Pasangan atlet luncur ais ini mengenali satu sama lain selama bertahun-tahun sebelum menjalin hubungan cinta selepas kematian tragis bapa Mikaela pada 2020. “Dia menghubungi saya dan memberi kata-kata semangat kepada saya serta keluarga. Sejak itu kami tidak pernah berhenti berhubung,” kata Mikaela. Aleksander bertanding untuk pasukan Norway manakala Mikaela pula mewakili pasukan Amerika Syarikat.