Pasangan dari Jepun ini bertemu ketika meluncur ais bersama dan berkahwin pada 2017. Mereka membantu Jepun memenangi pingat gangsa di Olimpik Beijing dalam acara luncur ais gaya bebas. “Ketika saya dan Misato bertemu, kami berada di tempat sama dalam hidup. Ia memudahkan transisi perhubungan dari pasangan di gelanggang ais kepada pasangan di alam realiti. Ia berlaku secara semula jadi,” kata Tim.