KEMBARA STYLISH DENGAN “LOGO MOSCHINO”
MENYAMBUT MUSIM LIBURAN, MOSCHINO HADIRKAN KOLEKSI KAPSUL PENUH GAYA “LOGO MOSCHINO”. MENCIPTAKAN OPSYEN BUSANA DAN AKSESORI DENGAN SEMANGAT PERAYAAN FANTASI.
Moschino siap menyambut musim liburan dengan koleksi kapsul terbaru. Dengan imaginasi kreatif sendiri, koleksi Logo Moschino menciptakan opsyen busana dengan semangat perayaan, menyampaikan harapan baharu, dan apa yang sekiranya akan dikenakan ketika kembara.
Campuran utiliti dengan siluet kasual, menghilangkan anggapan bahawa sesuatu hanya boleh dikenakan pada waktu tertentu atau dengan cara tertentu. Koleksi ini disesuaikan dengan apa jua padanan mengikut gaya tersendiri. Cetakan logo yang sarat namun harmoni menghiasi rangkaian pakaian dan aksesori. Diperkenalkan seiringan dengan momen musim percutian. Memberi gaya playful yang memikat.
https://www.youtube.com/watch?v=FnfsScAXzpA
“LOGO MOSCHINO” hadirkan koleksi empat warna monokromatik melalui ciptaan ready-to-wear dan aksesori. Pilihan warna pink paradise, biru denim, coklat dan hitam pekat. Elemen ‘playful’ dan eksentrik terlihat jelas membayangi rekaan yang terkandung. Jaket-jaket pada koleksi ini dilengkapi dengan perincian penting, seperti ruang poket dan material tebal yang disesuaikan beraktiviti ketika cuaca sejuk.
Dan aksesori dipenuhi dengan pelbagai ilham kreatif, warna dan fungsi, menawarkan tampilan chic pada padu padan anda. Serangkaian knit bermacam warna yang terdiri dari kardigan dan baju sweater tentu menawarkan kenyamanan elegan yang sederhana.
Set aksesori untuk kembara, seperti sarung gajet, beg galas, bagasi dan beg kembara pelbagai saiz yang dihiasi cetakan jacquard “MOSCHINO”-menambah elemen mewah pada kelengkap gaya.
GLAM Lelaki memilih lima stail pilihan dari koleksi “LOGO MOSCHINO”…
- BEG GALAS

Tags
Artikel Yang Berkaitan
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Konsert K-Pop berskala besar sentiasa menuntut keberanian dalam bergaya. Pentas berprestij ini ialah medan terbaik memamerkan estetika street luxury maksimum. Pembaca GLAM LELAKI pastinya mahukan kelainan yang memukau pandangan ramai. Kombinasi elemen avant-garde dan pakaian jalanan mewah mampu mencipta impak visual luar biasa. Berikut adalah panduan suai padan eksklusif daripada barisan jenama tempatan paling hangat…
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
Kenali lima pereka fesyen lelaki Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Teroka kisah kejayaan luar biasa mereka di sini.
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026
Kilauan estetika Chopard mendominasi amfAR Gala Cannes 2026. Lihat gandingan jam tangan mewah pilihan lelaki alfa global.
GENTLE MONSTER BUKA BUTIK FLAGSHIP KEDUA DI SURIA KLCC, BAWA REVOLUSI RETAIL MASA DEPAN
Pengalaman multi-sensori terbaharu, Gentle Monster lebarkan empayar fesyen di Suria KLCC dengan membawakan 'Veggie Collection' Jun ini.
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR
Eyka Farhana dan Akhyar Rashid kini bergelar ibu bapa. Ketahui detik kelahiran putera sulung dan maksud indah di sebalik namanya.











