Skip to content

JAY-Z & BEYONCE KINI PEMILIK KEDIAMAN KEDUA TERMAHAL DI AMERIKA SYARIKAT

5 PASANGAN SELEBRITI BILIONAIR TERKAYA DI DUNIA

Kongsikan artikel ini
2 of 6

5. Beyonce & Jay-Z (RM7.98 bilion)

Pasangan penyanyi tersohor ini berkahwin pada 2008 dan mengungguli takhta industri muzik Hollywood dengan kemasyhuran serta empayar perniagaan yang dimiliki.

Beyonce mencipta nama sebagai penyanyi solo yang berjaya selepas kumpulan Destiny’s Child dibubarkan pada 2005 dan memperoleh kekayaan daripada berjuta-juta jualan album serta konsert jelajah yang dijayakannya. Ini tidak termasuk perjanjian yang ditandatanganinya bersama Netflix bernilai RM266 juta. Selain memiliki jenama fesyen sendiri, dia turut bergelar taikun wangian dan meraih pendapatan melebihi RM2.21 bilion selama bertahun-tahun.

Suaminya yang merupakan penyanyi rap bilionair pertama dunia, Jay-Z menjana pendapatan daripada perniagaan dan pelaburan selain muzik. Dia merupakan pengasas agensi hiburan Roc Nation dan jenama minuman keras D’Usse, masing-masing bernilai RM650 juta dan RM532 juta, menurut Forbes.

Penyanyi berusia 53 tahun ini juga merupakan pemegang saham dalam beberapa syarikat besar antaranya Uber, SpaceX, Ethos, dan rangkaian restoran Sweetgreen.

pasangan selebriti terkaya 2022

Foto: Instagram

2 of 6