DIET PELIK TIGA IKON LEGENDA HOLLYWOOD
TIP PENURUNAN BERAT BADAN ELIZABETH TAYLOR TERMASUK HAMBURGER DAN SANDWIC MENTEGA KACANG
Pada usia 50 tahun, aktres yang pernah digelar sebagai ‘wanita tercantik di dunia’ ini dilaporkan mencuba pelan diet untuk mendapatkan semula susuk langsingnya dengan menurunkan sedikit sahaja berat badan.
Pelan diet yang diamalkannya adalah ciptaannya sendiri termasuk hamburger dan sandwic mentega kacang. Resipinya yang lain termasuk salad tuna bersama limau gedang dan koktel Rock Hudson campuran sirap Hershey’s, vodka dan Kahlua.
Beberapa tip yang diamalkannya juga terdiri daripada pemakanan sihat seperti mengurangkan pengambilan daging merah dan melebihkan pengambilan ikan, sayuran dan buahan segar. Bagaimanapun dia juga dianggap sebagai ‘juara’ cheat meal di mana kegemarannya adalah ayam goreng dan kek coklat.
Terdapat juga resipinya yang dianggap ‘berkesan’ untuk penurunan berat badan kerana tidak menyelerakan, antaranya timun kukus dan kentang lenyek bersama pudina.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA
Daripada menunggu lamaran cinta hati, barisan selebriti ini memilih untuk mengabaikan gelaran 'perigi cari timba' dan melamar lelaki idaman.
KENALI CAILEE SPAENY, AKTRES JELITA PENDAMPING JACOB ELORDI DALAM FILEM PRISCILLA
Fakta menarik tentang aktres yang berjaya menggondol anugerah Volpi Cup for Best Actress untuk persembahan hebatnya dalam Priscilla.
4 ATLET SELEBRITI YANG MENGAMALKAN DIET KESIHATAN PELIK
Atlet tersohor ini memilih untuk mencuba diet ekstrem yang kebiasaannya tidak disarankan oleh pakar kesihatan.
CABARAN AUSTIN BUTLER DALAM MENJAYAKAN FILEM ELVIS
Bukan mudah menjayakan sesebuah watak dalam filem biopik - ada pengorbanan yang perlu dilakukan oleh para pelakon method termasuk Austin Butler.
4 DIET & KEPERCAYAAN ANEH NOVAK DJOKOVIC MENGENAI KESIHATAN
Novak Djokovic sebelum ini pernah dirakam menyedut sesuatu dari botol dipercayai bukan air, yang disifatkannya sebagai 'ramuan ajaib'.
THEEBAAN KONGSI PETUA CAPAI TAHAP FITNESS TERBAIK
Menjelang UA Combine, Theebaan berkongsi persiapan latihannya untuk menghadapi pertandingan itu, selain memberi petua kecergasan buat semua.