Skip to content

EWAN MCGREGOR KEMBALI SEBAGAI JEDI MASTER DALAM SIRI OBI-WAN KENOBI

Kongsikan artikel ini

Watak ikonik Star Wars lakonan Ewan McGregor akan kembali dalam siri terhad, “Obi-Wan Kenobi” yang akan debut pada 25 Mei 2022 secara eksklusif di Disney+ Hotstar.

Berita baik buat peminat Star Wars! Pelakon berbakat kelahiran Scotland, Ewan McGregor akan kembali memegang watak ikonik Jedi Master dalam siri terhad, Obi-Wan Kenobi” yang akan membuat debut pada 25 Mei 2022 secara eksklusif di laman penstriman popular, Disney+ Hotstar.

(Photo by Rich Fury/Getty Images)

Siri original Lucasfilm ini akan bermula 10 tahun selepas kejadian penuh dramtik dalam filem “Star Wars: Revenge of the Sith”. Obi-Wan Kenobi berhadapan dengan kekalahan terbesarnya daripada sahabat juga perantis Jedi, Anakin Skywalker yang beralih pihak kepada kejahatan sebagai Sith Lord Darth Vader. Hayden Christensen turut akan kembali sebagai Darth Vader dalam siri baharu ini.

Turut akan membintangi siri ini termasuklah Moses Ingram, Joel Edgerton, Bonnie Piesse, Kumail Nanjiani, Indira Varma, Rupert Friend, O’Shea Jackson Jr., Sung Kang, Simone Kessell dan juga Benny Safdie. “Obi-Wan Kenobi” akan menampilkan Kathleen Kennedy, Michelle Rejwan, Deborah Chow, Joby Harold dan Ewan McGregor sebagai penerbit eksekutif.

Ewan McGregor mula memegang watak Jedi Master ikonik kerika muda bermula pada 1999 melalui filem “Star Wars: Episode 1 – The Phantom Manace”. Dia kembali menyarungkan kostum Jedi Master untuk dua lagi sambungan trilogi ini iaitu “Star Wars: Episode II – Attack of the Clones” (2002) dan “Star Wars: Episode III – Revenge of the Sith” (2005).

Siri terhad “Obi-Wan Kenobi” akan mula ditayangkan pada 25 Mei 2022 secara eksklusif di laman penstriman, Disney+ Hotstar.

Foto: Disney+ Hotstar & GettyImages

Baca lebih lanjut: GARMIN MALAYSIA MELANCARKAN VIVOMOVE SPORT & VENU 2 PLUS DENGAN FUNGSI SUARA BERINTERGRASI

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KOLEKSI DISNEY X TOMMY, APA YANG MENARIK?

KOLEKSI DISNEY X TOMMY, APA YANG MENARIK?

Bacaan Lanjut
melur untuk firdaus 2

BALIK KAMPUNG RAYA INI DENGAN RANCANGAN DARIPADA BINTANG-BINTANG TEMPATAN

Bacaan Lanjut
must watch April 2023

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG APRIL 2023

Bacaan Lanjut

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MAC 2023

Bacaan Lanjut
grogu the mandalorian

5 FAKTA MENARIK MENGENAI GROGU AKA BABY YODA

Bacaan Lanjut
must watch January 2023

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JANUARI 2023

Bacaan Lanjut