Skip to content

5 BILIONAIR TERMUDA DUNIA, SIAPA DI TANGGA TERATAS?

5 BILIONAIR TERMUDA DUNIA, SIAPA DI TANGGA TERATAS?

Kongsikan artikel ini

Mengumpul harta kekayaan yang menimbun untuk mencapai status bilionair biasanya mengambil masa berpuluh tahun.

Malah menurut Forbes, bilionair hari ini secara puratanya berusia 65 tahun. Bagaimanapun kebelakangan ini ia dilihat mengalami perubahan. Dalam senarai terbaharu, seramai 15 orang muda bawah 30 tahun menyertai kelab bilionair pada 2023. Kekayaan mereka diperolehi daripada perniagaan yang diusahakan sendiri, namun kebanyakannya datang daripada warisan keluarga.

GL kongsikan lima individu yang bergelar bilionair muda mengikut turutan usia mereka.

2 of 5

4. Kim Jung Min, 21

Nilai bersih: RM7.9 bilion

Gadis berusia 21 tahun ini dan adiknya, Kim Jung Youn mewarisi satu pertiga daripada aset keluarga apabila bapa mereka, Kim Jung Ju meninggal dunia pada Februari 2022. Pasangan adik-beradik dari Korea Selatan ini dilaporkan memperoleh 15 peratus saham setiap seorang dalam syarikat Nexon. Syarikat peneraju permainan video itu terkenal kerana menghasilkan permainan popular seperti MapleStory dan Winds.

Foto: Getty Images

2 of 5