Skip to content

Lasak, Mantap Lagi Mendebarkan 01

The Gray Man : Lasak, Mantap Lagi Mendebarkan

Kongsikan artikel ini

The Gray Man tampil membawakan kolaborasi mencemaskan antara TAG Heuer dan Netflix Film.

Filem arahan sutradara Joe & Anthony Russo, menampilkan Ryan Gosling merangkap ambassador TAG Heuer sebagai Sierra Six. Langsung, mengetengahkan deretan babak aksi mencemaskan yang saling bertukar lokasi eksotik dari Asia ke Eropah. Secara tidak langsung, merefleksikan moto TAG Heuer yang benar sekali tidak gusar dihentam tekanan.

Lasak, Mantap Lagi Mendebarkan 02

The Gray Man menyaksikan ambasador TAG Heuer, Ryan Gosling yang memikul tanggung jawab terbesarnya dalam menuruti arahan sutradara duo di sebalik Avengers: Infinity War dan Avengers: Endgame. Apabila aset utama CIA yang mana identitinya tidak diketahui sesiapa, Sierra Six secara tidak sengaja menemukan rahsia agensi lalu mencetuskan pemburuan global oleh sekalian pembunuh upahan antarabangsa bagi menundukkannya. Filem termahal yang pernah dilaksanakan oleh Netflix Film ini turut dibintangi Regé-Jean Page, Ana de Armas, Jessica Henwick, Wagner Moura, Dhanush, Billy Bob Thornton, Alfre Woodard dan Julia Butters.

Apa yang bakal digayakan oleh seorang super-assassin elit dalam menelusuri keterbatasan yang penuh ekstrem, TAG Heuer Carrera adalah jawapannya yang mana pertama kali dicipta bagi mengejar kelajuan tertinggi di litar lumba. Ia ibarat berdepan soal hidup dan mati dalam membuat keputusan yang hanya mengambil beberapa pecahan saat. Tidak terhenti disitu, konstruski pembinaan arlojinya juga sama penting di dalam mengimbangi fungsi serta susuk rekaan yang tampil sleek lagi minimal.

Sekalipun kedua-dua, Sierra Six dan naratif The Gray Man adalah fiksyen, “Don’t Crack Under Pressure” moto yang dijulang TAG Heuer adalah manifestasi nyata. Dalam perkongsian ini, Netflix mempamerkan hubungan mantap antara TAG Heuer dan The Gray Man yang sama sekali serasi berdua. Jelas bahawa TAG Heuer Carrera adalah satu-satunya pilihan — kerana ia adalah satu-satunya jam tangan yang boleh bersaing dengan energi ekstrem The Gray Man.

Pautan berkaitan: A WATCH BORN TO EXPLORE : EKSHIBISI EKSKLUSIF ROLEX

By Zuhairie Sahrom
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 FILEM TERBAIK RYAN GOSLING MENURUT ROTTEN TOMATOES

10 FILEM TERBAIK RYAN GOSLING MENURUT ROTTEN TOMATOES

Bacaan Lanjut
10 CALON OSCAR 2024 & FILEM TERBURUK YANG PERNAH MEREKA BINTANGI

10 CALON OSCAR 2024 & FILEM TERBURUK YANG PERNAH MEREKA BINTANGI

Bacaan Lanjut
Awal Ashaari Scha Alyahya

FRANCK MULLER MELANCARKAN BUTIK FLAGSHIP TERBESAR ASIA DI PAVILION KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
STAIL TERBAIK RYAN GOSLING & PELAKON BARBIE DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA

STAIL TERBAIK RYAN GOSLING & PELAKON BARBIE DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA

Bacaan Lanjut
8 BINTANG HOLLYWOOD POPULAR INI SEBENARNYA BERASAL DARI KANADA

8 BINTANG HOLLYWOOD INI SEBENARNYA BERASAL DARI KANADA

Bacaan Lanjut
FESYEN TERBAIK IKON HOLLYWOOD DI CINEMACON 2023

FESYEN TERBAIK IKON HOLLYWOOD DI CINEMACON 2023

Bacaan Lanjut