Skip to content

10 SELEBRITI LELAKI ASIA YANG MENJADI DUTA JENAMA MEWAH

Kongsikan artikel ini

Duta satu jenama merupakan muka kepada jenama itu sendiri dan seseorang boleh menentukan aura sesuatu jenama itu. 

Impak lelaki Asia dalam dunia fesyen sangatlah besar. Dari K-Pop ke drama Thai, jejaka-jejak ini menjadi pujaan ramai wanita. Telah menjadi satu strategi dan trend bagi jenama-jenama mewah di dunia ini untuk memilih lelaki Asia sebagai duta mereka kerana mereka tahu betapa besar impaknya. Hari ini, GLAM Lelaki akan berkongsi 10 selebriti lelaki Asia yang menjadi duta jenama mewah dalam dunia fesyen.

#1 Hyunjin Stray Kids – Versace

Menjadi kegemaran pengarah kreatif Versace Donatella Versace, Hyunjin dari Stray Kids diberi samaran Versace Prince dari Donatella sendiri. Hyunjin ialah selebriti Korea Selatan yang pertama diberi kehormatan menjadi duta Versace. Pada bulan November 2023 tahun lepas, Hyunjin muncul dalam kempen Versace pertamanya dengan koleksi Holiday 2023 jenama itu. Versace seringkali menunjukkan sokongan terhadap Hyunjin dengan menghias dia dengan busana dari Versace dalam setiap persembahan dan penggambarannya. Hyunjin juga seringkali kelihatan menggayakan busana Versace yang belum dilancarkan dan direka khas untuknya. Penari utama kumpulan Stray Kids ini juga mempunyai bakat besar dalam bidang seni dan hasil kerjanya sering dikongsi di akaun Instagramnya, @hynjinnnn

#2 Sunwoo The Boyz – Amiri

Rapper dari kumpulan The Boyz ini pertama kali berjumpa dengan pereka jenama Amiri, Mike Amiri di pertunjukkan fesyen jenama itu di Paris pada tahun 2023. Mereka selepas itu berjumpa semula di Seoul. Sunwoo pertama kali membuat kemunculan di runway Amiri pada pertunjukkan fesyen musim luruh dan musim sejuk Amiri pada bulan Januari 2024 di Paris. Pada 20 Jun 2024, Sunwoo membuat kemunculan pertamanya sebagai duta Amiri di pertunjukkan fesyen Menswear SS25 Amiri di Paris.   Dengan lebih daripada 2 juta pengikut di Instagram, Sunwoo bukan sahaja hebat berfesyen dan rap, malah handal menulis lagu juga. Sunwoo dan ahli kumpulan The Boyz akan ke Malaysia untuk jelajah dunia Zeneration II pada 7 September 2024. 

#3 Dew Jirawat – Bottega Veneta

Bintang yang sedang menaik dari Thailand ini telah diumumkan sebagai duta jenama Bottega Veneta pada April 2024 tahun ini. Dew seringkali dilihat berada di barisan hadapan pertunjukkan fesyen dan acara-acara Bottega Veneta. Selain dari bakat lakonannya, Dew juga mempunyai minat terhadap seni, lebih-lebih lagi lukisan. Aktor ini terkenal dengan wataknya dari drama bersiri F4 Thailand: Boys Over Flowers seiring dengan pelakon lain seperti Bright Vachirawit, Win Metawin, Nani Hirunkit dan Tontawan Tantivejakul.

#4 Yang Yang – Valentino 

Pelakon terkenal dari China, Yang Yang merupakan duta jenama Velntino sejak May 2023. Pengumuman pelantikannya disertakan dengan kempen baharu, yang dirakam di ibu pejabat Valentino di Rome. Yang Yang kelihatan mengenakan pelbagai gaya dari koleksi pre-fall 2023 Valentino sambil menonjolkan tas tangan Rockstud23. pengarah kreatif Valentino, Pierpaolo Piccioli berkata bahawa dia gembira untuk menyambut teman baru dari China untuk menyertai komuniti mereka. Dengan lebih daripada 56 juta pengikut di Weibo dan 2.3  juta pengikut di Instagram, ini bukan kali pertama pelakon China tersebut dicari untuk penajaan jenama mewah. 

#5 Mingyu Seventeen – Dior

 Mingyu dari Seventeen secara rasminya diperkenalkan sebagai duta terbaru jenama Dior pada 1 Ogos 2024 yang lalu. Hubungan di antara Mingyu dan Dior bukanlah baru. Mingyu pernah mencuri tumpuan di acara-acara global penting untuk Dior. Pada bulan Februari, beliau menarik perhatian ramai dengan menghadiri pertunjukan koleksi Ready-to-Wear Musim Luruh/Sejuk 2024-2025 Dior. Rapper utama kumpulan Seventeen ini juga mengenakan busana dari Dior di dalam muka depan Vogue Korea baru-baru ini. Mingyu seringkali dilihat sebagai seorang yang all-rounder dan gentleman oleh peminat-peminatnya, Carat. 

