Skip to content

5 SELEBRITI TERKENAL BERGELAR POLIGLOT

5 SELEBRITI TERKENAL BERGELAR POLIGLOT

Kongsikan artikel ini

Bukan mudah untuk bertutur dalam bahasa asing atau mencapai status poliglot kerana tidak semua orang mempunyai kemahiran menguasainya.

Di Malaysia terdapat beberapa selebriti yang berkebolehan bertutur dalam bahasa asing. Shila Amzah dan Yasmin Hani misalnya mahir berbahasa Mandarin, Maya Karin fasih bercakap bahasa Jerman, manakala Raya Ilya boleh bertutur dalam bahasa Tamil.

Di Hollywood lebih ramai artis yang menguasai pelbagai bahasa. Sesetengahnya adalah kerana latar belakang keluarga, manakala yang lain mempelajarinya atas tuntutan kerja atau minat mendalam. Lebih mengagumkan ada antara mereka yang bukan sekadar fasih dalam dua atau tiga bahasa, tetapi hampir sepuluh!

GL senaraikan selebriti poliglot yang mahir bertutur lebih lima bahasa

 

1. Diana Kruger

Bahasa ibunda aktres ini adalah Jerman dan dia mempelajari Inggeris ketika program pertukaran pelajar di London. Pada usia 15 tahun, dia mendapat kebenaran ibunya untuk menceburi bidang peragaan di Paris, di mana dia mula menguasai bahasa Perancis.

Diane Kruger turut mempelajari Latin di sekolahnya selama lapan tahun dan bahasa Rusia untuk peranannya dalam filem The Tiger Brigades. Malah dia melakukan alih bahasa sendiri dalam Inggeris, Perancis dan Jerman untuk tayangan filemnya di luar negara.

5 SELEBRITI TERKENAL BERGELAR POLIGLOT

Foto: Getty Images

 

2. Natalie Portman

Walaupun perkahwinannya gagal, bintang Black Swan ini berjaya dalam pelbagai aspek lain kehidupannya. Dia bergelar aktres disegani, merupakan graduan Universiti Harvard yang pernah menerbitkan dua jurnal saintifik, dan seorang poliglot. Menurut Insider, Natalie Portman menguasai enam bahasa asing dengan baik: Bahasa ibundanya Ibrani, Inggeris, Perancis, Jepun, Jerman dan Sepanyol.

Dalam temu bual bersama sebuah organisasi yang menggalakkan penggunaan bahasa Sepanyol di Amerika Syarikat, dia berkata, “Belajar itu perkara indah. Bahasa Sepanyol adalah salah satu bahasa paling berguna di dunia. Saya jatuh cinta dengan budaya, gaya hidup dan bahasa Sepanyol.”

5 SELEBRITI TERKENAL BERGELAR POLIGLOT

Foto: Getty Images

 

3 Shakira

Penyanyi ini dilahirkan di Colombia dan bertutur bahasa Sepanyol setiap hari. Setelah bergelar penyanyi, dia mempelajari Inggeris daripada pengurusnya, Emilio Estefan dan rakan selebriti, Gloria Estefan. Sejak itu Shakira telah menguasai beberapa lagi bahasa antaranya Portugis, Itali, Perancis, Katala dan Arab.

Foto: Getty Images

 

4. Tom Hiddleston

Semasa bergelar penuntut di Universiti Cambridge, pelakon Inggeris ini mempelajari bahasa sastera, Yunani kuno dan Latin. Sejak itu dia mula mendalami bidang ini dan kini mahir dalam bahasa Sepanyol, Perancis, Itali, Yunani, Rusia, Korea dan Mandarin.

Dalam temu bual bersama Sirius XM pada 2020, dia berkata, “Saya sebenarnya langsung tidak berbakat dalam matematik atau sains. Bagaimanapun sebaik sahaja mempelajari bahasa, saya tahu saya mempunyai kemahiran menguasainya.”

Tom Hiddleston

Foto: Getty Images

 

5. Celine Dion

Penyanyi Kanada berketurunan Perancis ini bertutur menggunakan bahasa ibundanya sejak lahir. Malah semua lagu dalam album pertamanya dinyanyikan dalam bahasa Perancis. Pada penghujung 1980-an, dia berehat daripada membuat persembahan dan mengambil peluang itu untuk mempelajari Inggeris. Album studio kesembilannya, Unison merupakan album bahasa Inggeris pertamanya. Sejak itu Celine Dion telah mempelajari dan menyanyikan lagu dalam sembilan bahasa termasuk Sepanyol, Jepun, Jerman dan Mandarin.

Céline Dion

Foto: Getty Images

 

Foto: GQ

Pautan berkaitan: 30 SELEBRITI LELAKI KOREA BERWAJAH SEIRAS PERSIS KEMBAR

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

CELINE DION & LADY GAGA BAKAL HANGATKAN PENTAS SUKAN OLIMPIK PARIS 2024

CELINE DION & LADY GAGA BAKAL HANGATKAN PENTAS SUKAN OLIMPIK PARIS 2024

Bacaan Lanjut
5 PELAKON & PENYANYI KANADA TERKAYA DI HOLLYWOOD

5 PELAKON & PENYANYI KANADA TERKAYA DI HOLLYWOOD

Bacaan Lanjut

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG OKTOBER 2023

Bacaan Lanjut

MOMEN FESYEN TERHANGAT DI ANUGERAH MTV VMA 2023

Bacaan Lanjut
ARTIS HOLLYWOOD YANG MENGUASAI LEBIH DARIPADA LIMA BAHASA ASING

ARTIS HOLLYWOOD YANG MENGUASAI LEBIH DARIPADA LIMA BAHASA ASING

Bacaan Lanjut

15 SELEBRITI LELAKI PALING BERGAYA DI WIMBLEDON 2023

Bacaan Lanjut