Skip to content

GARMIN MALAYSIA MELANCARKAN VIVOMOVE SPORT & VENU 2 PLUS DENGAN FUNGSI SUARA BERINTERGRASI

Kongsikan artikel ini

Jam tangan pintar Garmin Venu 2 Plus juga dilancarkan dengan kolaborasi pelitup muka eksklusif bersama label Jovian oleh pereka fesyen lokal, Jovian Mandagie.

Jam tangan pintar kini menjadi aksesori pilihan yang cukup versatil dengan fungsi dan gaya untuk dipakai sepanjang hari. Dalam memberikan pilihan kepada gaya hidup yang berbeza, Garmin Malaysia melancarkan dua koleksi jam tangan pintar yang dilengkapi dengan fungsi moden hari ini iaitu vívomove Sport dan juga Venu 2 Plus.

vívomove Sport

Jam tangan pintar Venu 2 Plus juga dilancarkan dengan kolaborasi pelitup muka eksklusif bersama label Jovian oleh pereka fesyen lokal, Jovian Mandagie. Dengan setiap pembelian akan hadir bersama sekotak pelitup muka 3-lapisan. Pelitup muka edisi terhad ini juga boleh didapati secara berasingan di stor Jovian dan stor atas talian pada harga RM 25 sahaja.

Jika rekaan ívomove Sport merupakan jam tangan pintar hibrid dengan fungsi kesihatan dan kecergasan, Venu 2 Plus pula merupakan jam tangan pintar GPS untuk gaya hidup yang hadir bersama fungsi suara berintergrasi.

Jam Tangan Hibrid – vívomove Sport

Diinsporasikan daripada sofistikasi dan keselesaan, jam tangan pintar vívomove Sport cukup bergaya dengan rekaan jarum jam yang bergerak untuk melindungi paparan skrin sentuh. Rekaan yan tradisional pada jam tangan analog tetapi hadir bersama siri fungsi kesihatan dan kecergasan seperti bacaan tekaan seapanjang hari, mengawal Body Battery dan tahap hidrasi badan serta banyak lagi.

Jam tangan pintar ini hadir dengan desain tali jam silikon bersama koordinasi warna dail dengan pilihan warna musim panas, selain sentuhan asen metalik untuk meningkatkan dimensi gaya. Ia mampu bertahan sehingga lima hari dan boleh digunakan bersama telefon pintar Android dan Apple untuk notifikasi pintar seperti panggilan telefon, mesej dan kemas kini media sosial.

Empat pilihan warna iaitu Cocoa, Cool Mint, Ivory dan Black.

Jam Tangan Pintar GPS – Venu 2 Plus

Sebagai alternatif, jam tangan pintar ini meliputi funhsi kesihatan dan kecergasan termasuklah bacaan skor tidur, pengesan tekanan, pengawal energi, Pluse Ox, fungsi kesihatan wanita dan juga seleksi variasi pilihan senaman. Venu 2 Plus mempunyai lebih 75 senaman animasi preset seperti kardio, yoga, kekuatan, HIIT dan Pilates yang akan mendemonstrasikan teknik dan senaman sebenar dalam Garmin Connect dan juga di pergelangan tangan.

Fungsi suara berintergrasi terbaharu pula akan memberikan penguasan kepada pengguna unuk menerima panggilan dan berhubung terus ke bantuan suara di telefon pintar untuk menghantar mesej, bertanya soalan serta mengoperasikan fungsi rumah pintar. Ia boleh digunakan bersama Siri, Google Assistant dan Bixby. Ia dikuasakan dengan paparan AMOLED terang dan bateri yang mampu bertahan sehingga sembilan hari.

Tiga pilihan warna iaitu Graphite Black, Cream Gold dan Powder Gray.

Venu 2 Plus

Kedua-dua jam tangan pintar daripada Garmin ini boleh didapati pada harga RM 840 (vomove Sport) dan RM 2,099 (Veny 2 Plus) di kesemua stor fizikal Garmin Malaysia serta platform e-dagang seperti Lazada, Shopee, AECO e-store dan banyak lagi.

Foto: Garmin Malaysia

Baca lebih lanjut: GENTING SKYWORLDS KINI DIBUKA DENGAN 26 TARIKAN BAHARU

 

 

 

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

JOVIAN MANDAGIE & NINA SABRINA UMUM PERCERAIAN SELEPAS 10 TAHUN

JOVIAN MANDAGIE & NINA SABRINA UMUM PERCERAIAN SELEPAS 10 TAHUN

Bacaan Lanjut
alphamen

ADA APA DENGAN ALPHAMEN? DEBARAN MENANTI ALPHAMEN 2023

Bacaan Lanjut
suunto malaysia

SUUNTO VERTICAL – JAM TANGAN PINTAR PALING BERKUASA UNTUK PENGEMBARAAN LELAKI ALPHA

Bacaan Lanjut
GARMIN INSTINCT CROSSOVER, JAM TANGAN PINTAR YANG LEBIH TAHAN LASAK UNTUK PENGEMBARAAN LELAKI ALFA

GARMIN INSTINCT CROSSOVER, JAM TANGAN PINTAR YANG LEBIH TAHAN LASAK UNTUK PENGEMBARAAN LELAKI ALFA

Bacaan Lanjut
10 PERKARA ANDA PERLU TAHU TENTANG iOS 16

10 PERKARA ANDA PERLU TAHU TENTANG iOS 16

Bacaan Lanjut

APPLE PERKENAL 4 VARIASI IPHONE 14, APPLE WATCH ULTRA & AIRPODS PRO BAHARU

Bacaan Lanjut