#6 Felix Stray Kids – Louis Vuitton

Penari utama kumpulan Stray Kids, Felix pertama kali diumumkan sebagai duta Louis Vuitton pada Ogos 2023 tahun lepas. Hubungan di antara Felix dan pengarah kreatif wanita jenama itu, Nicolas Ghesquière sangat baik. Mereka sering dilihat bersama ketika acara-acara Louis Vuitton. Pada 5 Mac 2024 yang lalu, Felix membuat runway debutnya semasa di Paris Fashion Week. Acara pertunjukan pakaian wanita Louis Vuitton untuk Musim Luruh/Sejuk 2024-2025 itu diadakan di Cour Carrée du Louvre. Felix yang sangat gemarkan fesyen pernah berkata bahawa fesyen itu tiada jantina, dan kerana itu, Felix tidak kekok menggayakan pakaian lelaki atau wanita. Selain dari minatnya terhadap dunia hiburan dan fesyen, Felix juga giat menyertai aktiviti sukarelawan bersama UNICEF. 

#7 Jaehyun NCT – Prada

Jaehyun dari NCT pertama kali menghadiri acara Prada secara berhadapan pada 19 Jun 2022 di Milan, Itali. Jaehyun menghadiri “SS23 Prada Uomo Fashion Show” yang mempamerkan koleksi pakaian lelaki Prada untuk Musim Bunga/Panas 2023. Pertunjukkan fesyen itu merupakan pertunjukkan pertama Jaehyun selepas diumumkan sebagai duta jenama pakaian itu. Penyanyi utama kumpulan NCT itu juga telah menggayakan busana dari Prada untuk muka depan majalah lebih dari 10 kali. Untuk album solo sulungnya J,  Jaehyun berkolaborasi dengan Prada dan bakal dilancarkan pada 26 Ogos 2024. 

#8 Jin BTS  – Gucci

Bintang terkenal Jin dari BTS telah diumumkan sebagai duta jenama Gucci pada 8 Ogos 2024 yang lalu. Impak berita ini sangat besar sehingga laman web Gucci mengalami kerosakan sementara yang sebelum ini tidak pernah berlaku. Ini membuktikan betapa besarnya impak Jin dalam dunia fesyen. Pelantikannya sebagai duta global Gucci menandakan kerjasama penting antara rumah fesyen mewah tersebut dan salah seorang artis paling berpengaruh di dunia. Berita tentang pelantikkan Jin ini diumumkan di akaun Instagram Gucci dan menerima lebih dari 40,000 komen Selain dari Gucci, Jin juga merupakan duta kepada jenama Louis Vuitton bersama rakan sekumpulannya yang lain,  BTS. 

#9 Greg Hsu – Fendi 

Dalam usaha untuk meneroka lebih dalam pasaran China,  Fendi melantik penyanyi dan pelakon Greg Hsu, sebagai Duta Jenama Wilayah China Greater bagi rumah mewah Itali tersebut. Greg Hsu pernah dinominasikan dua kali di Anugerah Golden Bell ke-52 dan ke-55 untuk Pelakon Pembantu Terbaik dan Pelakon Utama Terbaik membuktikan populariti dia. Aktor dari Taiwan ini merupakan salah seorang yang mengetuai kempen musin bunga/musim panas 2024 Fendi. Dia juga bercakap tentang kekagumannya terhadap pakaian lelaki Fendi yang dicipta oleh pengarah kreatif Silvia Venturini Fendi, menekankan inspirasi yang diambil daripada gaya elegan dan minimal jenama tersebut.

#10 Mark NCT – Polo Ralph Lauren 

Salah seorang ahli kumpulan terkenal Korea Selatan, Mark Lee telah menjadi duta untuk Polo Ralph Lauren sejak tahun 2022 lagi. Gaya Mark yang clean dan preppy sangat sesuai dengan konsep Polo Ralph Lauren. Penyanyi kelahiran Canada ini  muncul di hari terakhir kejohanan Wimbledon dengan kemeja biru muda, tali leher bercorak dan seluar putih yang terlihat rapi. Gaya Mark pada hari itu dioenuhi oleh Polo Ralph Lauren. Mark berjaya membawa aura Polo Ralph Lauren bersamanya dan menerima pujian dari orang ramai. Selain dari acara-acara formal, Mark juga seringkali dilihat menggayakan busana dari Polo Ralph Lauren dalam kehidupan hariannya.

Foto: Instagram

Pautan berkaitan: JIN BTS DILANTIK SEBAGAI DUTA GLOBAL GUCCI BAHARU

By Batrisyia Faisal
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 SELEBRITI LELAKI KOREA YANG PERNAH DIGELAR 'IT BOY'

5 SELEBRITI LELAKI KOREA YANG PERNAH DIGELAR ‘IT BOY’

Bacaan Lanjut
RIMOWA

RIMOWA SERIKAN KOLEKSI DISTINCT & ORIGINAL TWIST SENTUHAN WARNA OLIVE

Bacaan Lanjut
ECCO

ECCO PERKENAL KOLEKSI BIOM IMFINITE BAHARU: GABUNGAN GAYA & PRESTASI

Bacaan Lanjut

ALO YOGA DAN JIN BTS BERSATU UNTUK MUSIM BAHARU

Bacaan Lanjut
lokal

5 JENAMA LOKAL INI AKAN UBAH GAYA MINIMALIS ANDA – PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
GAYA BERPASANGAN TERBAIK DI ACADEMY MUSEUM GALA 2024

GAYA BERPASANGAN TERBAIK DI ACADEMY MUSEUM GALA 2024

Bacaan Lanjut