5 PASANGAN ADIK-BERADIK SELEBRITI ANDA MESTI KENALI SEPERTI SYED SADDIQ DAN SYED ABDULLAH
Past ada pasangan adik-beradik selebriti yang mungkin mengejutkan anda. Bakat dan rupa yang setanding menjadikan mereka digelar ‘Power Siblings’.
Dalam dunia hiburan, ramai selebriti yang kita kenali kerana bakat, pesona dan pencapaian mereka. Namun, ada juga antara mereka yang datang daripada keluarga yang sama, menjadikan legasi seni lebih istimewa. Kehadiran pasangan adik-beradik selebriti bukan sahaja menambah warna dalam industri, malah sering mencuri perhatian peminat kerana persamaan wajah, gaya, serta karisma yang diwarisi. GLAM Lelaki akan senaraikan 5 pasangan adik-beradik selebriti yang anda mesti kenali.
#1 Syed Saddiq & Syed Abdullah
Sudah ramai yang tahu bahawa ahli politik terkenal Syed Saddiq mempunyai seorang abang yang cukup dikenali sebagai pencipta kandungan. Syed Abdullah lebih mesra dikenali sebagai Spacedollah di dalam media sosial. Keperibadian dan kisah hidupnya yang unik telah menarik perhatian ramai. Dua beradik ini mempunyai penampilan yang tinggi lampai serta wajah yang menawan. Ramai yang mengenali Syed Saddiq sebagai seorang ahli politik Malaysia yang disanjungi. Abangnya, Syed Abdullah juga membantu ramai individu untuk berkembang dalam dunia digital dengan paltform pembelajarannya, Spacedollah.
#2 Imran Aqil & Nabil Aqil
Cukup kacak, dua beradik ini semestinya dikenali ramai lebih-lebih lagi selepas kemunculan mereka dalam rancangan Hero Remaja. Tinggi lampai, model, pelakon serta pencipta kandungan, semuanya mampu dilakukan oleh Imran Aqil dan abangnya, Nabil Aqil. Selepas menjadi salah seorang finalis Hero Remaja pada tahun 2017, Nabil Aqil mula berlakon untuk pelbagai drama tempatan. Antara watak terkenalnya ialah Jazlee dari drama Lelaki Melayu Terakhir, ketika dia melakonkan watak adik kepada Fattah Amin dalam drama tersebut. Adiknya, Imran Aqil turut mengikut jejak sebagai peserta Hero Remaja 2020 dan mula berlakon. Walaupun selepas berkahwin bersama pilihan hatinya Dahlia Rizal, Imran masih aktif dalam bidang lakonan, pengacaraan serta penciptaan kandungan.
Baca: JAZMY JUMA, 7 FAKTA TENTANG WAJAH KACAK DAN BERBAKAT INI
#3 Syafiq Kyle & Syazwan Razak
Syafiq Kyle dan Syazwan Razak juga merupakan salah satu pasangan adik-beradik yang menjadi bualan ramai. Pada tahun 2012, Syafiq Kyle diumumkan sebagai pemenang naib juara Hero Remaja musim itu. 8 tahun selepas itu, adik bongsunya, Syazwan Razak turut menyertai rancangan yang sama pada tahun 2019/2020. Karier Syafiq meningkat menjadikannya salah seorang pelakon lelaki Malaysia yang disukai ramai. Antara watak lakonannya yang masih berada dalam ingatan ialah Ustaz Adam dari drama Nur, serta Arif dari Blood Brothers: Bara Naga. Adiknya, Syazwan Razak memulakan kariernya sebagai seorang penyampai radio serta penciptaan kandungan. Pada tahun 2022, Syazwan membuat kemunculan sulung filemnya dengan filem Rasuk.
#4 Siti Saleha & Sam Bunkface
Walaupun jarang kelihatan bersama, Siti Saleha dan abangnya, Sam dari kumpulan Bunkface cukup rapat. Vokalis utama kumpulan Bunkface ini mulakan kariernya bersama rakan sekolah pada tahun 2006 ketika menubuhkan Bunkface. Selepas hampir 20 tahun, nama Bunkface masih berada di bibit mulut orang ramai, termasuklah anak muda zaman sekarang. Terkenal dengan lakonannya yang hebat, Siti Saleha memulakan kariernya sejak umur 12 tahun lagi. Wajah campurannya menjadikan dia mendapat tawaran peragaan sejak muda. Selain dari kehebatannya dalam industri perfileman tempatan, Siti Saleha juga pernah tular di media sosial ketika kemenangannya sebagai Outstanding Asian Star di Seoul International Drama Awards 2024.
Baca:KENALI BAND POP ROCK HANGAT, EMPTY PAGE
# 5 Ezzrin Loy, Elfira Loy
Trio adik-beradik ini mendominasi dunia lakonan sejak mereka kecil lagi. Ezzrin Loy semestinya dipengaruhi oleh kakak-kakaknya apabila memasuki industri lakonan Malaysia. Selain itu, bapa mereka juga dikatakan seorang pengarah menjadikan dunia lakonan bukanlah perkara yang janggal bagi mereka. Mula berlakon sejak berumur 11 tahun, Ezzrin membuat kemunculan sulungnya dalam siri komedi Ayyad. Kini, Ezzrin masih aktif dalam bidang lakonan, ditambah dengan kerjayanya sebagai seorang pencipta kandungan. Siapa yang tidak kenal, gadis kecil yang sering menggegarkan Malaysia dengan bakat besarnya sejak dahulu, Elfira Loy. Elfira kini lebih aktif dalam dunia kecantikkan dan fesyen sebagai pencipta kandungan serta duta.
Pautan berkaitan: 6 DRAMA HEBAT LAKONAN HUN HAQEEM DALAM SEPANJANG KERJAYANYA
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL25: SOROTAN PENUH GAYA BERSAMA GLAM LELAKI 2025
GLAM Lelaki mengimbau kembali detik-detik berharga bersama selebriti, GL Team dan pelbagai jenama sepanjang 2025 dalam GL25.
GL25: 25 MOMEN ISTIMEWA BERSAMA GLAM LELAKI SEPANJANG TAHUN 2025
GLAM Lelaki imbas semula momen istimewa bersama selebriti, GL Team serta jenama-jenama sepanjang tahun 2025 di GL25.
6 ARTIS WANITA YANG BERKAHWIN PADA TAHUN 2025
Barisan artis wanita melakar detik indah pada tahun 2025 apabila memilih untuk berkahwin dengan jejaka pilihan hati mereka.
TOP 5 FILEM MALAYSIA PALING HANGAT TAHUN 2025
Industri perfileman Malaysia pada tahun 2025 banyak mengeluarkan filem-filem hangat dengan pencapaian yang cukup tinggi.
6 ARTIS LELAKI YANG BERKAHWIN PADA TAHUN 2025
Tahun 2025 dipenuhi dengan berita artis-artis lelaki yang berkahwin bersama wanita pilihan mereka yang cukup jelita.
IMBAS 8 LELAKI YANG MENGHIASI COVER GLAM LELAKI 2025
Mari imbas semula 8 lelaki ikonik yang menjadi penghias cover GLAM Lelaki pada tahun 2025 dengan aura mereka yang tersendiri.











