“I’M NOT JUST A PRETTY FACE!” – ALI REZA
MULANYA KEMBARA SENI MENGHIASI IKLAN KOMERSIAL TV, ALI ATAU NAMA SEBENARNYA ALI REZA KAVOOSSI, 25, TIDAK MENYANGKA BEROLEH PELUANG MENERAJUI LAPANGAN SENI LAKONAN LOKAL. BEROLEH PELUANG MEMASUKI BENGKEL LAKONAN TIGA SIFU TERNAMA MALAYA, YAKNI IBU FAUZIAH NAWI, KAK OGY DAN NAMRON; ALI MEMBUKA PELUANG BERGURUKAN PENGALAMAN DALAM MENCORAKKAN SISI PROFIL YANG VERSATIL.
Pengarang Rencana & Arloji : ZUHAIRIE SAHROM Pengarang Digital : MUZAMMIN MUZLAN Penata Gaya & Arahan Kreatif : JOHAN KASSIM Gambar : EDMUND LEE/ONE3FOUR STUDIO Grooming : KHIR KHALID Rambut : CKAY LIOW
- Fakta menarik tentang Ali Reza Kavoossi yang tidak semua orang tahu?
Saya rabun warna dan amatlah sukar untuk saya melihat cabangan spektrum rona itu secara menyeluruh. Contohnya palet warna biru yang punya nada yang berbeza. Secara amnya saya hanya bakal menjawab biru bila ada yang bertanyakan kepada saya. Namun, mendepani lampu isyarat, saya masih boleh mengenali hijau, kuning dan merah tanpa ada rasa sangsi.
- Perkhabaran terkini Ali?
Baru sahaja muncul membintangi drama 20 episod buat tayangan di slot Lestari, TV3 berjudul Pengantin Pasti Jadi. Pada saat ini, baru sahaja usai penggambaran untuk drama lapan episod bersama Skop Productions. Bakal ditayangkan menerusi platform OTT di bawah naugan Astro, Sooka. Saya sangat teruja memandang ini adalah pengalaman pertama saya membintangi drama bergenre thriller yang ada sedikit unsur pembunuhan. Juga tampil membintangi telefilem Jefri Zain. Seratus peratus aksi, bukan kisah cinta semata. InsyaAllah tahun hadapan bakal menjadi my big year!
- Siapa Ali dalam industri ini?
Sebagai seorang pelakon, Ali adalah seorang pelapis dunia lakonan yang versatil. Langsung, terbuka untuk memikul apa jua watak. Saat ini saya sudah memerankan watak aksi, komedi romantik dan thriller. Turut mendapat peranan untuk antagonis kerana dalam dunia nyata saya adalah seorang individu yang pemalu. Bila melihat kembali lakonan di kaca tv, saya betul-betul membiaskan rasa marah, sedih dan bahagia kerana saya tidak sekali melihat sisi diri itu sama sekali. Sudah tentu saya kagum dengan kredibiliti diri namun, masih punya ruang untuk diperbaiki.
- Adakah Ali berpunya cabangan karier lain?
Saya bakal berjinak dalam bisnes F&B memandangkan ayah merupakan seorang ahli perniagaan yang berpunya restoran menghidangkan masakan Iran dan Arab. Sebenarnya saya dalam merangka perancangan untuk membuka cawangan F&B. Kemungkinan besar hanya menumpukan bisnes F&B dengan berpunya dapur pusat dan bakal menghantar pesanan menerusi perkhidmatan penghantaran makanan dan aplikasi.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GLAM LELAKI CHEF TABLE: PENGALAMAN KULINARI EKSKLUSIF YANG PERTAMA
Buat julung kali, GLAM Lelaki menganjurkan 'GLAM Lelaki Chef Table' yang dihadiri oleh selebriti, model dan bintang media sosial untuk pengalaman kulinari yang eksklusif.
PENYAKIT SEBENAR BRUCE WILLIS AKHIRNYA DIKENAL PASTI
Hampir setahun bergelut dengan afasia, kini Bruce Willis mendapat diagnos spesifik mengenai penyakit yang dideritainya.
FRANCK MULLER MEMBENTANGKAN TIGA MODEL EKSKLUSIF BUAT PASARAN ASIA TENGGARA
Franck Muller tampil membentangkan himpunan novelti baharunya yang eksklusif buat pasaran Asia Tenggara bersentuhan percikan rona bisa memikat perhatian.
TRAGIS! STEPHEN ‘TWITCH’ BOSS RAGUT NYAWA SENDIRI
Aktor, DJ dan pengacara bersama Ellen DeGeneres Show, Stephen Boss atau lebih dikenali sebagai Twitch dilaporkan meninggal dunia akibat membunuh diri.
AKTOR & PEMUZIK, WILKO JOHNSON MENINGGAL DUNIA PADA USIA 75 TAHUN
Satu kenyataan yang dikongsi di Twitter memaklumkan Wilko Johnson meninggal dunia pada 21 November lalu di kediamannya di tenggara England.
GL NOV/DIS 2022: HUN HAQEEM, PELAPIS HERO MALAYA
Hampir empat tahun bergelar pelakon, tuah Hun Haqeem untuk diberi peranan watak hero semakin mewangi. Terus personanya melarat di bibir-bibir penggemar drama tempatan.