Skip to content

8 FILEM TERBAIK LAKONAN SYAFIQ KYLE ANDA WAJIB TONTON

8 FILEM TERBAIK LAKONAN SYAFIQ KYLE ANDA WAJIB TONTON

Kongsikan artikel ini

Tahun 2024 adalah tahun cemerlang buat Syafiq Kyle dalam industri perfileman tanah air.

Awal tahun ini pelakon berusia 32 tahun itu muncul dalam naskah arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Integriti sebagai Nazri aka Meth Skiller. Ditayangkan pada 18 April, ia berjaya meraih kutipan sebanyak RM44.5 juta hanya dalam masa 14 hari.

Sebulan kemudian, Syafiq Kyle sekali lagi menjadi perhatian menerusi filem The Experts yang ditayangkan di layar perak pada 23 Mei. Tidak terhenti di situ, dia mempamerkan aksi luar biasa dalam filem Takluk: Lahad Datu yang ditayangkan bermula 22 Ogos sempena Hari Kemerdekaan.

Bagaimanapun selain tiga filem ini, pemilik nama Mohd Syafiq Shamim ini telah membintangi pelbagai naskah hebat lain yang melonjakkan namanya dalam industri hiburan tanah air.

Lihat beberapa filem hebat Syafiq Kyle menurut IMDb

 

8. Gol & Gincu Vol. 2 (2018)

filem terbaik syafiq kyle

Skor IMDb: 6.1

Turut dibintangi oleh: Ummi Nazeera, Diana Danielle, Sharifah Amani, Sazzy Falak

Sinopsis: Zakiah (Zak) dan Zakiah (Yaya) adalah dua pelajar universiti dengan nama sama namun mempunyai personaliti yang jauh berbeza. Akibat tercetusnya pergaduhan di khalayak ramai, kedua-duanya dikenakan tindakan disiplin oleh pihak pengurusan universiti untuk melakukan kerja-kerja amal sebagai teladan kepada pelajar lain.

Zak dan Yaya memilih untuk melakukan kerja amal di rumah remaja bermasalah yang dikendalikan oleh Jijie. Sangkaan mereka meleset setelah menyedari bahawa kerja amal bukanlah mudah. Mampukah mereka mengetepikan sikap prejudis dan membantu Jijie atau adakah kehadiran mereka hanya memburukkan keadaan?

 

7. Pusaka (2019)

filem terbaik syafiq kyle

Skor IMDb: 6.4

Turut dibintangi oleh: Mimi Lana, Sweet Qismina, Fauziah Ahmad Daud, Faizal Hussein

Sinopsis: Inspektor Nuar Ishak menemui mayat wanita bernama Balqis dan Qistina, pasangan kembar yang terkurung di sebuah rumah tinggal. Sejak itu hidupnya diganggu pelbagai kejadian aneh, malah setiap orang yang berkait dengan kes itu juga mati seorang demi seorang.

Di samping permasalahan dengan adik kembarnya Nur dan pertimbangan diri yang semakin hilang, Nuar harus menyelesaikan kes tersebut sebelum lebih ramai lagi menjadi korban.

 

6. Polis Evo 3 (2023)

filem terbaik syafiq kyle

Skor IMDb: 6.9

Turut dibintangi oleh: Shaheizy Sam, Zizan Razak, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish

Sinopsis: Sebuah letupan di Pulau Pinang yang telah membunuh ratusan mangsa termasuk seorang anggota polis kini dalam siasatan Inspektor Sani dan Khai. Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan mereka diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.

 

5. The Experts (2024)

filem terbaik syafiq kyle

Skor IMDb: 6.9

Turut dibintangi oleh: Mimi Lana, Remy Ishak, Dato Aaron Aziz, Ray Dapdap, Maya Karin

Sinopsis: Lima adik-beradik mempunyai kepakaran masing-masing dalam kegiatan merompak. Selepas menggemparkan negara dengan rompakan jongkong emas di lapangan terbang, abang mereka memaksa adik-adiknya untuk memulakan hidup baru.

Namun, salah seorang adik mereka merancang untuk mencuri cincin berharga jutaan ringgit, lantas terperangkap dengan ugutan besar. Ini memaksa Syarif, Khairul, Emma, Amiruddin, Rozland kembali ke dunia yang telah lama ditinggalkan dan merancang rompakan paling besar.

