Skip to content

5 BILIONAIR TERMUDA DUNIA, SIAPA DI TANGGA TERATAS?

5 BILIONAIR TERMUDA DUNIA, SIAPA DI TANGGA TERATAS?

Kongsikan artikel ini

Mengumpul harta kekayaan yang menimbun untuk mencapai status bilionair biasanya mengambil masa berpuluh tahun.

Malah menurut Forbes, bilionair hari ini secara puratanya berusia 65 tahun. Bagaimanapun kebelakangan ini ia dilihat mengalami perubahan. Dalam senarai terbaharu, seramai 15 orang muda bawah 30 tahun menyertai kelab bilionair pada 2023. Kekayaan mereka diperolehi daripada perniagaan yang diusahakan sendiri, namun kebanyakannya datang daripada warisan keluarga.

GL kongsikan lima individu yang bergelar bilionair muda mengikut turutan usia mereka.

5 of 5

1. Clemente Del Vecchio, 18

Nilai bersih: RM16.4 bilion

Clemente merupakan pewaris termuda dari keluarga Del Vecchio – juga bilionair termuda dunia tahun ini. Tidak banyak yang diketahui tentang remaja itu yang memperoleh kekayaan daripada syarikat cermin mata mendiang bapanya, Luxottica. Syarikat gergasi Itali itu memiliki jenama cermin mata seperti Armani Exchange, Burberry, Dolce & Gabbana dan Prada Eyewear.

bilionair muda

Foto: Italy 24 Press News

Pautan berkaitan: SENARAI BILIONAIR FORBES 2023: KANYE WEST TERCICIR, RIHANNA TERGELINCIR

5 of 5