Skip to content

Melangkah Ke Masa Depan Elektrik Sepenuhnya 01

Melangkah Ke Masa Depan Elektrik Sepenuhnya

Kongsikan artikel ini

Memperkenalkan XC40 Recharge Pure Electric, Volvo Car Malaysia menyasarkan 75% jualan daripada EV menjelang 2025 lantas menyasarkan untuk menjadi syarikat automatif eletrik sepenuhnya menjelang 2030.

Volvo Car Malaysia secara rasminya melangkah ke ruang masa depan elektrik sepenuhnya dengan perkenalan model kenderaan elektrik (EV) penuh, XC40 Recharge Pure Electric buat pasaran tempatan. Usaha ini adalah sebahagian daripada wawasan global Volvo untuk menjadi jenama automotif elektrik sepenuhnya menjelang 2030. Sehingga ke hari ini, Volvo merupakan satu-satunya pengeluar automotif di Malaysia dengan pemasangan tempatan (CKD) rangkaian hibrid plug-in (PHEV).

Melangkah Ke Masa Depan Elektrik Sepenuhnya 02

Volvo Car Malaysia menyasarkan untuk mempercepatkan transformasinya ke arah elektrifikasi dengan sumbangan 75% daripada barisan kenderaan elektrik penuhnya menjelang 2025. Menerusi visi serta misi tinggi ini, Volvo menyasarkan untuk menjadi pengeluar kereta EV premium terkemuka di Malaysia. Bagi memulakan langkah terbarunya ke arah elektrifikasi, Volvo Car Malaysia memperkenalkan XC40 Recharge Pure Electric, jentera elektrik sepenuhnya yang pertama.

Melangkah Ke Masa Depan Elektrik Sepenuhnya 03

Dibina di atas platform SUV premium kecil XC40, XC40 Recharge Pure Electric menampilkan penjana kuasa pacuan semua roda elektrik sepenuhnya yang menawarkan jarak pemanduan sehingga 418 km* untuk sekali caj. Pengenalan XC40 Recharge Pure Electric menandakan kejayaan Volvo Car Malaysia, dalam usahanya ke arah menjadi syarikat neutral-iklim menjelang 2040. Sekali gus, meneruskan pencapaian bersejarahnya sebagai unit CKD pemasangan tempatan.

Pautan berkaitan: KEANGGUNAN NAN AGRESIF

By Zuhairie Sahrom
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 MOTOSIKAL TERMAHAL DI DUNIA 2023

Bacaan Lanjut
TIGUAN ALLSPACE #SUVW BUAT SEMUA

TIGUAN ALLSPACE #SUVW BUAT SEMUA

Bacaan Lanjut

KUASA MASA HADAPAN XC40 RECHARGE PURE ELECTRIC

Bacaan Lanjut
TIGUAN ALLSPACE LIFE 01

TIGUAN ALLSPACE LIFE

Bacaan Lanjut

GOLF R-LINE – EVOLUSI KESERONOKAN VOLKSWAGEN TERBAHARU

Bacaan Lanjut
Keanggunan Nan Agresif 01

Keanggunan Nan Agresif

Bacaan Lanjut