BAGI JEJAKA YANG MENGGEMARI AKSEN VINTAJ, JAM TANGAN BERNUANSA GANGSA TENTUNYA MENJADI PREFERENSI BUAT MENAMBAH HIMPUNAN PERIBADI. LANGSUNG MELENGKAPI GAYA PERSALINAN MUSIM PANAS. AYUH LIHAT EMPAT JAM BERNADI GANGSA DALAM PASARAN!

Gangsa merujuk kepada sekumpulan jenis aloi tembaga. Demikian, metal ini bersifat teguh lantas gangsa menyempurnakan susuk fizikal seutas jam tangan yang tegap. Di samping itu, metal ini mengusulkan karakternya yang unik bila dipakai daripada masa ke masa. Gangsa berubah rona menjadi kehijau-hijauan akibat terkorosi oleh udara membentuk patina. Secara tidak langsung mengolah susuk paras vintajnya yang digilai selautan pemuja arloji.

1 of 4

Jam Swordfish Bronze Garapan Graham

Salah satu jam tangan paling menarik yang menggabungkan estetika gangsa berserta fungsi adalah Swordfish Bronze citra Graham. Swordfish sudah menjadi signatur rumah independen ini sejak awal tahun 2000-an lagi. Jam berdiameter 46mm ini dilengkapi dengan dua kaunter bulat kronograf yang digarap dengan kanta pembesar agar memudahkan bacaan. Berlokasi pada jam 3 adalah indikasi minit manakala indikasi saat di kedudukan jam 9.

1 of 4