Skip to content

Sean lee

MILIKI RAMBUT SIHAT BERSINAR DENGAN PEWARNA RAMBUT L’OREAL PROFESSIONNEL INOA BEBAS AMONIA

Kongsikan artikel ini
1 of 2

Manjakan rambut bak layanan diraja dengan pewarna L’Oreal Professionnel iNOA Bebas Amonia untuk mahkota yang tidak mungkin anda tanggalkan.

Ia mungkin kedengaran seperti terlalu mudah. Tetapi kadangkala perubahan warna atau potongan rambut sahaja sudah mampu membuatkan keseluruhan penampilan tampak berbeza berbanding sebelumnya. Dengan kemunculan gaya rambut baharu dan lebih segar, terus membuatkan anda kelihatan bagai sudah bersedia untuk melakukan perubahan pada diri seiring dengan musim terkini. Jika anda ingin mewarnakan rambut, rangkaian pewarna iNOA Bebas Ammonia adalah produk yang anda patut cuba. Ini kerana ia memiliki formulasi mewah yang tidak mampu merosakkan rambut anda.

pewarna rambut Loreal

Daripada pewarnaan secara keseluruhan sehinggalah ke teknik balayage atau sekadar highlights dan lowlights. Banyak sebenarnya yang anda boleh terokai dalam dunia mewarna rambut ini. Akan tetapi, perkara paling penting dalam memiliki rambut berwarna yang sempurna adalah mengelakkan daripada penggunakan inti pati seperti sulfat, paraben, natrium klorida dan petrokimia. Oleh kerana itu, kami memilih untuk menggunakan rangkaian pewarna iNOA Bebas Ammonia. Ini bagi membantu menaiktarafkan lagi kesuburan pada setiap helaian rambut kami.

Loreal professionel Malaysia

 

Segalanya yang perlu anda tahu tentang Pewarna Rambut L’Oreal Professionnel iNOA Bebas Amonia

Sama ada anda baru berjinak di dalam dunia penjagaan rambut ataupun tidak, permintaan servis pewarna bebas amonia ini amatlah tinggi. Walaupun seperti semua tahu, mewarna rambut ini mampu merosakkan rambut, namun kita masih mahukan sesuatu yang paling terbaik dan dapat berjumpa dengan produk yang betul mampu memberikan perbezaan yang ketara. Pewarna rambut L’Oreal Professionnel iNOA Bebas Amonia ini semestinya menjadi pilihan utama kami sebagai produk terbaik dalam servis salon.

Dilancarkan pada tahun 2009, dan semenjak daripada itu rangkaian iNOA bebas Amonia ini menjadi produk yang memberikan pengalaman mewah dalam mewarna rambut terbaik dunia. Dikuasakan dengan minyak, antara lain inovasi yang terdapat di dalam produk ini adalah di mana ianya bebas Haruman, telus air, vegan, juga bebas amonia menjadikan ia produk pertama sebegini di dalam industri salon rambut.

Loreal Malaysia

Sistem penghantaran minyak yang dipatenkan dengan unik, ODS² Oil Delivery System, ialah sebuah teknologi yang memberikan impak hasil warna yang hebat sehingga 48 peratus lebih berseri dan keselesaan kulit kepala yang optima. Memandangkan iNOA ini diperbuat daripada 60 peratus minyak, anda tidak perlu risau tentang masalah rambut rapuh dan kusut. Ia juga membuatkan rambut kekal terhidrat selama 6 minggu lamanya dan dalam pada masa yang sama masih mengekalkan warna rambut. Bukan itu sahaja, ia juga tidak memberikan hasil bau tidak selesa seperti produk pewarna yang lain.

Kini, rangkaian ini kembali dengan formulasi terbaru, ianya lebih cepat dan mudah untuk mendapatkan warna rambut yang diingini. Dengan 60 rona yang disediakan, baik wanita mahupun lelaki, anda mampu mencipta penampilan diri yang diingini tanpa had. Bukan itu sahaja, anda juga boleh meningkatkan dan memperibadikan pengalaman rambut anda menerusi aplikasi diagnosis warna profesional mereka, iNOA [iD].

 

Apakah itu iNOA [ID]?

Hanya segelintir orang sahaja yang kami percayai dan membenarkan mereka untuk mengawal serta merawat mahkota rambut kami, mahkota yang selama ini diluangkan untuk menyikat, menjaga dan merawat. Dan iNOA [iD] membantu menjadikan pengalaman yang lebih lancar lagi bagi orang ramai untuk mempercayai hasil tangan pendandan rambut mereka. Dikuasakan oleh teknologi Modiface, iNOA [iD] merupakan servis warna tambahan dalam salon pertama menerusi teknik maya di mana anda boleh melakukan diagnosis warna secara profesional juga menyediakan inspirasi unik dikala menggunakan aplikasi ini.

Pada anda yang mencari atau ingin bereksperimentasi dengan warna rambut yang lain daripada lain, iNOA [iD] ini mampu membantu anda ketika di salon serta mampu memberi visual yang lebih jelas lagi di kala berkonsultasi.

Dengan buku swatch berbentuk digital, papan mood yang boleh diubahsuai juga pratonton lanjutan hasil warna rambut, iNOA [iD[ ini mampu membuatkan pendandan rambut serta pelanggan mereka berinteraksi dengan lebih mudah, selesa dan Selamat. Ia adalah pengalaman menyeluruh yang anda tidak mahu ketinggalan.

Loreal Malaysia

Sama ada anda membuat temu janji dengan pendandan tetap anda ataupun pendandan baharu, pengalaman bersama iNOA Bebas Amonia ini menjanjikan pengalaman terbaik. Dalam mewarna warna serta tidak akan meninggalkan kesan rosak pada rambut.

Lebih menarik lagi, selebriti seperti Sean Lee, Natalie Prabha, Sophia Liana, Jaclynn Tiang juga Indah Ruhaila, masing-masing merupakan peminat setia pewarna rambut L’Oreal Professionnel iNOA Bebas Amonia. Mereka yang memiliki karakter dan latar belakang yang berbeza. Namun mampu berkongsi satu kegembiraan yang sama iaitu penghargaan mereka terhadap rawatan berinovasi ini. Kami kongsikan pendapat peribadi mereka tentang produk iNOA dan mengapa mereka menggemarinya.

 

1 of 2

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TEMA ‘MISMATCHED CHAOS’ MEWARNAI ACARA GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024

Bacaan Lanjut
Glam Lelaki Fashion Party 2024

25 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024  

Bacaan Lanjut
Coach Malaysia

COACH LANCAR INSTALASI IMERSIF RAMADAN DI PAVILION KL

Bacaan Lanjut
Hugo Malaysia

ACARA EKSKLUSIF PERSEMBAHAN KOLEKSI TERBAHARU HUGO BERSAMA GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut

25 SELEBRITI ‘BEST DRESSED’ DI GLAM LELAKI ALPHAMEN 2023

Bacaan Lanjut

MALAM ALPHAMEN 2023 DIRAIKAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut