Skip to content

AKTOR HARRY POTTER, MICHAEL GAMBON MENINGGAL DUNIA PADA USIA 82 TAHUN

AKTOR HARRY POTTER, MICHAEL GAMBON MENINGGAL DUNIA PADA USIA 82 TAHUN

Kongsikan artikel ini

Pelakon Ireland-Inggeris yang juga bintang francais Harry Potter, Michael Gambon meninggal dunia pada 28 September ketika berusia 82 tahun.

Michael Gambon yang terkenal dengan watak Pengetua Hogwarts, Professor Albus Dumbledore dalam enam daripada lapan filem Harry Potter itu disahkan meninggal akibat pneumonia atau radang paru-paru.

Michael Gambon pelakon harry potter

Foto: Murray Close/©Warner Bros./Courtesy Everett Collection

Khabar duka itu dikongsikan oleh pegawai serantanya menerusi satu kenyataan rasmi pada hari Khamis.

“Dengan amat dukacita kami ingin mengumumkan pemergian Sir Michael Gambon. Suami dan bapa tercinta, Michael meninggal dengan tenang di samping isteri, Anne dan anak lelakinya, Fergus, akibat pneumonia.”

Pencapaian Michael Gambon Dalam Industri Hiburan

Bapa kepada dua cahaya itu terkenal dengan pencapaian kerjayanya yang luas merentasi teater, televisyen, filem dan radio. Merupakan salah seorang aktor termasyhur dalam generasinya, dia dilahirkan di Dublin, Ireland dan berpindah ke London ketika kanak-kanak.

Michael Gambon dibesarkan dalam komuniti pendatang Ireland di Camden. Ketika bekerja sebagai perantis tukang membuat alatan, dia melanjutkan pelajaran di Royal Academy of Dramatic Art dan membuat kemunculan sulung dalam teater Othello pada 1962.

Hanya pada tahun 1986 namanya menjadi sebutan selepas memainkan watak utama Philip Marlow dalam siri mini The Singing Detective.

The Singing Detective

Pada 1990, dia dilantik sebagai Commander of the Order of the British Empire dan lapan tahun kemudian, dia dianugerahkan Knight Bachelor atas jasanya dalam drama pentas.

Bagaimanapun peranannya sebagai Professor Albus Dumbledore dalam siri filem Harry Potter yang membuatkan namanya masyhur di seluruh dunia. Dia diberi tanggungjawab menggalas peranan itu selepas kematian Richard Harris pada 2002.

Sepanjang kerjayanya, Michael Gambon telah memenangi beberapa trofi Aktor Terbaik di Anugerah Filem Akademi British (BAFTA) dan dicalonkan dua kali dalam Anugerah Emmy.

 

Foto: The Today Show

Pautan berkaitan: SINEAD O’CONNOR BERDEPAN UJIAN TERBESAR DALAM HIDUP SEBELUM MENINGGAL DUNIA