ADA APA DENGAN ALPHAMEN? DEBARAN MENANTI ALPHAMEN 2023
GLAM Lelaki Alphamen menjadi kemuncak dalam litar sosial dan dinanti-nantikan serta diperkatakan oleh golongan elit tempatan setiap tahun. Senarai tahunan GLAM Lelaki Alphamen adalah untuk mengiktiraf dan meraikan selebriti glamor negara dengan personalitinya.
Untuk tahun 2023, GLAM Lelaki meraikan individu yang memegang jawatan terkemuka dan dominan dari bidang berbeza. Dari fesyen kepada sukan, mereka adalah HERO KAMI!
ADA APA DENGAN ALPHAMEN?
Setiap tahun pada bulan November, GLAM Lelaki akan meraikan Alphamen untuk mengangkat para hero di Malaysia. Bukan sahaja menarik tentang personaliti mereka, jasa mereka terhadap negara turut menjadi tumpuan kami untuk mengiktiraf mereka sebagai hero Alpha.

Tahukah anda bahawa pada tahun 2022, GLAM Lelaki meraikan ulang tahun ke-15 bersama 15 personaliti antaranya Syafiq Kyle, Aedy Ashraf, Hael Husaini, Noki K-Clique, Awal Ashaari, Nazreem Musa, Datuk Jovian Mandagie dan Rizman Ruzaini?
Pada tahun lalu, mereka adalah simbol identiti GLAM Lelaki yang dipilih kerana personaliti mereka yang penuh karisma. Malah barisan nama mereka dalam industri tanah air juga sangat ikonik.
GLAM Lelaki Alphamen melambangkan “Men of The Year” untuk meraikan dan mengangkat mereka sebagai contoh lelaki alfa yang berkarisma dengan apa pelbagai arena.

Sebelum lahirnya Alphamen, GLAM Lelaki dahulu terkenal dengan 10 Most Stylish untuk mereka memberikan pandangan tentang kerjaya dan pendapat mereka tentang apa yang membuatkan seorang lelaki bergaya.
Salah satunya yang telah diangkat dalam 10 Most Stylish ketika itu ialah Dato’ Aaron Aziz dan Farid Kamil. Pada tahun 2014, wujudnya Alfamen daripada 10 Most Stylish dan Alphamen pertama yang dinamakan ialah Fahrin Ahmad.
Tahun ini, dengan bertemakan “Our Heroes” GLAM lelaki bariskan 10 hero dengan pelbagai arena masing-masing. Antaranya, terdapat pelakon, penyanyi, pereka fesyen, usahawan dan juga pengacara yang kami mengangkat sebagai hero.
Jadi, pada tahun ini, siapakah kebarangkalian akan diangkat sebagai Alphamen 2023? Personaliti terpilih akan dipaparkan pada kulit digital GLAM Lelaki Oktober 2023. Kandungan digital yang dipilih susun akan dipaparkan di laman web GLAM Lelaki, eDM dan platform media sosial.
MAHU SERTAI PARTI ALPHAMEN 2023?
Untuk Acara tahunan GLAM Lelaki kali ini, kami ingin menjemput 5 pembaca bertuah GLAM Lelaki untuk merasai sendiri parti eksklusif ini pada 19 Oktober 2023!
Bukan sahaja anda dapat berjumpa dengan 10 Alphamen 2023, malah anda juga dapat berjumpa dengan barisan artis dan personaliti tempatan yang popular. Sekiranya ini sesuatu yang anda nanti-nantikan, isi borang di bawah ini.
Artikel berkaitan: GLAM Lelaki Rai Ulang Tahun Ke-15 Bersama Alphamen 2022
Tags
Artikel Yang Berkaitan
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR
Eyka Farhana dan Akhyar Rashid kini bergelar ibu bapa. Ketahui detik kelahiran putera sulung dan maksud indah di sebalik namanya.
DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD
Menterjemah secara literal setiap inspirasi sinematik, kolaborasi seni Ed Ruscha dan Dior Cruise 2027 oleh Jonathan Anderson di Los Angeles.
SWATCH X AUDEMARS PIGUET MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI
Kolaborasi Royal Pop antara Swatch dan Audemars Piguet kini dilancarkan bagi mencabar tradisi horologi mewah dunia. Dunia horologi global telah digegarkan oleh pelancaran kolaborasi yang paling ditunggu-tunggu tahun ini. Jenama gergasi Swatch secara rasminya telah bergabung tenaga dengan Audemars Piguet (AP). Pelancaran ini ternyata telah meruntuhkan sempadan tradisi jam tangan mewah yang sekian lama bertahan….
ONITSUKA TIGER X MALAYSIA, HADIRKAN MEXICO 66™ DAN BAJU T YANG PENUH GAYA
Onitsuka Tiger melancarkan koleksi eksklusif Malaysia menampilkan siluet ikonik MEXICO 66™ dan baju T edisi terhad.
LABEL INDONESIA YANG KINI MENJADI KESUKAAN ‘FASHIONISTA’ TEMPATAN
Terokai jenama fesyen Indonesia seperti Dominate, Elhaus, dan Imaji Studio yang menjadi kegilaan peminat fashionista tempatan di Malaysia.
LANGKAH BERGAYA 2026: KOLEKSI SNEAKERS LELAKI PALING ‘HOT’ MUSIM INI
Terokai trend kasut lelaki paling hangat 2026. Dari gaya retro Nike Zoom Vomero 5 hingga ke Air Jordan 5, tingkatkan gaya maskulin anda.











