Skip to content

5 SELEBRITI LELAKI YANG PERNAH HIDUP MELARAT SEBELUM MENJADI TERKENAL

5 SELEBRITI LELAKI YANG PERNAH HIDUP MELARAT SEBELUM MENJADI TERKENAL

Kongsikan artikel ini

Gelaran selebriti A-list selalunya diiringi dengan kekayaan dan kemasyhuran.

Namun sebelum mencapai populariti, mereka bukan sahaja perlu bekerja keras untuk mendapat apa yang dimiliki sekarang, malah perlu melalui onak duri demi membina nama sebagai bintang.

Salah satu kesukaran yang sering dilalui bintang di Hollywood adalah kehilangan tempat tinggal dan terpaksa hidup sebagai gelandangan, seperti yang dilalui lima aktor ini. Mereka perlu bekerja lebih keras bukan sahaja untuk mencapai impian, malah juga demi menyara keluarga.

Baca untuk ketahui siapakah selebriti yang dimaksudkan

 

1. TYLER PERRY

5 SELEBRITI LELAKI YANG PERNAH HIDUP MELARAT SEBELUM MENJADI TERKENAL

Foto: Getty Images

Tyler Perry mungkin merupakan salah seorang lelaki paling kaya di Hollywood, namun dia pernah berdepan situasi sukar dalam hidup apabila didera secara seksual oleh bapanya sewaktu kecil. Malah dia pernah cuba meragut nyawa sendiri sebelum berhenti sekolah. Impiannya adalah untuk bergelar penulis, jadi dia mula mengambil upah untuk beberapa pekerjaan pelik dan berpindah ke Atlanta untuk memulakan kerjaya.

Dengan simpanan yang ada, dia memulakan muzikal pertamanya, I Know I’ve Been Changed. Disebabkan kekurangan wang, dia tidak mampu membayar sewa rumah dan terpaksa tinggal di dalam kereta. Malangnya kereta miliknya juga ditarik tidak lama kemudian, dan dia terpaksa tidur di kaki lima. Namun dengan semangat yang tidak pernah pudar, dia berjaya mencipta nama di Hollywood.

 

2. JIM CARREY

5 SELEBRITI LELAKI YANG PERNAH HIDUP MELARAT SEBELUM MENJADI TERKENAL

Foto: Getty Images

Kehidupan Jim Carrey sewaktu kecil bukanlah satu perjalanan yang indah. Dia dilahirkan dalam sebuah keluarga miskin di mana bapanya terpaksa melakukan dua pekerjaan untuk menyara keluarga. Namun apabila bapanya dibuang kerja, dia terpaksa mengambil alih tugas tersebut.

Ketiadaan pendapatan menyebabkan keluarganya terpaksa tinggal di dalam van milik mereka. Nekad mahu membantu, Jim Carrey berhenti sekolah pada usia 15 tahun dan bekerja sebagai tukang cuci untuk menyara keluarga.

 

3. DANIEL CRAIG

Foto: Michael Priest Photography

Pelakon watak James Bond ini juga pernah melalui saat sukar selama beberapa tahun. Sebelum kerjayanya bermula, dia mengalami kesukaran membina nama di Hollywood. Dia kemudian menghadiri National Youth Theatre dan Guildhall School of Music and Drama untuk memantapkan kemahiran dalam bidang lakonan.

Pada masa sama, dia terpaksa tidur di bangku taman selama beberapa ketika kerana tidak mempunyai wang. Namun semua hasil lelahnya berbaloi apabila ditawarkan watak utama sebagai James Bond.

 

4. SYLVESTER STALLONE

Foto: Getty Images

Sukar untuk percaya bahawa pelakon sehebat Sylvester Stallone pernah menjadi gelandangan, namun ternyata ia benar. Pada awal tahun 70-an, dia mengalami kesukaran mencari kerja dan kehilangan tempat berteduh untuk satu jangka masa yang lama.

Namun setelah dia mendapat idea untuk menulis skrip filem Rocky, kerjayanya tiba-tiba memuncak. Itulah permulaan yang membuatkan namanya dikenali sehingga ke hari ini.

 

5. KELSEY GRAMMER

Foto: Getty Images

Seorang lagi selebriti yang terpaksa hidup sebagai gelandangan. Kelsey Grammer mempunyai impian untuk bergelar pelakon, justeru dia bercita-cita untuk menghadiri sekolah teater tersohor dengan yuran pengajian yang mahal. Dia terpaksa melakukan beberapa pekerjaan untuk memenuhi impian tersebut, malangnya ia agak sukar dan dia terpaksa tinggal di kaki lima selama berbulan-bulan.

Dia disingkir dari sekolah teater setelah kehilangan akibat kematian tragis kakaknya. Namun ini tidak membantutkan impiannya untuk menceburi bidang lakonan, dan kini dia berjaya mencipta nama sebagai selebriti A-list di Hollywood.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: DIUSIR DARI RESTORAN MEWAH, NICOLAS CAGE DISALAH ANGGAP SEBAGAI GELANDANGAN