Skip to content

5 FOTO SUKAN YANG MERAIH TANDA SUKA PALING BANYAK DI INSTAGRAM

5 FOTO SUKAN YANG MERAIH TANDA SUKA PALING BANYAK DI INSTAGRAM

Kongsikan artikel ini

Instagram terus menarik perhatian pengguna di seluruh dunia dengan kandungan menarik, menghiburkan, bermotivasi dan bermanfaat.

Perkongsian yang menjadi kegemaran ramai tentunya daripada selebriti terkenal. Namun siapa sangka hantaran sukan juga popular terutama yang memberi inspirasi dan mengandungi momen bersejarah. Malah perkongsian yang mendapat tanda suka paling banyak dalam sejarah Instagram adalah foto sukan.

Lihat hantaran sukan yang manakah paling digemari pengguna Instagram

5. Hantaran Terakhir Kobe Bryant Sebelum Nahas Helikopter

foto sukan instagram

Foto terakhir yang dikongsi legenda bola keranjang dunia, Kobe Bryant sebelum kematian tragisnya pada 26 Januari 2020 meraih lebih 14 juta tanda suka. Ia dimuat naik hanya beberapa jam sebelum nahas yang meragut nyawanya dan anak perempuannya, Gianna.

 

4. Penghormatan Lebron James Kepada Kobe Bryant

Selepas legenda bola keranjang dunia, Kobe Bryant meninggal dunia pada 26 Januari 2020, bintang LA Lakers, LeBron James berkongsi foto mereka bersama di gelanggang. Ia mendapat lebih 15 juta tanda suka sehingga kini.

 

3. Penghormatan Lionel Messi Kepada Diego Maradona

Selepas kematian legenda bola sepak Diego Maradona pada 25 November 2020, Lionel Messi memuat naik foto tanda penghormatan buat legenda bola sepak itu dan meraih lebih 16 juta tanda suka.

 

2. Penghormatan Cristiano Ronaldo Kepada Diego Maradona

Semasa foto ini dimuat naik, ia memecah rekod sebagai foto sukan paling popular di Instagram. Ronaldo berkongsi foto dirinya bersama Diego Maradona pada hari kematian legenda itu dan meraih lebih 19 juta tanda suka sehingga kini.

 

1. Lionel Messi Bersama Trofi Copa America

foto sukan instagram

Pada 11 Julai 2021, Messi memuat naik fotonya memeluk Copa America di akaun Instagram miliknya. Argentina akhirnya berjaya menewaskan Brazil dalam perlawanan akhir Copa Amerika 2021 untuk memenangi trofi antarabangsa selepas 28 tahun. Ia juga merupakan gelaran antarabangsa terbesar pemain ini dalam kerjaya profesionalnya. Foto tersebut meraih lebih 21 juta tanda suka, menjadikannya foto paling popular di Instagram.

 

Foto: Instagram

Pautan berkaitan: 7 FILEM INSPIRASI ATLET PERLU TONTON OLEH PEMINAT SUKAN

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

“SAYA TIDAK MENGEJAR REKOD, REKOD MENGEKORI SAYA” - CRISTIANO RONALDO

“SAYA TIDAK MENGEJAR REKOD, REKOD MENGEKORI SAYA” – CRISTIANO RONALDO

Bacaan Lanjut
4 ATLET SELEBRITI YANG MENGAMALKAN DIET KESIHATAN PELIK

4 ATLET SELEBRITI YANG MENGAMALKAN DIET KESIHATAN PELIK

Bacaan Lanjut
KEHIDUPAN TERKINI RONALDO & GEORGINA RODRIGUEZ SELEPAS BERPINDAH KE ARAB SAUDI

KEHIDUPAN TERKINI RONALDO & GEORGINA RODRIGUEZ SELEPAS BERPINDAH KE ARAB SAUDI

Bacaan Lanjut
Leo Messi

5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI LEO MESSI

Bacaan Lanjut
FOTO PIALA DUNIA LIONEL MESSI KINI PALING POPULAR DI INSTAGRAM

FOTO PIALA DUNIA LIONEL MESSI KINI PALING POPULAR DI INSTAGRAM

Bacaan Lanjut
SALT BAE DIKRITIK KERANA MELANGGAR PERATURAN FIFA

SALT BAE DIKRITIK KERANA MELANGGAR PERATURAN FIFA

Bacaan Lanjut