LINDSAY LOHAN PELUK ISLAM?
Biar betul!? Adakah ini benar-benar terjadi? Lindsay Lohan, pelakon penuh kontroversi dikhabarkan sudah memeluk Islam. Buktinya, baru sebentar tadi, Lindsay Lohan bertindak memadamkan semua gambarnya di Instagramnya dan di profilnya kini tertulis ‘Alaikum salam’ (‘kesejahteraan ke atas kamu’). Jika ini benar, apa yang menyebabkan Lindsay Lohan bertindak sedemikian. Angin tiada, ribut tiada masakan Lindsay benar-benar nekad?

Akaun Instagram Lindsay Lohan sekarang.
Khabar terbaru sebelum berita mengejutkan mengenai Lindsay adalah, beliau dikatakan cukup teruja untuk kembali semula berlakon dan mengharapkan agar filem Mean Girls akan kembali di layar perak. Buat pengetahuan, filem arahan Tina Fey itu berjaya menjulang populariti Lindsay sebelum ini dan dilakon bersama Rachel McAdams dan Amanda Seyfried.
Dan sebelum ini dikhabarkan oleh pihak pengurusan Lindsay atau lebih mesra dikenali sebagai LiLo memberitahu beliau kini sedang dalam fasa ‘pembaharuan’ dan mengakui tertarik dengan ajaran Islam, melalui temubualnya dengan media antarabangsa sekitar tahun lalu. Malah, temuabualnya bersama DailyMail, Lindsay ada menyebut yang dia kini sedang menjalani ‘babak’ baru dalam kehidupannya.
Melalui laman web emirateswoman.com, Lindsay kini berada di Dubai bersama sahabat baiknya, blogger gaya hidup, Karen Wazen Bakhazi menghabiskan masanya melakukan kerja sukarela di kem-kem pelarian di Turki, dan berimpikan untuk menubuhkan syarikat produksi sendiri di Dubai. Dan ini respon Lindsay apabila ditemubual bersama CNN Abu Dhabi:
“I’ve met amazing women [here] that are really strong and have taught me a lot … I don’t think people realise how accepted it is for a woman to be a strong woman in the UAE. It is a very appreciated thing.”

Gambar Lindsay Lohan bersama dipercayai salah seorang pelarian di UAE. (Photo: Instagram @lindsay lohan / emirateswoman.com


Imej dan wajah baru Lindsay Lohan lengkap bertudung juga turut disiarkan di laman Instagram @international_muslim_women, malah hashtag #welcometoislam turut digunakan. Berdasarkan temuramah Lindsay bersama Haber Turk untuk siaran Turkish TV, Lindsay ada menyebut sesuatu mengenai Al-Quran. Ini ayat-ayatnya:
“The Quran opened doors for me to experience spiritually, to find another true meaning. This is who I am.”
Apa-apapun, kami dari GLAM Lelaki mengharapkan yang terbaik buat Lindsay Lohan dan terbuka dengan apa saja keputusannnya. Anda rasa bagaimana?
Oleh Wan Mohd Firdaus, 13 Januari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN
Ombak KLCC hadir sebagai destinasi gaya hidup di Kuala Lumpur, menggabungkan seni bina unik, seni, budaya dan pengalaman membeli-belah moden.
SUDAH DIBUKA! 118 MALL MENJADI TARIKAN BAHARU KUALA LUMPUR
118 Mall kini dibuka di Menara Merdeka 118, menawarkan pengalaman membeli-belah, gaya hidup dan seni bina moden di Kuala Lumpur.
PARK JI HOON X SUPERDRY, SATU KOLABORASI, SERIBU TARIKAN
PARK JI HOON X SUPERDRY memperkenalkan koleksi edisi terhad di Malaysia, menggabungkan fesyen jalanan dengan pengalaman buat peminat.
GAYA, KERJAYA DAN IMPIAN DARYL TAN
Daryl Tan berkongsi inspirasi fesyen vintaj, pengalaman kerjaya serta impian besar yang ingin dicapai sebelum mencecah usia 30 tahun.
ADZIM HARIZ, GAYA BERSAHAJA KREATIVITI LUAR BIASA
Adzim Hariz berkongsi perjalanan sebagai content creator, inspirasi dan gaya peribadi yang mencerminkan keaslian serta identiti tersendiri.










