Skip to content

KENALI LEE JUNG HA, AKTOR SIRI MOVING YANG SEMAKIN DIMINATI

KENALI LEE JUNG HA, AKTOR SIRI MOVING YANG SEMAKIN DIMINATI

Kongsikan artikel ini

Lee Jung Ha meraih perhatian dan pujian peminat K-Drama atas dedikasinya dalam siri sains fiksyen terbaharu, Moving.

Aktor berusia 25 tahun itu berkerja keras untuk menjayakan wataknya bukan sahaja melalui lakonan dan emosi tetapi juga penampilan fizikal. Lee Jung Ha mendedahkan dia mengikuti pelan diet khusus untuk menambah 30 kilogram berat badan bagi menjiwai peranan Kim Bong Seok.

Lee Jung Ha moving

Foto: IDN Times

Siri berdasarkan webtoon eponim oleh Kang Full ini berkisar tentang tiga pelajar sekolah menengah yang memiliki kuasa luar biasa. Moving turut dibintangi oleh Ryu Seung Ryong, Han Hyo Joo, Zo In Sung, Cha Tae Hyun, Ryoo Seung Bum Kim Sung Jyun, Lee Jung Ha, Go Youn Jug dan Kim Do Hoon.

Jadi siapakah Lee Jung Ha, pelakon kacak yang semakin menjadi pujaan ramai ini?

Aktor yang dilahirkan pada pada 23 Februari 1998 ini amat meminati dunia lakonan sejak di bangku sekolah menengah lagi. Setelah tamat belajar, dia dipilih menjadi pelatih di JYP Entertainment namun membuat keputusan berhenti kerana tidak mampu bersaing dengan pelatih lain. Tuah menyebelahinya apabila dia ditawarkan kontrak daripada syarikat pencarian bakat, Namoo Actors.

Foto: Twitter

Atas nasihat agensi itu pada 2017, dia menyertai The Unit: Idol Rebooting Project, program realiti untuk artis yang telah pun menapak dalam industri hiburan. Dalam satu sidang akhbar, dia mengakui tidak mahir menyanyi dan menari namun mencuba nasib untuk menjadi artis di JYP Entertainment.

“Saya tidak mempunyai bakat untuk bersaing dengan pelatih lain ketika itu, jadi saya tinggalkan agensi. Saya masih menyesal sehingga kini,” katanya.

Kerjaya Lakonan Lee Jung Ha

Aktor berketinggian 180 sentimeter ini gagal melayakkan diri ke pusingan akhir The Unit: Idol Rebooting Project. Bagaimanapun dari situ pintu rezekinya dalam bidang lakonan terbuka satu persatu. Dia mula terlibat dalam pelbagai siri web Korea termasuk Heart Attack Warning, Want More 19 dan Travel Story.

Lee Jung ha Rookie Historian Goo Hae-ryung

Foto: Kpopmap

Lee Jung Ha membintangi drama televisyen pertamanya menerusi Rookie Historian Goo Hae Ryung di samping Cha Eun Woo dan Shin Se Kyung pada 2019. Setahun kemudian, dia muncul dalam siri Run On sebagai Kim Woo Shik, seorang pelari pecut. Pada 2021 dia terlibat dalam siri Netflix sulungnya berjudul Nevertheless yang diterajui oleh Han So Hee dan Song Kang. Aktor ini menggalas watak sampingan sebagai Kim Eun Han.

 

Foto: Pinterest/Kpopping

Pautan berkaitan: 5 FAKTA MENGENAI YOUNG MAZINO, BINTANG KOREA DALAM SIRI POPULAR BEEF

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 K-DRAMA TERBAIK TENTANG CINTA TIGA SEGI

5 K-DRAMA TERBAIK TENTANG CINTA TIGA SEGI

Bacaan Lanjut
BINTANG KOREA, LEE MIN KI TAWAN PUNCAK GUNUNG KINABALU

BINTANG KOREA, LEE MIN KI TAWAN PUNCAK GUNUNG KINABALU

Bacaan Lanjut
10 FAKTA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG AKTOR KOREA-AMERIKA, CHARLES MELTON

10 FAKTA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG AKTOR KOREA-AMERIKA, CHARLES MELTON

Bacaan Lanjut

JI CHANG-WOOK MELANCARKAN PEMBUKAAN BUTIK RADO DI KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
LEE SEUNG GI BAKAL BERGELAR BAPA

LEE SEUNG GI BAKAL BERGELAR BAPA

Bacaan Lanjut
G-DRAGON BUAT KEMUNCULAN SEMULA DALAM INDUSTRI MUZIK

G-DRAGON BIGBANG TERLIBAT DALAM SKANDAL DADAH?

Bacaan Lanjut