Skip to content

KENALI CAILEE SPAENY, AKTRES JELITA PENDAMPING JACOB ELORDI DALAM FILEM PRISCILLA

KENALI CAILEE SPAENY, AKTRES JELITA PENDAMPING JACOB ELORDI DALAM FILEM PRISCILLA

Kongsikan artikel ini

Filem arahan Sofia Coppola yang dinantikan penonton, Priscilla telah pun ditayangkan di Festival Filem Venice baru-baru ini.

Menariknya, filem biopik yang menyusuri kehidupan Priscilla, satu-satunya isteri Elvis Presley meraih sambutan menggalakkan sehingga menerima tepukan gemuruh tanpa henti selama tujuh minit.

Walaupun mogok SAG-AFTRA masih berjalan, barisan pelakon filem itu diberi pengecualian dan dibenarkan hadir untuk mempromosi hasil kerja keras mereka.

Berdasarkan memoir tahun 1985 berjudul Elvis and Me, filem itu secara terbuka menggambarkan antunan ‘Raja Rock & Roll’ terhadap Priscilla yang baru berumur 14 tahun saat mereka berkenalan. Ketika itu Elvis Presley berusia 24 tahun.

Watak bapa kepada Lisa Marie Presley itu dijayakan oleh aktor Euphoria, Jacob Elordi. Karakter Priscilla pula digalas oleh bintang berusia 25 tahun, Cailee Spaeny.

Ketahui lebih lanjut mengenai aktres yang dianugerahkan Volpi Cup for Best Actress untuk persembahan hebatnya dalam filem Priscilla

 

Datang Dari Keluarga Susah

Cailee Spaeny dilahirkan dalam sebuah keluarga besar di Missouri, Amerika Syarikat pada tahun 1998. Dia mempunyai lapan adik-beradik, bermakna ketika kecil dia “hanya berpeluang memakai baju kakaknya dan membeli-belah di kedai pakaian terpakai untuk berjimat-cermat,” katanya kepada Vogue pada 2020.

Dalam wawancara sama, dia mengakui berasa di awang-awangan kerana kini dapat memilih gaya sendiri dan menyarung persalinan cantik di acara karpet merah.

Priscilla

Foto: Getty Images

 

Pernah Membintangi Pelbagai Filem Hebat

Cailee Spaeny memulakan kerjaya lakonannya ketika remaja dan menyertai teater tempatan, Springfield Little Theatre tidak lama kemudian. “Saya mengikuti kelas tarian, lakonan dan vokal enam hari dalam seminggu,” katanya pada 2018.

Pada musim panas setiap tahun, dia dan ibunya akan memandu selama 25 jam ke Los Angeles untuk menghadiri uji bakat. Tuah menyebelahi apabila dia dipilih untuk tampil dalam filem sains fiksyen Pacific Rim: Uprising pada usia 18 tahun.

Sejak itu dia terus mengembangkan bakat dengan membintangi pelbagai filem termasuk Bad Times At The El Royale (di samping Dakota Johnson dan Chris Hemsworth), On The Basis Of Sex (di samping Felicity Jones dan Armie Hammer), serta Vice (di samping Christian Bale).

 

Berani Dalam Berfesyen

Daripada gaun renda leher ‘V’, busana jarang, hingga ke gaya kasual seperti kemeja flanel bersama tote Miu Miu, Cailee Spaeny telah bereksperimen dengan fesyen berani sejak menjejakkan kaki ke Hollywood.

Julai lalu dia menghadiri pertunjukan Chanel Musim Luruh/Sejuk 2023-24 di Paris sambil menggayakan barang kemas mewah logo jenama itu bersama persalinan serba hitam.

Priscilla

Foto: Instagram

 

Berkebolehan Menyanyi Dengan Baik

Bakat Cailee Spaeny tidak terhad dalam bidang lakonan sahaja. Katanya kepada The Glass Magazine, impian sebenarnya adalah untuk bergelar penyanyi bukan pelakon.

“Minat utama saya adalah muzik. Saya belajar bermain piano dan mengikuti kelas vokal ketika itu untuk bergelar penyanyi,” katanya mengenai pembabitan awalnya dalam industri hiburan.

Dia pernah mengeluarkan lagu berjudul Fallin pada 2016 dan memuat naik pelbagai videonya menyanyikan semula lagu-lagu popular di YouTube.

 

Mirip Priscilla Presley

Seperti dilihat dalam foto promosi filem, gaya rambut pendek Cailee Spaeny diubah menjadi kembang, matanya dirias dengan celak bersayap dan berkening tebal. Sekali gus membuatkan penampilannya saling tidak tumpah seperti Priscilla Presley ketika muda.

Aktres itu mengakui dia sentiasa mencari watak lakonan di luar zon selesa. Katanya kepada The Glass Magazine, “Salah satu matlamat saya adalah tidak mahu mengulangi watak yang saya lakonkan sebelum ini. Saya mahu terus mencabar dan mendorong diri sendiri.”

Priscilla

Foto: Smooth Radio

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: KENALI LEE JUNG HA, AKTOR SIRI MOVING YANG SEMAKIN DIMINATI

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

JEREMY ALLEN WHITE BAKAL TERAJUI FILEM BIOPIK BRUCE SPRINGSTEEN

JEREMY ALLEN WHITE BAKAL TERAJUI FILEM BIOPIK BRUCE SPRINGSTEEN

Bacaan Lanjut
PENAMPILAN PERTAMA TIMOTHEE CHALAMET UNTUK FILEM BIOPIK BOB DYLAN

PENAMPILAN PERTAMA TIMOTHEE CHALAMET UNTUK FILEM BIOPIK BOB DYLAN

Bacaan Lanjut

GAYA FESYEN YANG BOLEH CUBA UNTUK KELIHATAN SEPERTI JACOB ELORDI

Bacaan Lanjut
5 TETAMU STYLISH DI MEN’S FASHION WEEK

5 TETAMU STYLISH DI MEN’S FASHION WEEK

Bacaan Lanjut
CABARAN AUSTIN BUTLER UNTUK MENJAYAKAN FILEM ELVIS

CABARAN AUSTIN BUTLER DALAM MENJAYAKAN FILEM ELVIS

Bacaan Lanjut
PENAMPILAN TERBAHARU ZAC EFRON MENYAMAI DUA WATAK FIKSYEN IKONIK

PENAMPILAN TERBAHARU ZAC EFRON MENYAMAI DUA WATAK FIKSYEN IKONIK

Bacaan Lanjut