Apabila tubuh menjadi mata pencarian, seperti kebanyakan atlet sukan, sudah semestinya anda ingin mengubah suai elemen diet untuk mencapai prestasi terbaik.
Bagaimanapun bagi sesetengah orang, mengikuti pemakanan seimbang sahaja tidak mencukupi. Atlet selebriti ini membuat keputusan mencuba diet ekstrem dan pelik, yang kebiasaannya tidak disarankan oleh pakar kesihatan.
Lihat siapakah yang dimaksudkan dan apakah diet pelik yang menjadi amalan mereka selama ini.
1 of 4
1. Aaron Rodgers detoks tubuh dengan minyak sapi pada waktu pagi, julap pada sebelah malam.
Quarterback NFL ini berkata dia mengurangkan pengambilan gula, alkohol dan hubungan seksual. Sebaliknya dia mengamalkan minyak sapi bersuhu suam dan julap sebagai sebahagian daripada proses detoks intensif selama 12 hari. Dikenali sebagai Panchakarma, amalan penyembuhan tradisional Ayurveda dari India ini bertujuan memulihkan badan dan minda.
Foto: Getty Images
Struktur asas Panchakarma melibatkan pengambilan minyak sapi suam pada waktu pagi untuk ‘melincirkan’ sistem dalaman tubuh. Ini diikuti dengan teh julap pada sebelah malam untuk detoksifikasi, menurut Institut Ayurveda. Pengamal juga digalakkan untuk hanya mengambil makanan tertentu seperti nasi dan kacang hijau serta mengelakkan makanan dan minuman sejuk. Dalam sesetengah kes, kaedah ini turut melibatkan rawatan paksa muntah, enema dan bekam.
Bagaimanapun tiada manfaat kesihatan yang diperolehi daripada amalan itu, menurut pakar pada 2009. Tubuh secara semula jadi melakukan detoksifikasi yang diperlukan melalui hati dan buah pinggang. Suplemen yang dikatakan membantu proses detoksifikasi biasanya tidak berkesan. Lebih teruk lagi ia boleh mendatangkan kemudaratan yang mencetuskan masalah dehidrasi atau penghadaman.
Pengakuan seks daripada pembaca Glam Lelaki: Ketahui kisah-kisah sebenar yang tidak ditapis tentang hubungan sulit, eksperimen seksual, dan rahsia intim yang mendebarkan.