Skip to content

Sean lee

MILIKI RAMBUT SIHAT BERSINAR DENGAN PEWARNA RAMBUT L’OREAL PROFESSIONNEL INOA BEBAS AMONIA

Kongsikan artikel ini
2 of 2

Sean Lee & Miko Au, L’Oréal Professionnel Artistic Ambassador

Sean lee

“Hendak mencari masa terutama sekali ke salon untuk mewarna rambut amatlah sukar buat saya lebih-lebih lagi dengan jadual harian kerja yang sangat sibuk. Namun, penata gaya rambut Miko Au dari Miko Galere mencadangkan saya untuk mencuba rangkaian INOA daripada L’Oreal Professionnel. Ianya bebas ammonia dan mampu memberikan keserian warna berpanjangan serta keselesaan kulit kepala optima. Terima kasih kepada produk ini, saya kini lebih yakin setiap kali di penggambaran tanpa perlu memikirkan ketidakselesaan. Tambahan lagi, ianya telus air, jadi ianya produk mesra Muslim sesuai buat pengikut saya untuk mencuba.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

 

Natalie Prabha & Andy Chan, L’Oréal Professionnel Artistic Ambassador

Natalie prabha

“Semenjak kecil lagi saya sudah tanam tanggungjawab dalam diri untuk menjaga planet kita. Dan sebagai seorang pengamal vegan serta utuh pada budaya pemampanan, saya akan pastikan diri sentiasa menggunakan produk-produk mesra alam. Terima kasih kepada L’Oreal Professionnel, kerana menghadirkan rangkaian iNOA yang berformulasi vegan bebas bau dan juga amonia. Berpeluang melakukan sesi mewarna rambut bersama Andy Chan, saya tidak perlu risaukan lagi tentang pencemaran alam setiap kali saya menggaya dan memanjakan rambut saya. Rambut saya kini tampil lebih sihat dan bersinar walaupun berada lama di set penggambaran.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

 

Sophia Liana & Shawn Loong, L’Oréal Professionnel Artistic Ambassador

Sophia Liana

Sebagai seorang penyanyi, jadual harian saya amat padat. Namun, walau sesibuk mana sekalipun, penampilan diri harus tampil on point. Terutama sekali rambut yang menjadi mahkota setiap wanita di luar sana dan Shawn Cutler tahu bagaimana untuk memastikan rambut saya tampil berseri sepanjang masa. Cadangan Shawn adalah untuk mencuba rangkaian warna rambut iNOA daripada L’Oreal Professionnel yang memiliki manfaat telus air, tiada ammonia dan bebas bau ini. Lihatlah hasilnya, ternyata amat memuaskan hati saya!”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

 

Jacqueline Tiang & Kevin Woo, L’Oréal Professionnel Artistic Ambassador

Jacqueline Tiang

“Sebagai seseorang yang gemar melakukan aktiviti luar, warna rambut saya cenderung untuk kehilangan kilauannya kerana pendedahan matahari yang berterusan. Itulah sebabnya saya perlu mencari produk yang sesuai untuk menambah baik tona rambut. Kini semuanya mudah dengan formula khas L’Oreal Professionnel daripada rangkaian iNOA, ia melaksanakan tugasnya. Pertemuan dengan Kevin Woo dari Centro Hair menyedarkan saya betapa mudahnya untuk mencapai pengalaman mewarna rambut yang sihat, mewah dengan hasil yang berkilat. Terima kasih kepada iNOA, saya kini boleh meneruskan aktiviti harian saya seperti menyelam, berenang dan banyak lagi tanpa perlu risau tentang kerosakan pada rambut saya.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

 

Indah Ruhaila & Max Chang, L’Oréal Professionnel Artistic Ambassador

Indah Ruhaila

“Saya akan pastikan penampilan rambut sentiasa tampil terbaik apabila berhadapan khalayak ramai. Jadi, saya akan mewarnakan rambut untuk kelihatan lebih istimewa dan lain daripada yang lain. Saya bertemu Max Chang daripada Max Style dan beliau mencadangkan saya untuk mencuba produk iNOA daripada L’Oreal Professionnel. Hasilnya sangat memuaskan! Warnanya yang true-to-tone , telus air, tiada bau, vegan, bebas amonia. Dan yang paling penting, pewarna ini tidak merosakkan rambut dan kulit kepala saya!”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

 

Pewarna rambut L’Oreal Professionnel’s iNOA Bebas Ammonia  ini kini boleh didapati di salon rambut seluruh Malaysia. Layari LorealProfessionnel.com untuk mencari salon terpilih kegemaran anda. Terokai lebih lanjut tentang iNOA juga L’Oréal Professionnel menerusi laman web rasmiFacebook dan Instagram .

 

Teks: Amira Azman

Baca lebih lanjut: GLAM LELAKI MERAIKAN 4 WANITA HEBAT DENGAN KEMPEN ‘I AM WOMAN’

2 of 2

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TEMA ‘MISMATCHED CHAOS’ MEWARNAI ACARA GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024

Bacaan Lanjut
Glam Lelaki Fashion Party 2024

25 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024  

Bacaan Lanjut
Coach Malaysia

COACH LANCAR INSTALASI IMERSIF RAMADAN DI PAVILION KL

Bacaan Lanjut
Hugo Malaysia

ACARA EKSKLUSIF PERSEMBAHAN KOLEKSI TERBAHARU HUGO BERSAMA GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut

25 SELEBRITI ‘BEST DRESSED’ DI GLAM LELAKI ALPHAMEN 2023

Bacaan Lanjut

MALAM ALPHAMEN 2023 DIRAIKAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut