40 SELEBRITI LELAKI HOLLYWOOD BERWAJAH SEIRAS PERSIS KEMBAR
Tidak dinafikan ada ramai pasangan kembar di Hollywood – sama ada seiras atau tidak, sama jantina atau sebaliknya.
Kebanyakan mereka memulakan kerjaya sebagai pelakon sejak kecil menerusi rancangan sama, antaranya Dyan dan Cole Sprouse. Ada juga yang terlibat dalam bidang lakonan untuk waktu singkat sebelum memilih haluan kerjaya berbeza seperti Mary-Kate dan Ashley Olsen. Beberapa kembar popular lain termasuk aktres Tia dan Tamera Mowry serta pemuzik Benji dan Joel Madden.
Namun begitu industri hiburan Hollywood turut diserikan dengan selebriti yang memiliki wajah seiras. Malah boleh dikatakan seperti pasangan kembar atau adik-beradik. Antara yang mencuri perhatian dari kalangan selebriti wanita adalah Katy Perry dan Zooey Deschanel serta Bryce Dallas Howard dan Jessica Chastain.
Dari kalangan lelaki pula, peminat amat mengagumi raut wajah Liam Neeson dan Ralph Fiennes yang dikatakan amat seiras.
Kedua-dua aktor ini sering membuatkan peminat keliru terutama apabila mereka berlakon di samping satu sama lain dalam filem sama (Schindler’s List, Wrath of the Titans). Perbezaan utama antara mereka adalah Ralph biasanya memainkan watak jahat manakala Liam pula sering menggalas peranan wira.
“Dia merupakan salah seorang rakan baik saya. Kami sering disalah anggap sebagai satu sama lain kerana memiliki profil hampir sama. Dia sering menerima pujian untuk filem lakonan saya, Taken manakala saya pula dipuji kerana memenangi Anugerah Tony untuk teater lakonannya, Hamlet,” kata Liam dalam The Jonathan Ross Show pada 2014.
Sepasang lagi selebriti yang boleh dikatakan kembar adalah Grant Gustin dan John Mulaney. Akui John, dia pernah disalah anggap sebagai bintang The Flash itu di lapangan terbang.
“Jabatan kastam Dubai bertanya adakah saya Grant Gustin. Mereka sangat kecewa apabila saya katakan saya bukan awak,” tulisnya dalam satu ciapan di X yang ditujukan kepada Grant.
GL senaraikan beberapa lagi pasangan ‘kembar’ lelaki di Hollywood
1. LIAM NEESON & RALPH FIENNES
2. JOHN MULANEY & GRANT GUSTIN
3. HENRY CAVILL & MATT BOMER
4. ZACH GALIFIANAKIS & NICK OFFERMAN
5. JARED LETO & SCOTT DISSICK
6. LLEN LEECH & NIALL HORAN
7. STANLEY TUCCI & MARK STRONG
8. RUPERT FRIEND & TYLER CAMERON
9. SETH MEYERS & NAT FAXON
10. ELIJAH WOOD & DANIEL RADCLIFFE
11. JESSE EISENBERG & MICHAEL CERA
12. WILL FERRELL & CHAD SMITH
13. JAVIER BARDEM & JEFFREY DEAN MORGAN
14. AARON PAUL & TOM FELTON
15. ZACH BRAFF & DAX SHEPARD
16. LOGAN MARSHALL-GREEN & TOM HARDY
17. MARIO DEWAR BARRETT & CHRIS ROCK
18. THEO JAMES & JAMES FRANCO
19. ROB LOWE & IAN SOMERHALDER
20. HEATH LEDGER & JOSEPH GORDON-LEVITT
Foto: Boredpanda/Pinterest
Pautan berkaitan: TERLALU SEIRAS, MATTHEW MCCONAUGHEY & WOODY HARRELSON SEBENARNYA SAUDARA KANDUNG?
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 SELEBRITI LELAKI HOLLYWOOD BERWAJAH SEIRAS
Selain Liam Neeson dan Ralph Fiennes, semak beberapa lagi selebriti terkenal Hollywood yang layak digelar sebagai pasangan kembar.