GLAM LELAKI MERAIKAN 4 WANITA HEBAT DENGAN KEMPEN ‘I AM WOMAN’
Biz of RE bersama GLAM Lelaki dan L’Oreal Professionel mendedikasikan kempen eksklusif ‘I AM WOMAN’ dengan menampilkan empat personaliti wanita yang cukup memberikan inspirasi kepada semua.
Dalam meraikan kehebatan wanita yang sebenar, Biz of RE bersama L’Oreal Professional melalui GLAM Lelaki, GLAM, EH!, HARPER’S Bazaar, ICON dan The Peak mendedikasikan sebuah kempen eksklusif. Inisiatif “I AM WOMAN” dilancarkan dalam meraikan empat personaliti dan wanita hebat yang cukup memberikan inspirasi kepada semua.
Kempen “I AM WOMAN” memperkenalkan empat wanita yang mengagumkan serta mempunyai latar kejayaan dalam industri masing-masing. Mereka adalah Alia Bastamam, Suhaili Michelin, January Low dan Mimi Fly. Bersama L’Oreal Professionnel, mereka berkongsi pengalaman dan cabaran yang dihadapi mereka untuk mengecapi kejayaan hari ini.
Alia Bastamam (Pereka Fesyen)
Ibunya yang memberikan inspirasi kepadannya sejak kecil lagi. Dan pengembaraan fesyen terus mekar dengan keyakinan diri pada kemampuan dirinya untuk menghasilkan sesuatu yang mempersonakan. Rekaannya menjadi pilihan barisan selebriti dan peminat fesyen, dan dia terus mewarnai pentas peragaan dengan koleksi yang memukau.
Suhaili Michelin (Artis Seni)
Ketika dunia dilanda pandemik, dia menjumpai sesuatu yang luar biasa. Dia menggabungkan seni tarinya bersama minat pada warna untuk menghasilkan karya yang memberikan impak. Suhaili Michelin percaya wanita tidak terhad kepada satu acuan sahaja. Wanita mampu untuk melakukan segalanya yang mampu untuk menakluki dunia.
January Low (Artis Seni Tari)
Dari gerakan balet kepada tarian klasikal India, dia percaya seni tarian banyak mengajarnya erti kesabaran. January Low membuktikan kekuatan seseorang wanita itu tidak mempunyai batasan. Dan erti kejayaan sebenar buatnya adalah dia tidak pernah berhenti untuk belajar dan menjadi terbaik setiap hari melalui seni yang dia cintai.
Mimi Fly (Penyanyi)
Setiap kali penyanyi dan penari ini melangkah ke pentas, dia sentiasa memberikan energi yang memukau penonton. Sejak kecil lagi, Mimi Fly menyerlahkan kreativiti dalam dirinya melalui persembahan. Dia juga sentiasa mencabar diri dan mengubah ekspresi diri melalui pilihan gaya dan warna rambut yang pelbagai. Buatnya, seseorang itu perlu jujur kepada diri agar menjadi diri mereka yang sebenar.
Bersempena dengan ini, L’Oreal Professionnel bersama produk iNOA terbaharu mahu membawakan perspektif baharu dalam meningkatkan lagi penceritaan mereka. SEjak dilancarkan pada 2009, warna rambut tanpa ammonia kini menampilkan formula yang diperbaharui. Ia dapat memberikan warna yang lebih terang, keselesaan pada kulit kepala dan tahan lebih lama.
Nantikan pelancaran filem pendek “I AM WOMAN” yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Baca lebih lanjut: 10 BAPA PALING HANGAT DI MALAYSIA PILIHAN GLAM LELAKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ACARA TAYANGAN PERDANA FILEM PENDEK ‘I AM WOMAN’ BERLANGSUNG MERIAH
Pelancaran filem pendek terbaitan Biz of RE, “I AM WOMAN” telah diadakan penuh meriah dengan kehadiran barisan selebriti, bintang media sosial dan tetamu jemputan eksklusif.
MILIKI RAMBUT SIHAT BERSINAR DENGAN PEWARNA RAMBUT L’OREAL PROFESSIONNEL INOA BEBAS AMONIA
Manjakan rambut bak layanan diraja dengan pewarna L’Oreal Professionnel iNOA Bebas Amonia untuk mahkota yang tidak mungkin anda tanggalkan.