THE BEAUTY OF BRONZE
Satu aloi logam yang anti-magnetik, kuat dan tahan karat, gangsa atau bronze antara material yang menjadi trend di Baselworld 2017. Juga digemari kerana pesona vintaj pada warna semulajadinya yang berubah mengikut usia, kami senaraikan beberapa model jam Baselworld 2017 yang menerapkan trend ini.
1. NAVITIMER RATTRAPANTE, BREITLING
Antara mekanisme jam paling sukar adalah pergerakan kronograf split-seconds. Untuk Baselworld 2017, Breitling melewati pergerakan ini – yang dimajukan dan dihasilkan mereka sendiri – dalam model klasik Navitimer. Memegang kaliber kronograf selfwinding split-seconds Caliber B03 (COSC-certified), model Navitimer Rattrapante didatangkan dalam case keluli 45mm juga edisi terhad red gold 18K (250 utas, dengan case belakang kristal nilam transparen). Kedua-dua model tampil dengan dail eksklusif diwarnakan bronze melatari indeks dan inner bezel warna perak. Sentuhan unik: logo jenama dibahagikan dua, kepada huruf B dan sauh, diletakkan di hujung setiap satu jarum saat.

2. PILOT EXTRA SPECIAL CHRONOGRAPH, ZENITH
Satu ekspresi warisan wira-wira penerbangan, jam kronograf Pilot ini punyai case 45mm diperbuat daripada gangsa dengan dail hitam hasil bagas pasir dipadankan dengan tali kulit nubuck dalam hijau khaki menghidupkan semula pesona retro. Dikuasai Pergerakan Primero Calibre 4069, dengan rizab kuasa minimum 50 jam.

3. KONTIKI BRONZE MANUFACTURE, ETERNA
Pada 1947, peneroka Norway, Thor Heyerdahl, merentasi Lautan Pasifik hanya menggunakan rakit. Kala itu, keenam-enam ahli ekspedisi memakai jam Eterna. Kini, meraikan ulangtahun ke-70 ekspedisi KonTiki itu, Eterna mengeluarkan jam KonTiki Bronze Manufacture (edisi terhad 300 utas) dengan case gangsa 44mm dengan bezel seramik hitam dilengkapi tali kulit kalis air. Kaliber Maison Eterna 3902A menjadi jantung model ini.

Tags
Artikel Yang Berkaitan
RADO TRUE SQUARE SKELETON: MEKANIKAL KOMPLEKS DALAM BINGKAI SERAMIK
Rado memperkenalkan True Square Skeleton dengan rekaan seramik hitam, pergerakan skeleton R808 dan berlian baguette.
5 DUTA JAM TANGAN TERKINI DARI KOREA SELATAN
Korea Selatan turut menguasai dunia jam tangan sebagai duta jenama dan menjadi bukti impak mereka kepada dunia.
GL PICKS: 9 JAM TANGAN LELAKI PALING ‘ON-TOP’ TAHUN INI
Sembilan jam tangan lelaki paling ‘on-top’ tahun ini. Gabungan gaya dan ketepatan masa untuk lelaki moden yang tahu nilai setiap detik.
BR-X3 NIGHT VISION DARI BELL & ROSS: KECANGGIHAN DI WAKTU MALAM
Evolusi baharu dalam dunia horologi, BR-X3 Night Vision menggabungkan reka bentuk avant-garde dengan ketepatan teknikal bertaraf profesional.
BLACK BAY ILHAM TUDOR: IKON JAM TANGAN PENYELAM DENGAN EVOLUSI TERKINI
TUDOR membuktikan kehebatannya dalam dunia horologi dengan memperkenalkan evolusi terbaharu jam tangan penyelam ikonik mereka, Black Bay.
BELL & ROSS X RAFALE: KOLABORASI BERPRESTIJ
Bell & Ross memperkenalkan BR-03 Rafale Solo Display Chronograph edisi terhad, meraikan ketepatan, prestasi dan dunia aeronautik










