#GL15TAHUN CUP OF HOPE AND SUCCESS, ZAQUAN ADHA
Menyingsing tirai usia yang ke-15 tahun, GLAM Lelaki menampilkan 15 persona bagi melengkapi spektrum energi yang sudah terbias sejak lebih sedekad lalu. Nama-nama ini terus terpintas lantang. Alfa dan Cemerlang, 15 tahun GLAM Lelaki membawakan CUP OF HOPE AND SUCCESS, ZAQUAN ADHA

Kemeja jalur & baju kait floral DIOR
Pengarah Kreatif AIZAT AIDID & NISA HALID, Pengurus Projek, Pengarang Digital & Asst. Penata Gaya MUZAMMIN MUZLAN, Pengarang Gaya Hidup ZUHAIRIE SAHROM, Pengarang Fesyen & Penata Gaya JOHAN KASSIM, Pengarang Kecantikan JULIA AZMAN, Pengarah Seni & Pereka Grafik AMIRUL ARIFIN, Fotografi EDMUND LEE/ONE3FOUR STUDIO, Grooming KHIR KHALID, SAHIR SABRI menggunakan YSL Beauty, Dandanan CKAY LIOW, JUNO KO
ZAQUAN ADHA, 35
Pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan FC.
Mula berkecimpung dalam dunia sukan bola sejak dari kecil sekitar umur 7- 8 tahun. Detik bermula mewakili sekolah sehinggalah ke peringkat mewakili Malaysia. Sewaktu mewakili Malaysia, Zaquan hanya berumur 12 tahun dan kini menggalas kewajipan sebagai pemain tengah untuk Negeri Sembilan FC serta mewakili skuad kebangsaan. Secara profesionalnya, hampir dua dekad tahun bergelar sebagai pemain bola sepak.
Stigma lelaki yang mahu diubah..
Pendapat saya, ubah persepsi lelaki tidak setia! Masih ada lelaki yang berkualiti. Selain itu, jangan malu dengan sikap romantik anda dengan pasangan anda.

Sut daripada Ralph Lauren
Intipati maskuliniti masa kini.
Lelaki perlu bersifat terbuka dan tidak kasar dengan pasangan mahupun orang sekeliling. Ego Lelaki? Saya faham setiap lelaki ada ego termasuklah diri saya, tetapi biarlah berpada-pada kerana ego terlalu tinggi juga akan menimbulkan persekitaran tidak sihat dalam kehidupan anda. Seperti contoh, apabila bergelar suami dan mempunyai keluarga, letak ego di tepi utamakan isteri dan keluarga.
Sampai bila Zaquan akan terus bergelar sebagai pemain bola sepak profesional?
Secara peribadi, dunia sukan bola sepak ibarat nyawa saya! Tetapi, iyalah satu masa nanti harus ditinggalkan. Namun selagi saya masih mempunyai kudrat kuat, mampu berlari dan mampu beraksi di atas padang. Saya akan terus bermain dan tidak meletakkan limitation ke atas umur. Segalanya berkaitan dengan stamina badan.

Beg galas, MONTBLANC. Tanktop & seluar, H&M
Sebagai pemain bola sepak profesional, apakah Zaquan ingin mengubah mengikut situasi semasa?
Bukan sahaja bidang ini malah pelbagai bidang kerjaya pasti ada campuran politik. Untuk saya yang sudah lama berkecimpung, politik ini ada juga memberi kesan yang baik mahupun buruk. Tetapi, jika mereka ini datang untuk memajukan sukan bola sepak adalah sangat dialu-alukan. Namun, jika disebaliknya punya agenda tersendiri itu bakal membiaskan sisi yang tidak menarik dalam satu-satu pasukan. Melihat kepada trend semasa, saya lihat ada yang hanya ingin menumpang populariti dan bukannya berniat untuk majukan bola sepak Malaysia. Sebab itulah, perjalanan bola sepak tempatan tidak berkembang maju dek kerana kepentingan sendiri.
Cabangan kerja yang anda inginkan selain kerjaya pemain bola sepak?
Saya tidak pernah terfikir untuk terjun ke bidang lakonan atau nyanyian seperti isteri saya, Ayu Raudhah. Sebaliknya, kini saya lebih selesa untuk menerokai sisi keusahawanan dengan memulakan langkah membuka ZA Cafe yang berlokasi di Wisma PBNS Medan Rahang, Seremban. Turut memegang impian untuk menjadi pelatih bola sepak yang mana, saya anggap dekat dengan identiti diri saya.
Baca lebih lanjut: #GL15TAHUN THE FITNESS DARLING, EDDY SYAMIN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
PARK JI HOON X SUPERDRY, SATU KOLABORASI, SERIBU TARIKAN
PARK JI HOON X SUPERDRY memperkenalkan koleksi edisi terhad di Malaysia, menggabungkan fesyen jalanan dengan pengalaman buat peminat.
GAYA, KERJAYA DAN IMPIAN DARYL TAN
Daryl Tan berkongsi inspirasi fesyen vintaj, pengalaman kerjaya serta impian besar yang ingin dicapai sebelum mencecah usia 30 tahun.
ADZIM HARIZ, GAYA BERSAHAJA KREATIVITI LUAR BIASA
Adzim Hariz berkongsi perjalanan sebagai content creator, inspirasi dan gaya peribadi yang mencerminkan keaslian serta identiti tersendiri.
UNIQLO X JW ANDERSON KEMBALI DENGAN GAYA BAHARU
UNIQLO x JW Anderson kembali dengan gabungan gaya klasik British, rekaan moden dan keselesaan untuk lelaki bergaya.
BEG LELAKI YANG GABUNGKAN FUNGSI DAN STAIL, TIRU GAYA BEG MEERQEEN INI
Beg bukan sekadar aksesori, tetapi pelengkap gaya yang praktikal, seperti Meerqeen yang hadir dengan penampilan penuh gaya.











