Skip to content

GL SEPT 2021: SYAFIQ KYLE

GL SEPT 2021: SYAFIQ KYLE, TENTANG SUKSES & SOLIDARITINYA DALAM DUNIA SENI

Kongsikan artikel ini

AKUR DENGAN NAIK TURUN POPULARITI DALAM MENDEPANI KERJAYA SEBAGAI SEORANG ANAK SENI, SYAFIQ KYLE, 29; TERUS MELAKSANAKAN TANGGUNG JAWABNYA SEBAGAI ANAK SENI. LALU MEMPERHALUSI MUTU LAKONAN MENERUSI DUA FILEM AKSI YANG BAKAL DITAYANGAN KELAK.

Pengarang Rencana: ZUHAIRIE SAHROM, Pengarang Fesyen: JOHAN KASSIM, Pengarah Kanan Kreatif: AMIRUL ARIFFIN, Gambar : EDMUND LEE/ONE3FOUR STUDIO, Grooming : KHIR KHALID, Rambut : CKAY LIAW

Sweater kait, kemeja corak & seluar kulit, Salvatore Ferragamo

Kongsikan bersama GL dengan projek terbaru Syafiq?

Bakal tampil bersama dua filem aksi, berjudul Siku 12 dan Polis EVO 3. Namun, tidak pasti bila tarikh tayangannya. Berkemungkinan tahun hadapan.

Gambaran diri…

I’m a simple person. Mudah dibawa bicara juga rajin, bekerja keras.

Apa yang menarik mengenai Syafiq?

Tiada yang interesting mengenai diri Syafiq. Actually I can’t think right now. Haha.

Yang menarik mengenai wanita?
Bila mereka bijak menjaga lisan juga pandai menjaga diri. Seseorang wanita itu lebih sukses sekiranya dia pandai menghormati lalu dihormati.

Jumpsuit, Dior

Apakah yang Syafiq mahu ubah sekiranya berpeluang untuk mengubah satu perkara mengenai keperibadian Syafiq?

I have a lot to change. Paling utamanya Syafiq mahu berpunya rutin yang konsisten. Saya mahu cuba untuk menjadi seorang morning person. Kerana Syafiq percaya sekali bisa bangun pagi, hari-hari terasa lebih panjang dan saya berpunya pelbagai rencana yang boleh diusaikan.

Adakah dengan menjadi anak seni sukar untuk menjadi seorang morning person?

Bergantung kepada cara seorang anak seni itu berkarya. Saya tidak menolak  anggapan orang dengan cara kita bekerja. Memandangkan masa orang kreatif terdorong lebih fleksibel lagi adventurous dalam menguruskan perihal kehidupan mereka. Tambah lagi, bila kita merencanakan kerja sambilan. Namun, disiplin tetap disiplin. Tidak kisah apa jua kerja yang hendak dilangsaikan, kita harus mempunyai disiplin untuk mencapai kehidupan yang lebih berkualiti.

Level kebahagiaan Syafiq sekarang?

Jika hendak ketawa, saya memaksa untuk berketawa. Hurm, boleh kata ⅗.

Net turtleneck, seluar & kasut, Valentino

Adakah Syafiq terkesan dari pandemik?

Sememangnya terkesan. Syafiq mencari punca, adakah kerana kerja atau lebih menjurus kepada kehidupan peribadi. Sebagai aktor, we were stuck there. Kita tidak dapat memberi sepenuh perhatian untuk berkarya. Kebahagian dalam berkarya itu yang terjejas. Kini, kita semua perlu menjadi kreatif hanya untuk mencapai kebahagian. Kebahagiaan akan hadir bila kita bisa let go, try to not to hold onto problems. Bekerja dari rumah ini punya banyak layer of filter. It’s complicated.

Stigma menjadi seorang lelaki yang mahu diubah?

Yang lelaki tidak boleh menangis dan menunjukkan emosi secara umum. Idea mengenai lelaki untuk menjadi macho, stigma ini harus dikikis hanya kerana lelaki dicipta untuk menjadi seorang ketua. Showing vulnerability actually proves your strength.

Superpower?

Selari dengan karakter I, Syafiq ingin berpunya kuasa jumper. Berkemampuan untuk melakukan teleport, baik diri mereka sendiri atau orang atau objek, melalui ruang ke lokasi lain.

Selain bola sepak, apakah hobi Syafiq?

Saya tidak berpunya banyak hobi, banyaknya terkait dengan dunia sukan. Sama ada boxing oatau futsal. Namun, hobi untuk saat ini adalah menerusi penulisan, brainstorming ideas or script. Lately, we can only prep, not able to go on ground.

Stail Syafiq?

Dulu Syafiq over done it. Sekarang lebih relaks dan easy going.

Sweater kait, kemeja corak & seluar kulit, Salvatore Ferragamo

Inspirasi gaya?

Adam Levine, yang jenis siap, tak siap tu. Sedikit messy.

