#GL15TAHUN THE FITNESS DARLING, EDDY SYAMIN
Menyingsing tirai usia yang ke-15 tahun, GLAM Lelaki menampilkan 15 persona bagi melengkapi spektrum energi yang sudah terbias sejak lebih sedekad lalu. Nama-nama ini terus terpintas lantang. Alfa dan Cemerlang, 15 tahun GLAM Lelaki membawakan THE FITNESS DARLING, EDDY SYAMIN.

Jaket cetak, MOSCHINO
Pengarah Kreatif AIZAT AIDID & NISA HALID, Pengurus Projek, Pengarang Digital & Asst. Penata Gaya MUZAMMIN MUZLAN, Pengarang Gaya Hidup ZUHAIRIE SAHROM, Pengarang Fesyen & Penata Gaya JOHAN KASSIM, Pengarang Kecantikan JULIA AZMAN, Pengarah Seni & Pereka Grafik AMIRUL ARIFIN, Fotografi EDMUND LEE/ONE3FOUR STUDIO, Grooming KHIR KHALID, SAHIR SABRI menggunakan YSL Beauty, Dandanan CKAY LIOW, JUNO KO
EDDY SYAMIN, 27,
Pelatih Kecergasan & Pelakon
Memulakan langkah sebagai atlet dekatlon sejak di bangku sekolah rendah, Eddy atau lebih mesra disapa sebagai Coach Eddy terpilih mewakili negara bila usia mencecah 18 tahun. Dekatlon adalah acara gabungan dalam sukan olahraga yang terdiri daripada sepuluh acara balapan dan padang yang diadakan selama dua hari berturut-turut.
Langsung, persembahan dihakimi oleh sistem pungutan mata bagi setiap acaranya; antaranya lari 100 m dan 400 m, lompat jauh, lompat tinggi, lari berpagar, lontar peluru, lempar cakera dan rejam lembing. Punya semangat yang tinggi dalam lapangan kecergasan, kini Eddy mencabangkan sisi kerjaya dalam mendidik kepentingan gaya hidup sihat. Tidak kira dari segi pemakanan yang seimbang mahupun rutin senaman harian.
Intipati maskuliniti masa kini.
Dia perlu bertanggungjawab untuk menjaga dan melindungi orang disisinya. Tidak perlu ada marah atau berpunya baran dalam membentuk persekitaran yang harmoni. Violence is never the answer to solve problems.

Jaket, seluar & sarung tangan, ADIDAS X GUCCI
Stigma mengenai lelaki yang mahu diubah.
Gim sama sekali bukan hanya untuk orang atau golongan yang fit sahaja. Orang yang lemah dari segi stamina atau kecergasan fizikal juga boleh memasuki gim. Sesiapa saja perlu tahu; kalau pun dia lemah, dia pergi ke gim adalah untuk memperbaiki sisi kecergasan dirinya. Jangan pernah rasa rendah diri bila diri tidak fit dan malu. Paling utamanya, saya ingin melihat seorang individu itu menjadikan senaman sebagai rutin harian dan tampil konsisten dengannya.
Nasihat kepada usia 15 tahun dahulu?
Jangan membuang masa, kerana saya punya banyak potensi. Saya mempunyai sikap dan disiplin yang baik tetapi saya tidak menggunakannya sebagai senjata saya untuk pergi lebih jauh.

Jam tangan & beg galas, MONTBLANC. Baju panas, H&M.
Perkembangan terkini?
Saya baru habis penggambaran drama Cinta Arjuna yang berpunya 20 episod dan bakal ditayangkan di saluran Tv9 pada September ini. Saya memerankan watak sebagai pelakon pembantu, sekali gus menjadi debut lakonan pertama saya dan merupakan salah satu pengalaman yang cukup berharga buat saya.
Satu perkara tentang kecergasan?
Penting untuk semua segenap lapisan usia, fokus untuk membakar kalori dalam pada masa yang sama ambil tahu tentang pemakanan kita dan barulah boleh mengecapi apa jua matlamat yang diidamkan. Sama ada untuk kurus atau membina otot. Fitness adalah gaya hidup, jadikan ia sebagai rutin dan bukannya kerana suka-suka masuk ke gim seminggu sekali.
Pautan Berkenaan: #GL15TAHUN FASHION’S FUTURE CHAMELEON, NAZREEM MUSA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA
Hyrox terus memegang industri senaman global, membuktikan kerelevenannya buat lelaki moden kini.
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA
Ketahui 5 sambutan September di Malaysia yang bakal memeriahkan bulan ini, daripada Hari Malaysia hingga festival seni, makanan dan budaya.
APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI
Kenali 5 pereka dalaman lokal Malaysia yang mencipta ruang penuh karakter, daripada gaya minimal hingga mewah, moden dan dekat dengan alam.
LOCAL BEAUTY: 5 JENAMA SKINCARE MADE IN MALAYSIA
Kenali 5 jenama Malaysian skincare yang semakin mencuri perhatian, daripada Tatagaltier, Kayman Beauty, SkynFyx, Safi hingga Good Virtues Co.











