zenith yang dilancarkan pada tahun 1960-an; yang mana bersaing bersama model jam tangan menyelam mengintegrasikan reka bentuk model asal A3642. Bersama DEFY Extreme ini, Zenith menterjemahkan susuk rekaan serta fungsi dalam ungkapan baru menerusi keperkasaan dan ketepatan superlatifnya.

Terangkan lebih mendalam dengan Zenith Defy Extreme dari spesifikasi sehingga mekanisme kalibernya.
Dari perspektif estetik, DEFY Extreme diproduksi lebih besar dengan saiz 45 mm dengan kerangka rekaan yang lebih garang. Sekali gus, memperlihatkan siluet keseluruhan yang membiaskan daya ketahanan dan kecenderungan bagi meneroka horizon baru. Reka bentuknya diperkasakan dengan penambahan komponen yang melindungi penolak serta crown bersekuriti screw-down. Di samping diolah lebih ergonomik, DEFY Extreme dipertingkatkan dengan ketahanan rintangan air sedalam 200 meter bersama prestasi fungsi kronograf yang canggih dilengkapi dengan paparan caseback terbuka mendedahkan komponen kaliber terbaru ini.

Salah satu elemen DEFY Extreme yang menawan adalah binaan twelve-sided ring yang diletakkan di bawah bezel mengunjur sehingga ke belakang jam. Struktur arsitektur cincin ini membingkaikan dail sambil menambahkan lapisan perlindungan kalis kejutan pada mekanikal pergerakan El Primero. Berpunya dua escapement dengan daya kerja 360,000 VpH yang sama untuk penjagaan masa serta menguasai kronograf secara berasingan, ianya dapat digunakan selama 90 minit sebelum perlu diputar ulang. Disamping itu, setiap model DEFY Extreme dilengkapi dengan tiga tali yang berbeza dengan mekanisme penukaran yang mudah dan cepat. Setiap pilihan menawarkan sifat yang berbeza untuk pengalaman memakai yang berbeza, disesuaikan dengan persekitaran dan aktiviti yang dilakukannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LVMH WATCH WEEK 2026: SOROTAN KOLEKSI TAG HEUER YANG MEMUKAU
LVMH Watch Week 2026 memperkenalkan inovasi dan reka bentuk terbaru dalam dunia jam tangan mewah, termasuk koleksi istimewa dari TAG Heuer.
RADO TRUE SQUARE SKELETON: MEKANIKAL KOMPLEKS DALAM BINGKAI SERAMIK
Rado memperkenalkan True Square Skeleton dengan rekaan seramik hitam, pergerakan skeleton R808 dan berlian baguette.
5 DUTA JAM TANGAN TERKINI DARI KOREA SELATAN
Korea Selatan turut menguasai dunia jam tangan sebagai duta jenama dan menjadi bukti impak mereka kepada dunia.
GL PICKS: 9 JAM TANGAN LELAKI PALING ‘ON-TOP’ TAHUN INI
Sembilan jam tangan lelaki paling ‘on-top’ tahun ini. Gabungan gaya dan ketepatan masa untuk lelaki moden yang tahu nilai setiap detik.
BR-X3 NIGHT VISION DARI BELL & ROSS: KECANGGIHAN DI WAKTU MALAM
Evolusi baharu dalam dunia horologi, BR-X3 Night Vision menggabungkan reka bentuk avant-garde dengan ketepatan teknikal bertaraf profesional.
BELL & ROSS X RAFALE: KOLABORASI BERPRESTIJ
Bell & Ross memperkenalkan BR-03 Rafale Solo Display Chronograph edisi terhad, meraikan ketepatan, prestasi dan dunia aeronautik