Rambut pendek atau panjang?

Saya kembali berambut pendek tapi bergaya mullet. Saya lebih suka berambut panjang sebab boleh buat macam-macam gaya. Anehnya, Syafiq rasa sentiasa berteman.

Must-have item untuk lelaki?

Sneakers, jam tangan and celana kargo.

Brand will make you look cool?

Selain Nike. Syafiq rasa Polo dan Balenciaga. Mungkin.

If you have to buy one thing tomorrow, what should it be?

Set sarung tangan dan karung tinju Louis Vuitton.

Adakah tali pinggang dan kasut perlu tampil sepadan?

Syafiq tidak kisah jika keduanya tidak sama dari segi warna cuma gayanya perlu selari.

Are watches out of style?

Bergantung pada susuk rekaan, gaya atau fungsi menentukan seutas jam itu punya stail atau tidak.

Kongsikan kolaborasi bersama Bell & Ross?

Syafiq, beruntung terpilih untuk menjadi Friends of the Brand bagi rumah arloji Bell & Ross. Saya sudah mengenali jenama ini sejak dari zaman belajar dahulu. Saya senang sekali dengan rekaan jam tangan Bell & Ross kerana tiada jenama yang lain sepertinya. Konstruksi susuk rekaannya ikonik dan eksklusif buat Bell & Ross. Di mana, ia diolah bersegi empat; harganya pula tidak begitu mahal.

Berpakaian baik boleh menambah keyakinan?

Keyakinan dan karisma yang paling utama. Pakaian boleh menambah seri dan aksesori pula melengkapkan. Cumanya, jangan berlebih.

Puffer, kemeja & seluar, Fendi

Pakaian apa yang paling banyak anda belanjakan?

Baju, kerjaya saya memerlukan saya untuk kelihatan presentable. Baik saat penggambaran atau keluar set. I spent the highest untuk gerobok pakaian kerana dia harus membayangi wajah kita yang berharga.

Pakaian paling mahal yang pernah dibeli?

Sut adalah item paling mahal pernah dibeli.

Do you wear the same clothes now that you wore 5 years ago?

Tidak sama sekali kerana bentuk badan Syafiq berubah. Dulu muda terlampau terkejar mengikut trend. Bila sudah di hujung usia 20an ini, Syafiq  hold on to my style; di mana membayangi gaya klasik.

Berapa kali Syafiq membeli-belah dalam setahun?

2-3 kali dalam setahun. Tapi Syafiq kena admit sekali keluar membeli itu, bakal menyusahkan balik diri sendiri. Haa macam tu, kerana baju yang dibeli ini bukan saja menglengkapi gerobok peribadi juga untuk dipakai di set penggambaran.

Bagaimana Syafiq dan team bermotivasi saat ini?

Always carry each other. Kita di sini bukan kerana kerja semata. Lebih kepada satu pertalian yang terjalin lebih dari itu.

Expectation?

Anything that happens all this while is beyond my expectation. Syafiq hanya mahu terus berkarya juga meletakkan usaha yang lebih baik dalam kerjaya. Untuk pergi beyond, Syafiq tidak pul pernah terfikir.

Sukses?

Untuk Syafiq, kalau kita taat pada pencipta kita, itu adalah paling sukses. Bila kita betul istiqomah, kita dapat meditate diri kita. Kita dapat ketenangan serta kedamaian.

Pendapat mengenai Solidariti Anak-Anak seni?

Saya menerimanya dengan sangat positif. Syafiq yakin, anak seni sendiri boleh melindungi atau memelihara anak seni sendiri. Syafiq, rasa dalam kelompok anak seni sendiri, ramai orang yang dermawan, ramai yang bijaksana yang boleh mengaturkan solidariti ini dengan lebih baik. Mungkin ada yang terkesan tapi rata-rata anak-anak seni ini memerlukan pertolongan dari segi mental memandangkan kami orang kreatif. Itu pendapat Syafiq.

By Zuhairie Sahrom
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

hackett London

HACKETT LONDON SELAMI SEMANGAT SEPANYOL BERSAMA JENSON BUTTON DAN MATTHEW GOODE

Bacaan Lanjut
Paris fashion week 2024

15 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI PARIS FASHION WEEK FALL 2024

Bacaan Lanjut
Milan fashion week 2024

25 GAYA MENSWEAR SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN FASHION WEEK 2024

Bacaan Lanjut
fashion week 2024

30 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI FASHION WEEK MENSWEAR 2024

Bacaan Lanjut
GILIRAN ZAC EFRON MENERIMA BINTANG HOLLYWOOD WALK OF FAME

GILIRAN ZAC EFRON MENERIMA BINTANG HOLLYWOOD WALK OF FAME

Bacaan Lanjut
beto kusyairy

“TRUE HEROISM ADALAH MEMBERI TANPA MENGHARAPKAN BALASAN.” – BETO KUSYAIRY #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut