Skip to content

5 K-DRAMA TERBAIK LEE BYUNG HUN MENURUT IMDB

5 K-DRAMA TERBAIK LEE BYUNG HUN MENURUT IMDB

Kongsikan artikel ini

Lee Byung Hun mencipta nama dalam industri hiburan Korea Selatan dengan bakat lakonan yang menakjubkan.

Aktor ini juga meraih kemasyhuran global menerusi pelbagai drama popular termasuk Squid Game yang berjaya mencuri perhatian penonton dari seluruh dunia.

Lee Byung Hun membuat kemunculan pertama sebagai pelakon pada tahun 1991 dengan membintangi siri Flowers That Never Wilt. Sejak itu namanya melonjak naik dan kini tersenarai sebagai salah seorang selebriti paling berpengaruh di Korea Selatan.

GL senaraikan beberapa drama hebat yang dibintangi Lee Byung Hun

 

5. Iris (2009)

drama lakonan Lee Byung Hun

Turut dibintangi oleh: Kim Tae Hee, Jung Joon Ho, Kim So Yeon, Kim Seung Woo 

Skor IMDb: 7.7

Sinopsis: Dua rakan baik mendapat latihan daripada Batalion Misi Khas dan kemudiannya dipilih menjadi ejen NSS. Kehidupan mereka berubah apabila kedua-duanya jatuh cinta pada wanita yang sama.

 

4. Squid Game (2021)

drama lakonan Lee Byung Hun

Turut dibintangi oleh: Park Hae Soo, Jung Ho Yeon, Wi Ha Joon, Lee Jung Jae

Skor IMDb: 8

Sinopsis: Seramai 456 peserta yang berdepan masalah kewangan menerima jemputan untuk bertanding dalam sebuah permainan kanak-kanak bagi merebut hadiah lumayan. Malangnya pertaruhan itu membawa maut.

 

3. Beautiful My Lady (1997)

drama lakonan Lee Byung Hun

Turut dibintangi oleh: Song Seung Heon, Shim Eun Ha, Yoon Da Hoon, Choi Jung Yoon, Yoon Tae Young

Skor IMDb: 8.5

Sinopsis: Jun Ho merupakan anak yatim yang membesar tanpa kehadiran sesiapa di sisinya. Suatu hari, dia diberi peluang untuk bertarung di gelanggang tinju di mana dia meraih kemasyhuran dan wang ringgit. Keadaan berubah apabila dia jatuh cinta dengan seorangan wanita yang baru kehilangan suami.

 

2. Our Blues (2022)

Turut dibintangi oleh: Shin Min Ah, Choi Seung Hoon, Lee Jung Eun, Uhm Jung Hwa, Kim Woo Bin 

Skor IMDb: 8.6

Sinopsis: Siri ini berkisar tentang jatuh bangun dalam kehidupan dan cinta. Ia memaparkan pelbagai kisah berbeza tentang penduduk kampung yang tinggal di kepulauan Jeju yang indah.

 

1. Mr. Sunshine (2018)

Turut dibintangi oleh: Kim Tae Ri, Yoo Yeon Seok, Byun Yo Han, Kim Min Jung

Skor IMDb: 8.7

Sinopsis: Drama ini berlatarkan tahun 1870-an ketika Korea berada di bawah pemerintahan kolonial. Ia mengisahkan tentang seorang budak lelaki yang berhijrah ke Amerika untuk terus hidup dan kembali ke Korea sebagai pegawai marin. Dia kemudiannya jatuh cinta dengan seorang wanita yang berjuang untuk membebaskan Korea daripada kuasa penjajah.

 

Foto: Officiel Hommes

Pautan berkaitan: 5 FILEM TERBAIK HRITHIK ROSHAN MENURUT ROTTEN TOMATOES

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

must watch November 2023

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG NOVEMBER 2023

Bacaan Lanjut
PELAKON KOREA SELATAN, JUNGJAE LEE UNTUK GUCCI VALIGERIA

PELAKON KOREA SELATAN, JUNGJAE LEE UNTUK GUCCI VALIGERIA

Bacaan Lanjut
rancangan Netflix paling popular

TOP 10 RANCANGAN TV YANG PALING POPULAR DI NETFLIX

Bacaan Lanjut
squid game 2

APA YANG PERLU ANDA TAHU MENGENAI ‘SQUID GAME 2’?

Bacaan Lanjut
SELEPAS PARK SEO JOON, LEE JUNG JAE PULA BAKAL SERTAI MARVEL?

SELEPAS PARK SEO JOON, LEE JUNG JAE PULA BAKAL SERTAI MARVEL?

Bacaan Lanjut

5 SOALAN BERSAMA BINTANG ‘MONEY HEIST: KOREA – JOINT ECONOMIC AREA’, PARK HAE-SOO

Bacaan Lanjut