Skip to content

sharul aimy

5 Atlet Lelaki Kacak & Mesti Kenali di Sukan SEA 2025

Kongsikan artikel ini

Sukan SEA 2025 menjadi pentas persaingan paling sengit di Asia Tenggara, menghimpunkan atlet terbaik dari seluruh rantau. Edisi kali ini bukan sahaja menampilkan pertarungan tradisi antara negara. Malah memperkenalkan barisan atlet baharu dan bintang sedia ada yang berada di kemuncak prestasi. Berikut ialah lima atlet hangat yang wajar diberi perhatian.

Sharul Aimy (Malaysia)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sharul Aimy (@sharulaimy)

Sharul Aimy muncul sebagai antara atlet lelaki Malaysia yang semakin popular. Bukan sahaja kerana prestasi cemerlang, malah penampilan kemas dan keyakinan diri yang tinggi. Sharul merupakan gimnas muda yang semain menyerlah. Dengan fizikal atletik serta fokus luar biasa ketika bertanding, Sharul sering menjadi perhatian peminat. Dedikasi Sharul dalam latihan membuktikan bahawa kejayaan dan disiplin berjalan seiring dengan karisma.

Sabar Karyaman Gutama (Indonesia)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sabar Karyaman Gutama (@boy.gutama)

Pemain badminton dari Indonesia ini terkenal dengan gaya permainan agresif dan raut wajah yang tenang di bawah tekanan. Sabar Karyaman Gutama memiliki rekod cemerlang dalam arena badminton, menjadikannya antara atlet hebat di rantau ini. Aura kepimpinan serta keyakinannya menjadikannya idola ramai. Khususnya dalam kalangan peminat muda. Sabar Karyaman juga mencuri tumpuan kerana berupa paras kacak. 

Dinh Phuong Thanh (Vietnam)

Dinh Phuong Thanh sering menjadi sebutan kerana penampilan bersih, postur atletik dan persembahan teknikal yang kemas. Beraksi mewakili Vietnam, gimnas ini sangat konsisten dan berdisiplin tinggi. Setiap kemunculannya di arena pertandingan pasti mencuri perhatian lensa kamera dan sorakan penonton.

Bryan Ti Kai Jie (Malaysia)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bryan凯捷 (@bryan.ti04)

Bryan Ti Kai Jie ialah antara wajah kacak sukan wushu negara yang semakin dikenali. Atlet wushu negara ini pernah menghadiahkan pingat gangsa dalam acara Nanquan-Nandao-Nangun di Sukan SEA 2025, sekali gus membuktikan keupayaannya di pentas serantau. Dengan fizikal mantap, pergerakan bertenaga serta disiplin seni mempertahankan diri yang tinggi, Bryan menjadi simbol generasi baharu atlet wushu Malaysia yang berpotensi besar.

Ernest John Obiena (Filipina)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ernest Obiena (@ernestobienapv)


Ernest John Obiena merupakan jaguh lompat bergalah Filipina terkenal di peringkat dunia. Atlet berwajah kacak ini memiliki fizikal tinggi serta keyakinan luar biasa ketika beraksi. Keupayaannya mencipta rekod dan mendominasi acara pole vault menjadikan Obiena antara atlet utama Filipina serta tarikan besar di Sukan SEA 2025.

Artikel berkaitan: SHARUL AIMY RAIH PINGAT EMAS DI SUKAN SEA, “SAYA GEMBIRA KEMBALI DI ATAS PODIUM KEMENANGAN.”

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

sharul aimy

SHARUL AIMY RAIH PINGAT EMAS DI SUKAN SEA, “SAYA GEMBIRA KEMBALI DI ATAS PODIUM KEMENANGAN.”

Bacaan Lanjut
GL GANG X ADIDAS: KOLABORASI PENGGAYAAN PENUH STAIL

GL GANG X ADIDAS: KOLABORASI PENGGAYAAN PENUH STAIL

Bacaan Lanjut
KENALI SIAPA GL WHO PILIHAN GLAM LELAKI

KENALI SIAPA GL WHO PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
Uniqlo Malaysia

KEMBARA GAYA DI KUALA LUMPUR BERSAMA GL GANG, SHARUL AIMY DAN JASON TAN

Bacaan Lanjut
Glam Lelaki Fashion Party 2024

25 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024  

Bacaan Lanjut
“SAYA NAK ‘ALL OUT’ TAHUN INI!”- SHARUL AIMY

“SAYA NAK ‘ALL OUT’ TAHUN INI!”- SHARUL AIMY

Bacaan Lanjut