30 MOMEN GIRANG SELEBRITI YANG ANDA TIDAK LIHAT DI KARPET MERAH MET GALA 2023
Met Gala 2023 yang berlangsung gemilang menyaksikan penampilan selebriti dalam persalinan segak dan memukau di karpet merah.
Bertempat di Metropolitan Museum of Art, penganjuran Met Gala 2023 menandakan pelancaran pameran fesyen tahunan Costume Institute. Saban tahun ‘pesta kostum’ ini meriah dengan kehadiran selebriti, editor fesyen dan orang kenamaan dalam busana mewah rekaan pereka ternama.
Tahun ini ia bertemakan ‘Karl Lagerfeld: A Line Of Beauty’ sempena memberi penghormatan kepada mendiang pereka fesyen tersohor kelahiran Jerman itu yang meninggal dunia pada 2019. Usai acara karpet merah, para tetamu menghadiri acara makan malam mewah sambil bergaul mesra sesama sendiri.