 

4. Sheriff: Narko Integriti (2024)

filem terbaik syafiq kyle

Skor IMDb: 7.4

Turut dibintangi oleh: Zul Ariffin, Dato Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan

Sinopsis: Nazri, seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik merasakan masalah sindiket dadah syabu Tony Ifrit semakin berleluasa dan mereka sering terlepas daripada cengkaman undang-undang apabila melalui proses penghakiman. Nazri mengambil keputusan untuk menyelesaikan masalah itu sendiri.

Sementara itu Sheriff, seorang anggota polis daripada Jabatan Integriti dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’. Sheriff dan Nazri ditugaskan untuk berada di bawah satu jabatan. Adakah Meth Killer berada dalam Jabatan Narkotik itu sendiri?

 

3. Doh (2023)

Skor IMDb: 7.5

Turut dibintangi oleh: Fabian Loo, Sherlyn Seo, Fatimah Abu Bakar, Aida Amron, Fariz Isqandar

Sinopsis: Faiz tersepit dengan tanggungjawab menerajui kedai roti yang diwarisi daripada bapanya. Situasi menjadi lebih rumit apabila sebuah kedai bakeri moden yang sangat popular muncul berdekatan kedainya.

Faiz melalui tekanan untuk mempertahankan tradisi dan keunikan bakeri keluarganya sambil berhadapan dengan pesaing moden yang mencuri pelanggannya. Adakah Faiz akan membuat keputusan yang tepat?

 

2. Siku 12: Langkah Derhaka (2022)

Skor IMDb: 8.1

Turut dibintangi oleh: Zahiril Adzim, Moon, Lobak, Tuan Asmawi Tuan Umar

Sinopsis: Dua sahabat baik, Atid dan A Wut yang berketurunan Siam amat meminati seni mempertahankan diri Muay Thai. Bapa Atid, Ayah Man pernah belajar ilmu Seni Silat Tua Melayu Permainan Siku 12 daripada Tuan Guru Haji Zainal namun merahsiakan perkara itu daripada anaknya.

Atid mula menyedari ketangkasan bapanya bersilat sehingga mampu menumbangkan lintah darat di kampung, membuatkan dia tertanya-tanya apakah jurus persilatan yang digunakan. Setelah didesak, Ayah Man akhirnya menurunkan ilmu persilatan Siku 12 kepada anaknya. Malangnya A-Wut menganggap Atid megkhianatinya kerana mempelajari ilmu tersebut tanpa kehadirannya.

 

1. Takluk: Lahad Datu (2024)

Skor IMDb: 8.4

Turut dibintangi oleh: Fikry Ibrahim, Kamal Adli, Anding Indrawani, Mustaqim Bahadon, Eman Manan, Nasir Jani, Zarul Umbrella

Sinopsis: Apabila beratus rakyat Filipina yang dikenali sebagai Pasukan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara dihantar oleh Jamalul Kiram III untuk menuntut takhta Kesultanan Sulu, kru Komando VAT69 perlu berjuang untuk mempertahankan kedaulatan tanah air daripada serangan pengganas. Diinspirasikan daripada kisah benar.

 

Pautan berkaitan: FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG SEPTEMBER 2024

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TAKLUK: LAHAD DATU BAKAL TAMPIL DENGAN SEKUEL, TAKLUK 2: OP DAULAT

TAKLUK: LAHAD DATU BAKAL TAMPIL DENGAN SEKUEL, TAKLUK 2: OP DAULAT

Bacaan Lanjut
Takluk: Lahad Datu

KENALI EMAN MANAN ‘OTAI’ MALAYSIA 60-AN YANG KEKAL AKTIF

Bacaan Lanjut
Syafiq Kyle

SYAFIQ KYLE: MENGGENGAM KEBERANIAN DALAM FILEM TAKLUK LAHAD DATU

Bacaan Lanjut
SHERIFF: NARKO INTEGRITI DISAHKAN AKAN TAMPIL DENGAN SEKUEL

SHERIFF: NARKO INTEGRITI DISAHKAN AKAN TAMPIL DENGAN SEKUEL

Bacaan Lanjut
FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG OGOS 2024

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG OGOS 2024

Bacaan Lanjut
GL SEPT 2021: SYAFIQ KYLE

5 FILEM HEBAT LAKONAN SYAFIQ KYLE TERMASUK SHERIFF: NARKO INTEGRITI

Bacaan Lanjut