#GL15TAHUN THE REAL DEAL, AEDY ASHRAF
Menyingsing tirai usia yang ke-15 tahun, GLAM Lelaki menampilkan 15 persona bagi melengkapi spektrum energi yang sudah terbias sejak lebih sedekad lalu. Nama-nama ini terus terpintas lantang. Alfa dan Cemerlang, 15 tahun GLAM Lelaki membawakan THE REAL DEAL, AEDY ASHRAF.
Pengarah Kreatif AIZAT AIDID & NISA HALID, Pengurus Projek, Pengarang Digital & Asst. Penata Gaya MUZAMMIN MUZLAN, Pengarang Gaya Hidup ZUHAIRIE SAHROM, Pengarang Fesyen & Penata Gaya JOHAN KASSIM, Pengarang Kecantikan JULIA AZMAN, Pengarah Seni & Pereka Grafik AMIRUL ARIFIN, Fotografi EDMUND LEE/ONE3FOUR STUDIO, Grooming KHIR KHALID, SAHIR SABRI menggunakan YSL Beauty, Dandanan CKAY LIOW, JUNO KO
AEDY ASHRAF, 29
Pelakon
Berbintang Virgo, sudah hampir 22 tahun Aedy berkecimpung dalam lapangan seni lakonan yang diterokainya sejak berusia 7 tahun. Aedy memulakan langkah sebagai pelakon kanak-kanak menerusi filem Jutawan Fakir dan sejak itu sudah membintangi puluhan drama dan telefilem. Mewarisi bakat lakonan daripada ibunya, Liza Zain, antara watak yang dijayakan olehnya lagi sukses adalah menerusi watak Faiz dalam Waktu Rehat, Muhammad dalam Qalesya, Shafiq dalam Oh My English! Dan tentunya watak Mawi dalam filem Tentang Bulan.
Pendapat Aedy mengenai scenario lapangan seni masa kini?
Of course, maju ke depan berbanding 20 tahun terdahulu. Walaupun sedikit lambat, tapi kita mengejar sehingga peringkat antarabangsa. Kini, industri tidak pernah ketandusan bakat-bakat baru dan punya kemajuan selaras perkembangan semasa.
Kembara kematangan diri dari dulu sehingga kini?
Umur dah hampir 30 tahun, banyak perkara mematangkan saya. Every day is a learning process, dulu banyak main-main. Saya teringat kata-kata Malique menerusi petikan lirik Mantera Beradu, “Ijazah terbaik datangnya dari jalanan.” Dalam industri ini, pengalaman itu penting. Walaupun setinggi mana pengajian mengenai lakonan, tetapi jika dengan pengalaman dapat mengajar kita mengenai situasi sebenar.
Bagaimana Aedy kekal relevan?
Kena ikut peredaran zaman daripada segi cara lakonan, bagaimana saya memperbaiki dan memperkasa tahap lakonan saya. Jujur saya cakap, saya jarang melihat setiap lakonan setelah ditayangkan kerana dulu perasaan malu itu menyelubungi diri. Tetapi, hanya jika perlu saya akan tonton dan memperbaiki apa yang kurang dan saya sangat terbuka untuk menerima kritikan atau komen dari netizen.
Perkembangan karier terbaru anda tahun ini?
Baru habis penggambaran untuk filem aksi pertama saya yang memegang watak sebagai seorang anggota polis. Filem ini akan ditayangkan pada Ogos 2023. Tahun ini bakal menyusul drama KUDETA untuk Astro Original Premium Series.
Sepanjang bergelar aktor, apakah pencapaian terbesar anda?
Buat masa ini, belum lagi kerana masih ada ruang yang ingin saya kecapi. Walaupun sudah lama bergelar aktor, tidak bermakna saya hebat untuk semua watak atau karakter. Umur mungkin matang, tetapi saya tetap ingin mencari ilmu sehingga saya rasa, sudah cukup ilmu di dada! Tetapi apa yang boleh dirumuskan adalah saya kekal relevan selama 22 tahun bergelar anak seni dan terus berjuang sehingga ke titisan terakhir.
Stigma mengenai lelaki yang mahu diubah.
Lelaki sebenarnya tidak terlepas untuk melunaskan kewajipan kerja-kerja rumah seperti membasuh, mengemas, memasak dan sebagainya. Ini perlu diubah!
Pautan Berkenaan: #GL15TAHUN CUP OF HOPE AND SUCCESS, ZAQUAN ADHA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GLAM LELAKI #NEWERA BERSAMA AMIRUL DANIAL
Amirul Danial, seorang pempengaruh fesyen dan ‘content creator’ yang semakin menempa nama dalam kalangan generasi Z. Senang disapa dengan panggilan Eddy,
WANGIAN CHANEL ALLURE HOMME SPORT SUPERLEGGERA UNTUK LELAKI AKTIF
Jenama fesyen CHANEL memperkenalkan koleksi haruman terbaru mereka, Allure Homme Sport Superleggera khas buat para jejaka.
LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN DIOR MEN SUMMER 2025 DI SINI
GLAM Lelaki membawakan pertunjukan Dior Men Summer 2025. Saksikan secara livestream pada 21 Jun 2024 bersempena Paris Fashion Week Men 2024.
KENALI 5 BARISAN PELAKON UTAMA KAHAR KAPLA HIGH COUNCIL
Filem yang menanti penonton di pawagam tahun ini adalah Kahar Kapla High Council dan bakal mencetus fenomena selepas prekuel siri, Projek: High Council.
20 GAYA SELEBRITI WANITA TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024
Bertemakan “Mismatched Chaos”, GLAM dan GLAM Lelaki menganjurkan parti fesyen tahunan, GLAM X GLAM Lelaki Fashion Party 2024 bersama Coach Malaysia yang telah berlangsung di KLoe Hotel KL.
“MEN ARE MADE HOW MEN SHOULD BE.” – AIMAN HAKIM RIDZA, GLAM LELAKI JANUARI 2024
Untuk edisi digital Januari 2024, GLAM Lelaki menampilkan hero Malaya berbakat, Aiman Hakim Ridza yang bakal menimang cahaya mata kedua bersama aktres jelita, Zahirah MacWilson pada tahun ini.