5 FAKTA MENARIK TENTANG AKTOR RIPLEY, ANDREW SCOTT
Nama Andrew Scott menjadi meniti bibir penonton di seluruh dunia dek lakonan mantapnya dalam siri terbaru Netflix, Ripley.
Pelakon yang menceburi industri hiburan pada tahun 80-an menerusi iklan oat jenama Flahavan itu telah berjaya membuktikan versaliti dan bakat luar biasanya selama bertahun-tahun.
Anda mungkin pernah melihatnya sebelum ini dalam filem Spectre (2015) di samping Daniel Craig. Mungkin juga dalam drama Sherlock (2010) di mana dia menggalas watak sebagai Jim Moriarty.
Ini yang anda perlu tahu mengenai Andrew Scott
1. Berasal Dari Ireland
Andrew dilahirkan pada 1976 di Dublin, Ireland. Dia dibesarkan di kampung halamannya di mana bapanya bekerja dalam bidang agensi pekerjaan manakala ibunya pula bergelar guru seni. Dia merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan anak lelaki tunggal. Kini setelah bergelar pelakon, dia menetap di London, United Kingdom namun turut memiliki kediaman sendiri di Dublin.
2. Perjalanan Awal Kerjaya
Ketika bergelar pelajar, Andrew sudah pun menunjukkan bakatnya dengan membintangi dua iklan televisyen di Ireland. Kemunculan pertamanya dalam bidang lakonan adalah menerusi filem Korea pada 1995 ketika berusia 19 tahun. Dia ditawarkan biasiswa ke sekolah seni namun terpilih untuk menyambung pengajian drama di Trinity College Dublin. Enam bulan kemudian, dia menyertai Abbey Theatre Dublin dan berhijrah ke London pada usia 22 tahun.
3. Berbakat Besar Dalam Teater
Dengan kemahiran luar biasa dalam persembahan teater, Andrew telah memainkan pelbagai watak daripada karya Shakespeare. Dia pernah memenangi Laurence Olivier Award menerusi peranannya dalam teater berjudul A Girl In A Car With A Man, serta beberapa anugerah berprestij lain.
4. Merupakan Seorang Poliglot
Selain lakonan, bintang All Of Us Strangers ini juga mempunyai bakat dalam bidang bahasa. Aktor ini boleh bertutur dalam tiga bahasa iaitu Inggeris, Perancis dan bahasa ibundanya, Ireland.
5. Berjiwa Murni
Komitmennya dalam memberi impak positif melangkaui industri hiburan. Andrew dikenali dengan kerja-kerja amal yang dilakukannya, malah pernah beberapa kali mendapat pengiktirafan. Dia juga merupakan penyokong tegar kesihatan mental. Menerusi pelbagai platform, dia aktif bercakap tentang isu ini untuk mengurangkan stigma dan menggalakkan perbincangan terbuka mengenai kesejahteraan mental.
Foto: British GQ
Pautan berkaitan: KENALI AARON TAYLOR-JOHNSON, AKTOR YANG DISEBUT-SEBUT SEBAGAI ‘THE NEXT 007’
Tags
Artikel Yang Berkaitan
INSPIRASI SUT RONA BERANI DARIPADA FESYEN KARPET MERAH
Kebelakangan ini semakin ramai selebriti tampil berani dengan menyarung sut berwarna-warni.
15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG APRIL 2024
Dari filem “Ripley” lakonan Andrew Scott kepada siri K-drama “Chief Detective 1958” yang menampilkan Lee Je-hoon, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang April 2024.