Skip to content

lelaki kacak

TERLAMPAU KACAK? ANDA MUNGKIN AKAN TERKANDAS DALAM KERJAYA!

Kongsikan artikel ini

Terlalu kacak sebenarnya tidak bagus untuk kerjaya seorang lelaki? Apa benar dakwaan ini? Ya, sebuah kajian yang dilakukan baru-baru ini mempercayai kenyataan bahawa lelaki kacak sukar untuk berjaya.

Menurut penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat dan UK, pekerja lelaki yang kacak atau ‘terlebih’ tampan cenderung untuk dilihat sebagai ancaman oleh bos mereka.

Ini kerana lelaki kacak dikatakan lebih pandai dan berbakat dalam kerja, lantas membuatkan bos mereka lebih cemburu dengan kebolehan ini. Atas alasan itu, ada lelaki berkemungkinan sukar menduduki jawatan yang sama kuat dan setaraf dengan bos mereka.

LELAKI KACAK SUKAR UNTUK NAIK PANGKAT

Kajian ini melibatkan para penyelidik di Universiti Pengurusan London University of Management dan University of Maryland di Amerika Syarikat yang menjalankan empat percubaan berasingan di empat pejabat berbeza.

Menurut penyelidikan ini lagi, apabila seorang bos lelaki menggaji lelaki lain, keputusan mereka secara automatiknya dipengaruhi secara negatif dek daya tarikan pekerja dan jenis pekerjaan.

“Pengurus atau bos kebanyakannya dipengaruhi oleh stereotaip dan pengambilan pekerja adaah untuk kepentingan diri sendiri agar organisasi tidak akan mendapat calon yang paling kompeten,” jelas profesor Sun Young Lee, penyelidik utama di University of Maryland.

“Dengan lebih banyak syarikat yang melibatkan pekerja dalam proses pengambilan, perkara penting ini perlu diberi perhatian. Kesedaran bahawa pengambilan pekerja dipengaruhi oleh potensi hubungan dalam kerjaya dan kecenderungan stereotaip dapat membantu organisasi meningkatkan proses pemilihan mereka.”

Berbeza dengan wanita cantik pula, mereka dianggap sebagai tidak pandai membuat kerja jadi ini menyebabkan mereka sukar untuk mengembangkan karier.

TIP KERJAYA DAN NAIK PANGKAT ANDA BOLEH CUBA

Foto: Freepik

Anda mahu naik pangkat dan kembangkan lagi kerjaya anda? Kami di GLAM Lelaki ada beberapa petua yang dapat membantu anda. Apa yang anda perlu lakukan hanya pendekatan strategik mudah ini:

  1. Tetapkan matlamat yang jelas untuk jangka masa panjang dan objektif jangka masa pendek. Ini memberi anda guideline agar anda nampak hidup anda pada masa hadapan.
  2. Sentiasa belajar perkara baru kerana dunia sentiasa berubah. Apa yang anda belajar di universiti 10 atau 20 tahun lalu mungkin sudah lapuk. Hadiri sahaja kursus dan bengkel percuma dalam talian dan anda akan memperoleh sijil yang berguna untuk tukar kerja atau naik pangkat.
  3. Bina networking yang kukuh. Tidak kira anda dalam industri mana sekalipun, kadang kala mengenali seseorang dalam organisasi yang anda mahukan memberi peluang lebih besar untuk dapat kerja baru. Malah, anda juga boleh berhubung dengan rakan sekerja di platform seperti LinkedIn.
  4. Sekiranya anda gemar syarikat sekarang tetapi mahu naik pangkat, anda perlu tunjuk inisiatif dengan mengambil projek lebih mencabar dan tawar diri sendiri untuk menjadi pemimpin. Jika mahu menonjol kepada majikan, perlulah tunjuk kita berkemampuan bukan?
  5. Update resume dan profil LinkedIn mengikut sistem ATS (applicant tracking system). Ini kerana kebanyakan pekerja sumber manusia di syarikat besar tidak lagi melihat resume satu persatu, mereka menggunakan sistem ini untuk filter individu yang layak.
  6. Jangan lupa untuk praktis temuduga terlebih dahulu. Pastikan anda sudah tahu jawapan kepada soalan-soalan asas seperti kenapa mahu bekerja di syarikat kami, kelemahan dan kekuatan anda, serta skillset anda. Kalau boleh, pastikan jawapan anda berbeza dengan setiap jawatan yang anda apply.

Teks Wan Firdaus

Artikel berkaitan: INI 8 PERKARA LELAKI MATANG TIDAK AKAN BUAT

By GLAM LELAKI
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 TREND GAYA RAMBUT LELAKI 2024

Bacaan Lanjut
10 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK LELAKI

10 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut

10 MANFAAT KESIHATAN PENGGUNAAN MAINAN SEKS UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut
5 DRAMA LAKONAN MIERUL AIMAN DIGEMARI RAMAI

5 DRAMA LAKONAN MIERUL AIMAN DIGEMARI RAMAI

Bacaan Lanjut
amirul danial glam lelaki

GLAM LELAKI #NEWERA BERSAMA AMIRUL DANIAL

Bacaan Lanjut
Haruman Chanel

WANGIAN CHANEL ALLURE HOMME SPORT SUPERLEGGERA UNTUK LELAKI AKTIF

Bacaan Lanjut