LOUIS VUITTON VENDÔME FLEX, KLASIK NAN ELEGAN
LOUIS VUITTON TAWARKAN HIMPUNAN THE VENDÔME, TIGA REKAAN KASUT KLASIK MENYEMPURNAKAN GAYA KEKINIAN.
Jajaran klasik dengan garis desain elegan nan maskulin, merangkumi kasut rekaan Derby, loafer dan kasut Chelsea. Yang menggabungkan kepakaran mencipta kasut yang dipertaruhkan sebagai keperluan asas lelaki, untuk menegapkan rasa selesa dan elegansi. Mengeksplorasi teknologi dan inovasi dalam mengolah ragam material kulit. Dan pengalaman itu tertuang dalam kehalusan desain, hasil cipta pasukan pereka kasut di Louis Vuitton, yang mana bengkelnya terletak di Fiesso d’Artico, Itali.


Yang paling dikagumi, kemahiran menjahit telah disempurnakan dengan teknik flek baharu, hasil dari penyusunan semula kulit tradisional, lapisan dan kulit atas yang luas untuk meningkatkan kelembutan materil kasut. Bahan teknikal khas juga telah diletakkan di dalam ‘insole’ kasut untuk memberikan keselesaan yang terdahulunya hanya terdapat pada penciptaan kasut sniker.
Garis desain elegan nan klasik menjadi representasi akan gaya ‘masculine chic’ dan komitmen Louis Vuitton akan craftsmanship yang luar biasa. Terlihat formal pada pandangan luaran, namun secara dasarnya amat selesa untuk digayakan kala beraktiviti.

Selain itu, reka bentuk ikonik dan elegan ini menampilkan nada moden dan santai dalam paduan gaya kontemporari. Menggabungkan unsur-unsur tradisional dengan fungsi yang moden. Kasut Derby dibuat daripada sehelai kulit lembu, sementara kasut but dan kasut Chelsea menampilkan monogram ikonik Louis Vuitton pada permukaan atas dan sisi tumit kasut.
Dicipta menggunakan material kulit yang terbaik dan disempurnakan dengan teknik pembuataan terulung. Turut dilakukan untuk mendapatkan nuansa warna yang sempurna.
Tiga rekaan kasut dari Vendôme Flex berkomitmen untuk rancang kemewahan aksesori lelaki, yang menyempurnakan stail lelaki kekinian.
Artikel berkaitan: #WHATMAKESAMAN, ZEGNA DEKATI LIMA LELAKI ERA BAHARU
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KOLABORASI LOUIS VUITTON DAN J-HOPE, DENGAN LV BUTTERSOFT SNEAKER
Louis Vuitton mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju inovasi fesyen dengan LV Buttersoft Sneaker sebagai kolaborasi bersama J-Hope.
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026
Terokai 10 gaya lelaki terbaik di Met Gala 2026 pilihan GLAM LELAKI. Temui inspirasi gaya avant-garde dan maskulin paling ikonik tahun ini.
DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA
Siapa bakal menguasai Arrakis? Robert Pattinson dan Timothée Chalamet bertembung dalam filem epik Dune: Messiah.
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL
Daripada estetika klasik asetat hingga impak berani Gentle Monster, serlahkan karisma anda dengan visi gaya paling segak di GLAM LELAKI.
THE ‘QUIET LUXURY’ EXIT: MENGAPA JENAMA MEWAH KINI KEMBALI KE ERA LOGO MAKSIMAL?
Ketahui bagaimana trend avant-garde ini mencabar norma minimalisme dan menentukan masa depan gaya lelaki yang lebih berani serta artistik.
OMEGA SPEEDMASTER X-33: JAM TANGAN RASMI MISI ARTEMIS II
OMEGA Speedmaster X-33 mengiringi kru Artemis II ke Bulan. Teroka jam tangan titanium NASA dengan enjin Calibre 1666 yang jitu.











