5 AKTOR POPULAR YANG PERNAH BERNIAT MENINGGALKAN INDUSTRI HOLLYWOOD
Sama seperti kita, aktor dan aktres juga tentunya pernah berniat untuk berhenti kerja.
Baru-baru ini bintang pujaan ramai, Liam Neeson meluahkan hasratnya untuk bersara daripada filem aksi. Katanya pada usia 72 tahun, sudah tiba masa untuk dia berhenti kerana tidak mahu pelakon lagak ngeri melakukan aksi pertarungan bagi pihaknya.
Sebelum ini beberapa pelakon terkenal juga pernah terfikir untuk meninggalkan dunia lakonan. Namun mujurlah mereka membuat keputusan tepat dan membatalkan niat itu.
Ini lima aktor terkenal yang dimaksudkan
1. Chris Hemsworth

Foto: Getty Images
Aktor Men In Black: International ini mengaku hampir bersara daripada dunia lakonan kerana bergelut dengan tawaran selepas membintangi Star Trek pada 2009. “Saya berasa sangat risau sehinggakan saya tidak boleh manfaatkan tenaga yang ada untuk mencari kerja,” katanya kepada Men’s Health Australia pada 2019.
Dia kemudian temui ketenangan apabila mula menjadi diri sendiri. “Dari situlah semuanya berubah. Saya rasa lebih gembira.” Chris terus membintangi filem berprofil tinggi selepas itu antaranya Thor, Ghostbusters dan Bad Times at the El Royale.
2. Henry Cavill

Foto: Getty Images
Henry akan selamanya dikenali sebagai Superman, namun itu tidak akan terjadi jika dia mendengar kata hatinya untuk berhenti berlakon. “Saya bersyukur kerana pada tahap ini, saya sudah pun melangkah melepasi pintu. Jadi jika sesiapa cuba menutup pintu (peluang), masih ada ruang untuk saya selit masuk ke dalam dan pastikan pintu terbuka,” katanya kepada Men’s Journal pada 2016.
Pelan B Henry pada waktu itu adalah untuk menyertai pasukan tentera British. “Tetapi pada usia 33 sekarang, rasanya saya sudah terlalu tua untuk sertainya,” tambahnya.
3. Robert Pattinson

Foto: Getty Images
Bintang Batman ini tekad untuk berhenti berlakon selepas melalui sesi uji bakat yang teruk, yang kemudiannya membuatkan namanya meletup dan menjadi watak kegemaran ramai dalam filem Twilight.
“Ia merupakan antara uji bakat paling teruk yang pernah saya lakukan sepanjang hidup. Masih ingat lagi ketika saya menghubungi ibu bapa saya dan berkata, ‘Cukup, saya tak boleh seksa diri lagi,’” ujarnya ketika podcast Hollywood Foreign Press Association pada 2019. Keesokan harinya, dia ditawarkan untuk memegang watak utama dalam filem tersebut.
4. John Krasinski

Foto: Getty Images
Penerbit filem The Quiet Place ini hampir-hampir berhenti berlakon sebelum menerima tawaran hebat untuk The Office. Ketika dia sudah membuat keputusan untuk melupakan impiannya sebagai pelakon, ibunya berpesan, “tunggu dulu” dan “tunggu sampai hujung tahun.”
Itulah yang dilakukannya dan tiga minggu selepas perbualan dari hati ke hati bersama ibunya, dia ditawarkan berlakon dalam sitkom tersebut. “Sebagai tanda terima kasih, saya berikannya kasih sayang yang tidak terhingga banyaknya, dan 10 peratus,” selorohnya dalam The Late Show With Stephen Colbert pada 2018.
5. Mark Ruffalo

Foto: Shutterstock
Bintang Avengers: Endgame ini mengakui pernah hilang rasa cinta terhadap bidang lakonan pada 2009 dan hampir bersara. “Saya sudah muak dengan Los Angeles. Saya muak dengan bisnes yang wujud dalam dunia seni. Anda seorang artis, kemudian tiba-tiba anda menjadi produk pada masa yang sama, dan ada syarikat-syarikat yang muncul di sekeliling anda,” katanya kepada Details pada 2011.
“Saya tertekan, saya hilang rasa cinta. Jadi saya nekad, ‘Cukuplah sampai sini sahaja.’ Saya memecat semua orang dan bawa keluarga berpindah ke Callicoon, New York. Saya terpaksa membuat perubahan radikal. Filem saya, The Kids Are All Right adalah filem terakhir saya. Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan selepas itu,” tambah Mark.
Foto: Dior/Men’s Journal
Pautan berkaitan: BERKELAKUAN BURUK, SHIA LABEOUF DISINGKIR DARIPADA PROJEK FILEM TERBARU
Tags
Artikel Yang Berkaitan
HENRY CAVILL WAJAH BAHARU LONGINES ELEGANCE
Aktor Henry Cavill membias gabungan kemewahan dan keaslian yang mencerminkan sepenuhnya kepercayaan Longines bahawa Elegance adalah Attitude.
BARU TIMANG CAHAYA MATA, HENRY CAVILL & NATALIE VISCUSO BAKAL BERKAHWIN?
Baru-baru ini Henry Cavill dan Natalie Viscuso dilihat bersiar-siar di Queensland Australia sambil menolak kereta sorong bayi. Namun apa yang lebih mengundang perhatian adalah cincin berlian di jari Natalie.
JOHN KRASINSKI DINAMAKAN SEXIEST MAN ALIVE 2024, INI REAKSI ISTERINYA EMILY BLUNT
John Krasinski mengambil alih ‘takhta’ itu daripada bintang Ferrari, Patrick Demsey yang dinobat pada tahun lalu.
4 AKTOR YANG PERNAH DINOBAT SEXIEST MAN ALIVE SEBANYAK DUA KALI
Sejak diperkenalkan, lebih 35 lelaki telah dinamakan sebagai Sexiest Man Alive namun hanya empat pernah dinobat lebih daripada sekali.
LIAM NEESON LUAH HASRAT BERSARA DARIPADA FILEM AKSI
Kerjaya Liam Neeson sebagai bintang aksi pujaan ramai mungkin akan berakhir tidak lama lagi.
CHRIS HEMSWORTH PAMER BAKAT BARU DI KONSERT ED SHEERAN
Dari layar perak, bakat Chris Hemsworth kini meluas ke pentas konsert pula!